Translate

12 November 2010

Cabang Tapah Tak Pernah Desak Tangguh Pemilihan....... Ape Nak Jadi Dengan PKR Ni.

Timbalan ketua PKR Tapah Datuk Dr Yap Thong menafikan cabangnya pernah mendesak agar parti menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung.

Malah, katanya, cabangnya tidak pernah bermesyuarat untuk memutuskan supaya pemilihan terbabit ditangguhkan.

"Kita (cabang) tidak pernah berbincang untuk menangguhkan pemilihan parti. Ia (mesyuarat) tidak berlaku. Perkara itu tidak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, beliau tidak tahu menahu mengapa cabang berkenaan dikaitkan dengan tuntutan menangguhkan pemilihan berkenaan.

Malah Dr Yap menggesa agar pemilihan itu diteruskan untuk merealisasikan 'satu anggota satu undi' dalam pemilihan langsung yang julung-julung kali diadakan.

Dr Yap mengulas kenyataan sebuah badan - Gabungan Cabang PKR - yang mendakwa sekurang-kurangnya 24 ketua cabang termasuk cabang Tapah, membuat tuntutan terbuka kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti supaya menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung.

Selain Tapah, badan itu juga turut menyenaraikan 23 ketua cabang yang lain tersebut - Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, `Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Sementara itu, ketua cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani mengesahkan beliau memberi persetujuan kepada PKR negeri supaya pemilihan yang sedang berlangsung ditangguhkan.

Katanya, beliau memberi persetujuan tersebut melalui satu kiriman SMS kepada ketua penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim semalam.

"Saya tidak berbincang dengan ahli jawatankuasa (cabang). Kita merujuk terus kepada PKR negeri kerana mereka mempunyai kuasa yang lebih," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini bagi mengulas percanggahan beliau dengan timbalannya.

Mengulas sama ada cabang itu akan meneruskan pemilihan Sabtu ini, Ridzuan berkata pihaknya akan melihat perkembangannya terlibat dahulu berhubung desakan mereka.

"Kalau tiada jawapan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), saya akan merujuk kepada PKR negeri," katanya.

Tapah antara tujuh cabang di Perak akan mengadakan pengundi mereka Sabtu ini.

11 November 2010

Hukuman Mati Tetap Diteruskan.

Kerajaan belum bercadang memansuhkan hukuman mati terhadap pesalah jenayah tertentu di negara ini kerana langkah itu akan memberi impak besar kepada sistem perundangan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, kerajaan menyambut baik cadangan oleh pihak-pihak berkenaan supaya hukuman mati dimansuhkan.
"Cadangan tersebut akan diberi pertimbangan yang sewajarnya setelah kajian menyeluruh dan penelitian rapi dibuat daripada pelbagai aspek dan juga setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mahu tahu sama ada kerajaan bersedia meminda semua undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati dengan alternatif hukuman penjara seumur hidup.
Mohamed Nazri berkata, pindaan yang sewajarnya juga perlu dibuat terhadap undang-undang jenayah tertentu sekiranya hukuman mati dimansuhkan.
Katanya, kerangka perundangan negara yang mengekalkan hukuman mati hanya dalam kes jenayah serius dan berat adalah selaras dengan prinsip undang-undang hak asasi antarabangsa.
Menurutnya, pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia tertakluk kepada perlindungan tertentu seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
"Hak untuk merayu kepada mahkamah lebih tinggi dan permohonan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan juga dijamin oleh undang-undang," katanya.
Jelasnya, pelaksanaan hukuman mati di negara ini tidak dilaksanakan ke atas wanita mengandung, individu hilang akal dan individu berusia di bawah 18 tahun semasa perlakuan jenayah tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Saman Anwar Terhadap Ka Siong Ditetapkan 28 Disember.

Mahkamah Tinggi di sini mentapkan 28 Disember untuk pengurusan kes akhir saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Tengku Amalin A’-Ishah Putri Sultan Ismail Petra dalam kamar hari ini apabila kes itu dikemmukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Anwar S. N. Nair memberitahu media bahawa, mahkamah itu akan menetapkan tarikh perbicaraan pada hari tersebut.

Pada 18 April, 2008, Anwar memfailkan saman itu yang mendakwa Wee telah mengeluarkan kata-kata fitnah semasa Timbalan Menteri Pelajaran tersebut berkempen di ceramah pilihan raya kecil Machap pada 2007. - Bernama

Khir Toyo Dimasukkan Ke Hospital Disyaki Deman Denggi.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di sini pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata, beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr. Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad,” kata beliau. - Bernama

Syabas Saman Kerajaan Selangor RM471 Juta.

Anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), akan menyaman Kerajaan Selangor untuk ganti rugi di bawah perjanjian konsesi tiga hala yang ditandatangani pada 2004.
Satu saman pemula bersama-sama dengan “affidavit-in-support” telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan sejumlah RM471,642,916 sebagai ganti rugi di bawah terma perjanjian yang ditandatangani antara Syabas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pada 15 Disember 2004, kata satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA