Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, berkata Utusan bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.“Utusan juga telah mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan hari ini di bawah tajuk 'Kristian agama rasmi?'
Laporan itu juga memetik ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu. Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.
Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan didedahkan oleh dua blog.
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.
“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis Anwar lagi.
Katanya isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparatus pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.”
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya. Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.
“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan,” kata penyataan itu. MK



Buat kali pertama, parti pembangkang akan meletakkan calon dalam 82 daripada 87 kerusi, iaitu jumlah terbesar kerusi yang pernah ditandingi untuk menentang parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Beliau meminta penduduk Singapura supaya memberi sokongan kepada PAP dan memikirkan tentang masa depan mereka dan anak-anak, serta membuat pilihan yang terbaik.
Mengenai khabar angin yang disebarkan menerusi pelekat bahawa GST akan dinaikkan selepas pilihan raya, Perdana Menteri berkata parti telah memutuskan untuk mencetak dan mengedar risalah serta bahan bacaan tambahan untuk menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan GST selepas pilihan raya itu.
Menurut seorang penganalisis tempatan, berdasarkan fakta sejarah, PAP mencatatkan rekod pencapaian yang baik dalam membawa kemakmuran ekonomi dan sosial kepada penduduk Singapura.
Mereka yang sudah taksub itu, jika hati mereka dibasuh dengan 'clorox' sekalipun tidak akan berubah. Yang putih, putihlah dan yang hitam, hitamlah bagi golongan seumpama ini. Melainkan hati mereka seperti belakang parang.
Kedua ialah golongan yang bimbang gagasan 1Malaysia itu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menjayakan Malaysian Malaysia atau didorong ke arah itu.
Jika tidak diberi, maka tidak 1Malaysia. Mereka terlupa bahawa hak yang disebutkan dalam 1Malaysia adalah mengikut Perlembagaan dan bukannya berdasarkan gesaan apatah lagi ugutan.
Ada juga mereka yang terikut-ikut dengan kenyataan pemimpin pembangkang bahawa 1Malaysia ini adalah lesen untuk kerajaan sekarang mengabui mata rakyat bahawa ada sesuatu program baru dilaksanakan.
Usaha membantu rakyat sepanjang masa ini dengan turun padang ini bersesuaian dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 'zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir."
Selain itu, penyediaan jalur lebar di kawasan luar bandar, pemberian netbook kepada pelajar miskin dan penubuhan perpustakaan desa telah menyediakan medan dan medium untuk rakyat berkomunikasi.
Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
Dalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini. 
Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.
Katanya, PAS tetap menolaknya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tampil membuat pelawaan itu secara terbuka.
Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.
Najib pada 30 April lalu ini berkata, walaupun PAS enggan menyertai Umno dan BN, parti Islam itu patut keluar Pakatan rakyat kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

“Saya bekas konsulat kehormat dan jaket itu kepunyaan saya dan bukan milik orang lain. Saya memakainya apabila keadaan di masjid menjadi kecoh,” katanya sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap insiden itu.
Menurut beliau, Shuib dan Rahim juga dijangka diambil keterangan mereka oleh polis pada petang ini.
Namun, Eskay enggan menjawap secara langsung mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya.
Namun melalui pemerhatian di video berkenaan, lelaki itu dilihat mengambil pakaiannya di dalam bilik mandi selepas mengadakan hubungan seks, manakala wanita tersebut menyelongkar beg dan pakaiannya sementara menunggu di bilik. MK
Terdapat beberapa artikel pendapat dalam akhbar tempatan yang menyentuh isu perjanjian konsesi yang merupakan salah satu topik yang dilaporkan.
Bagi pengetahuan semua, penstrukturan semula industri air negara sepatutnya selesai menjelang akhir tahun 2010 mengikut Rancangan Malaysia ke-9. Ini adalah rancangan Kerajaan Persekutuan, bukannya AWER.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga telah menyatakan dalam laman blognya, bahawa kenaikan tarif mengikut model WSIA di Selangor adalah di antara 10 hingga 15 peratus berbanding dengan perjanjian konsesi yang mencecah 37 peratus.

Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.
Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.
Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.


