Israel tidak akan menamatkan sekatannya ke atas semenanjung Gaza selagi Hamas tidak membenarkan wakil Palang Merah melawat seorang askar Yahudi yang ditawan di wilayah Palestin itu sejak 2006.
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata syarat minimum untuk menamatkan sekatan ialah wakil Palang Merah dibenarkan melawat Gilad Shalit, askar Israel berusia 23 tahun yang ditawan pejuang Hamas dalam operasi nekad merentasi sempadan tiga tahun lalu.
“Selagi syarat ini tidak dipenuhi, tidak ada sebab situasi (di Gaza) akan berubah,” katanya dalam satu kenyataan.
Hamas serta-merta mengenepikan kenyataan itu, menyatakan tindakan Israel mengaitkan nasib Shalit dengan sekatan itu adalah untuk “mengalih perhatian dan sekali gus menggagalkan usaha antarabangsa untuk menamatkan sekatan berkenaan.”
Hamas yang menguasai wilayah Gaza berkata ia akan hanya membebaskan Shalit sebagai pertukaran kepada beratus-ratus rakyat Palestin yang ditawan di penjara Israel, termasuk beberapa pemimpin politik dan pejuang.
Israel berdepan dengan kecaman antarabangsa berhubung sekatan berkenaan selepas ia menggunakan komando 31 Mei lalu untuk menawan kapal bantuan antarabangsa yang berlayar memasuki perairan Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.
Tel Aviv mula mengenakan sekatan itu selepas Shalit ditawan pejuang Hamas pada Jun 2006 dan kemudian mengetatkannya lagi apabila Hamas merampas kuasa di Gaza setahun kemudian.
Sekatan itu membantutkan pembangunan semula wilayah Palestin itu yang diserang Israel selama sebulan pada Disember 2008, menyebabkan beribu rumah dan bangunan musnah. – AFP
Peter Mandelson has to become ‘most important voice’, says ex-ambassador
-
Kim Darroch says Trump’s second term will be ‘like a 24/7 bar-room brawl’
and Mandelson needs ‘thick skin’
Peter Mandelson will need to make his “the mos...
12 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan