Translate

11 Jun 2010

Rejim Israel Letak Syarat Tamat Sekatan Ke Atas Gaza. Bagaimana Pula Rejim Mesir?

Israel tidak akan menamatkan sekatannya ke atas semenanjung Gaza selagi Hamas tidak membenarkan wakil Palang Merah melawat seorang askar Yahudi yang ditawan di wilayah Palestin itu sejak 2006. 

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata syarat minimum untuk menamatkan sekatan ialah wakil Palang Merah dibenarkan melawat Gilad Shalit, askar Israel berusia 23 tahun yang ditawan pejuang Hamas dalam operasi nekad merentasi sempadan tiga tahun lalu.


“Selagi syarat ini tidak dipenuhi, tidak ada sebab situasi (di Gaza) akan berubah,” katanya dalam satu kenyataan.
Hamas serta-merta mengenepikan kenyataan itu, menyatakan tindakan Israel mengaitkan nasib Shalit dengan sekatan itu adalah untuk “mengalih perhatian dan sekali gus menggagalkan usaha antarabangsa untuk menamatkan sekatan berkenaan.” 

Hamas yang menguasai wilayah Gaza berkata ia akan hanya membebaskan Shalit sebagai pertukaran kepada beratus-ratus rakyat Palestin yang ditawan di penjara Israel, termasuk beberapa pemimpin politik dan pejuang. 

Israel berdepan dengan kecaman antarabangsa berhubung sekatan berkenaan selepas ia menggunakan komando 31 Mei lalu untuk menawan kapal bantuan antarabangsa yang berlayar memasuki perairan Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. 

Tel Aviv mula mengenakan sekatan itu selepas Shalit ditawan pejuang Hamas pada Jun 2006 dan kemudian mengetatkannya lagi apabila Hamas merampas kuasa di Gaza setahun kemudian. 
Sekatan itu membantutkan pembangunan semula wilayah Palestin itu yang diserang Israel selama sebulan pada Disember 2008, menyebabkan beribu rumah dan bangunan musnah. – AFP

Apa Masaalah PPP Apabila Menyokong Judi Bola Diberikan Kepada Berjaya.

Parti Progresif Penduduk (PPP) menyokong pemberian lesen pertaruhan Piala Dunia 2010 pada Kumpulan Berjaya, kerana ia boleh membendung perjudian haram dan pengaliran wang ke luar negara. 

Presiden PPP, Datuk Datuk M Kayveas, berkata pemberian lesen perjudian dalam negara sudah lama dipraktikkan, seperti yang diberikan kerajaan pada Kumpulan Genting.


“Perjudian haram akan lebih luas amalannya jika kerajaan tidak menghalalkan aktiviti itu. Malah kita rugi kerana orang yang mahu berjudi pasti meletakkan pertaruhan mereka melalui syarikat perjudian luar negara dan menyebabkan wang kita mengalir keluar.
“Masyarakat perlu faham dan jelas bahawa dengan sistem pemberian lesen judi yang betul, kerajaan mampu mengawal aktiviti judi dengan meletakkan syarat had pertaruhan kepada orang yang mahu berjudi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP, di sini, semalam. 

Kayveas menyifatkan percanggahan pendapat mengenai isu berkenaan disebabkan permainan politik parti pembangkang yang mahu meraih undi. 

Dalam perkembangan lain, Kayveas berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan skim polisi insurans untuk ahli PPP pada Perhimpunan Agung PPP, 19 Jun ini, bertujuan mengurangkan beban ahli PPP jika mereka berhadapan kesulitan.

08 Jun 2010

'Belum Muktamad', Pasal Rakyat Kecam Kalau Tak 'Dah Bagi Dah'.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.

“Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tian Chua dalam soalannya meminta Najib menyatakan apakah asas keputusan Kabinet menarik balik lesen judi pada 2004 dan kenapa keputusan itu berubah pada tahun ini.

Beliau juga ingin tahu kenapa kerajaan memberi semula lesen judi kepada Ascot Sports tanpa melalui tender terbuka.
Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan pemberian lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula pada 11 Jun ini.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

Keputusan kerajaan itu bagaimanapun telah mencetuskan isu hangat dan dibantah pelbagai pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan Islam.

Turki Gesa Israel Akur Siasatan, Apakah Malaysia Seberani Turki?

Menteri Luar Turki, Ahmed Davutoglu menggesa Israel menerima siasatan antarabangsa membabitkan serangan komandonya ke atas kapal misi bantuan Mavi Marmara minggu lalu yang menyebabkan sembilan warga Turki terbunuh. 

Ahmed berkata, Israel perlu mengisytiharkan pihaknya bersetuju dengan cadangan siasatan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.


Beliau berkata, jika Israel enggan bermakna mereka menyembunyikan sesuatu. Namun, duta Israel ke PBB menolak cadangan itu. 


Masyarakat antarabangsa berdepan ujian getir. Adakah sebuah negara berhak memintas sebuah kapal di perairan antarabangsa? katanya pada sidang media bersama menteri luar Afghanistan dan Pakistan pada sidang puncak kumpulan keselamatan 20 negara. 

Turki yang memeterai perjanjian damai dengan Israel sehingga serangan tiga minggu ke atas Gaza berkata, negara itu akan mengurangkan hubungan ketenteraan dan perdagangan, selain mengetepikan perbincangan projek tenaga, termasuk gas asli dan penghantaran air bersih. 

Ia juga mengugut untuk memutuskan hubungan kecuali Israel memohon maaf. 

Kami membuat penilaian ke atas semua perkara. Terserah kepada Israel bagaimana hubungan ini akan diteruskan. 
Hubungan Turki-Israel tidak mungkin pulih seperti sedia kala kecuali negara Yahudi itu mematuhi undang-undang dan Turki terus mendesak Israel bertanggungjawab ke atas pembunuhan rakyat kami sehingga ke akhirnya, katanya. AP 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA