Translate

30 Oktober 2009

Umno Mencari Nahas Jika Mengambil kembali Ibrahim Ali....


PANDANGAN sesetengah pihak yang mahukan Datuk Ibrahim Ali kembali ke dalam Umno telah menimbulkan pendapat yang berbelah bahagi di kalangan Umno baik di peringkat nasional, negeri dan juga Umno Pasir Mas sendiri.

Ada yang merasakan ‘kepulangan’ Ibrahim wajar kerana beliau dikatakan dapat memperkuatkan kedudukan parti dan memberi ancaman baru kepada PAS.

Sebaliknya bagi mereka yang kurang senang dengan kerencaman gaya politik ahli Parlimen bebas itu merasakan elok kalau Ibrahim dibiarkan terkontang kanting tanpa berjejak di bumi nyata untuk memberi kesedaran kepadanya.

Salah seorang ahli Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud melihat cadangan untuk membawa masuk Ibrahim ke dalam Umno sebagai subjktif, ada baik dan ada buruknya.

Bagi beliau cadangan membawa masuk itu hendaklah difikir secara mendalam dan direnungi dari berbagai sudut dan tidak dibuat secara terburu-buru.

Bagi pandangan 4U2C

Apakah Umno terlalu terdesak hinggakan ada cadangan agar beliau diterima kembali kepangkuan Umno setelah keahliannya digantung seumur hidup. Apakah cadangan tersebut telah difikir masak-masak, jika melihat bagaimana sikapnya yang suka melompat.

Beliau mungkin ahli politik yang paling kerap berpaling tadah dalam era politik Malaysia. Apakah ahli politik seperti beliau patut diterima kembali yang sentiasa menikam dari belakang. Apakah Umno sudah lupa apa yang telah beliau lakukan semasa berada diluar Umno.

Kemunculan semula beliau didalam politik Umno boleh memporak peradakan Umno jika mengikut kepada rekod-rekodnya semasa beliau berada dipuncak. Sebagai contoh yang nyata, lihatlah bagaimana beliau lakukan terhadap parti yang memberi peluang beliau tanding diatas tiket PAS.

Walau pun PAS sebagai seteru kuat Umno, ianya tidak boleh dipandang ringan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno. Jangan kata pisang berbuah dua kali, tetapi bagi politiknya ibarat pisang berbuah berpuluh-puluh kali. Beliau banyak melukakan hati banyak pihak semasa berada didalam Umno.

Bagi politik Umno, tidak menjadi satu kerugian jika beliau diterima kembali kerana pengaruhnya sudah tiada untuk membantu Umno. Lihatlah semasa beliau bertanding sebagai calon bebas pada PRK yang lalu, jangan kata nak menang, wang pertaruhan pun hilang.

Umno akan diperlekehkan sekiranya beliau diterima semula dan mungkin Umno Kelantan akan semakin parah. Ini disebabkan kebencian rakyat  Kelantan dengan gelagaknya yang banyak mengores hati rakyat Kelantan. Oleh itu jalan terbaik ialah biarkan beliau dengan labu-labunya.

Sidang DUN ; Warna dan Peristiwa

1. Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak bagi meluluskan Bajet 2010 semalam bermula tanpa kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang memboikotnya sebelum bertindak mengadakan 'sidang' sendiri semasa waktu rehat.

2. Sidang bermula pada kira-kira 10 pagi dengan bacaan doa dan Speaker Datuk R.Ganesan kemudian meminta kesemua ADUN dan hadirin di dewan bangun untuk bertafakur selama seminit mengingati kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, kelmarin yang menyebabkan seorang pelajar maut manakala dua lagi masih hilang. Sidang diteruskan dengan pembentangan Bajet 2010 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir manakala kesemua 28 ADUN pembangkang terus berada di luar dewan.

3. Speaker Datuk R.Ganesan kemudian mengumumkan sidang dewan berehat selama sejam sehingga 11.20 pagi selepas Dr Zambry selesai membentangkan Bajet dan keadaan mulai kecoh apabila ADUN pembangkang memasuki dewan. Episod 'sidang' pembangkang bermula selepas itu. Bekas speaker yang juga ADUN Tronoh V. Sivakumar memulakan persidangan dengan bacaan doa dan juga tafakur.

4. ADUN Buntong (DAP), A. Sivasubramanian meminta Ganesan turun dari tempat duduk Speaker atas alasan beliau tidak layak kerana masih menjadi peguam selepas tempoh tiga bulan dilantik sebagai Speaker. Ganesan tidak berganjak dari kerusi sepanjang 'sidang' berkenaan dan ADUN Barisan Nasional (BN) juga tidak mengendahkan keadaan dan berbual sesama sendiri.

5. Sementara itu, ADUN Pantai Remis (DAP) Nga Kor Ming berkata beliau akan membuat aduan polis kerana dikasari oleh seorang pegawai polis semasa hendak masuk ke dewan. Keadaan di luar adalah terkawal dan hanya kira-kira 200 penyokong pakatan pembangkang berkumpul berhampiran pejabat DAP Perak berhampiran dan mengadakan solat hajat selain melaung-laungkan pelbagai slogan.(Hamidah Osman)

lPKR SELANGOR : MENANTI SAAT PERPECAHAN ?

orkestra politik. hari ini ada konspirasi yang cukup panas. watak utamanya adalah adun pelabuhan klang yb badrul hisham. selama 3 bulan ceritera satira politik akan tumbangnya kerajaan pakatan selangor bermain di medan maya. dari hari sehari ia semakin menampakkan realitinya. badrul hisham telah menongkah arus.

ini cerita di belakang tabir. punyai versi berbeza namun di pengakhirannya menjurus kepada lorong yang sama.

konspirasi pertama aku mulakan di pejabat menteri besar. kalid gagap punyai musuh dalam selimut. nik nazmi merupakan setpol kalid, namun dalam diam nik nazmi bertindak sebagai mata dan telinga kepada kekasih anwar, azmin ali. azmin sudah lama mengidamkan kerusi empuk menteri besar.

pada asal perjanjian pasca kemenangan dalam pilihanraya mac 2008, azmin ali antara disebut sebagai calon favourite menjawat jawatan menteri besar. di saat kegembiraan itu, anwar tersilap bicara. terlepas cakap di hadapan wartawan dengan mengumumkan perlantikan khalid sebagai menteri besar. azmin merajuk jiwa, namun seperti biasa anwar attaturk menggunakan minyak guna-guna, azmin bisa dilantik sebagai menteri kewangan dalam agenda perancangan merampas kerajaan tanggal 16 september.

azmin sejuk buat sementara. konspirasi menendang keluar yahya shari menjadi kenyataan. di situ azmin melihat ruang. azmin tahu anwar sayang dan kasih padanya, lalu diminta agar nik nazmi diletakkan di pejabat mb,bertindak sebagai proksi juga mata dan telinganya. nik nazmi dilantik sebagai setpol, anak muda ini terhutang budi namun belum lagi tergadai bodi, yes bos ambo menurut perintah mu. azmin menepuk bahu nik nazmi tanda kowtim dimeterai.

khalid gagap harus dihancurkan karektornya. dia harus dikenakan karektor assasination agar mudah azmin meloloskan diri menjadi memanda di negeri hebat lagi kaya. badrul hisham menjadi kambing hitam.

segala report dan bisikan dari nik nazmi kepada kalid gagap lebih banyak bau busuk dari wangi. sir, badrul mental, sir badrul tido, sir badrul nak masuk umno,sir rakyat tak suka badrul ..sir sir sir..itulah bisikan halus yang dilakukan secara hentam tubi oleh nik nazmi. dengan harapan agar kalid gagap terpengaruh dan teruji.

pelandok masuk perangkap, kalid gagap akhirnya berjaya dipengaruhi. nik nazmi sebagai adun seri setia kini memegang peruntukan dun pelabuhan klang. badrul semakin sakit hati. penghinaan diterima dengan hati sabar namun nun jauh di sudut diri dia sebenarnya sedang terbakar hati..

badrul sila berambos,badrul boleh jalan. dek kerana hasutan nik nazmi, kalid gagap memberi amaran yang bisa memakan diri. satu surat tunjuk sebab telah diberikan kepada badrul hisham agar melepaskan jawatan sebagai adun.

disini konspirasi bermula. badrul diarah menjawap surat tunjuk sebab. tanpa diketahui kalid gagap, badrul sebenarnya sudah lama menjawap surat balas tersebut. bukti cop terima daripada pejabat menteri besar telah berlaku. tarikhnya 2september.. rupanya surat itu TIDAK SAMPAI ke tangan kalid. siapa punya angkara ? sudah tentulah nik nazmi yang bercita-cita tinggi..

apa cita-citanya ? tiada lain mahu menjadi ketua AMK pusat menggantikan shamsul iskandar. ini janji azmin kepada nik nazmi, akan aku sponsor kempen mu nanti..

diatas adalah konspirasi satu pihak yang cuba merampas tahta kerajaan negeri. namun nik nazmi dan azmin lupa bahawa kalid gagap juga punyai soldier dan soldadu sendiri. seluruh barisan exconya sedia mati mempertahankan kalid gagap daripada ditumbangkan oleh puak oposisi..malam ini ada 2 mesyuarat berasingan pkr selangor, satu kem protestan dan satu lagi katolik. siapa dapat checkmate siapa menjadi agenda penting mesyuarat malam ini.

tahniah kepada setpol ezam, nazmi rosli yang berada di sebelah badrul hisham pada petang tadi.perancangan 'kita' akhirnya menjadi..badrul hisham telah menempelak anwar dalam kes al-liwati. isu saiful bakal menggegarkan lagi jiwa pengamal seksualiti sumbang anwar attaturki..badrul akhirnya telah menempeleng muka kalid dan anwar attaturki pada hari yang bertuah tadi !

lihat pada penghujung artikel malaysiakini, katanya didapati ramai 'orang-orang' ezam berada di sidang akhbar petang tadi..mulai hari ini aku yakin pakatan selangor tidak senang tido lagi !
http://www.malaysiakini.com/news/116238

29 Oktober 2009

Mangsa Liwat Seterusnya? Atau Dia Memang Dungu?


 Inikah manusia yang disanjung oleh Pemuda UMNO Malaysia? Inikah mesej perjuangan Pemuda UMNO Malaysia kepada Rakyat Malaysia? Inikah bentuk pemikiran dan gelombang perubahan Pemuda UMNO Malaysia?

Apakah Pemuda UMNO begitu dayus? Apakah Pemuda UMNO sudah hilang akar umbi dan jati diri? Apakah Pemuda UMNO masih setuju untuk orang ini Khairy Jamaluddin diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan Nai-Naib Presiden UMNO, Pengerusi dan Jemaah Jawatankuasa Disiplin Parti UMNO dan Veteran UMNO ambil BERAT dan PEDULI wajah ini? Apakah senyum sebagai sindiran akan ke PANDIRAN UMNO?

Mana Pak Mertuanya,Tak beri Nasihat ke budak hingusan ini? Kj telah mencemar Nilai dan Etika Tersirat, ibarat Retak Menanti Belah. Dalam sejarah kepemimpinan PEMUDA UMNO, inilah satu-satunya Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah membacul wadah, nahdah dan dakwah UMNO Malaysia. Ini KES BERAT. Sudahlah banyak penyakit lalu tak beres, kini H1N1 Ketua Pemuda UMNO Malaysia...pula.

Ternyata PINTAR yang tidak berTUAN, menjahanamkan Parti Umat Melayu 1946. Sudah pasti Tok Nyang Sheikh Abdullah Fahim kecewa sikap Cicit Menantu yang tak kenang BUDI.


Atau inikah manifestasi pelacuran minda oleh Anwar Ibrahim? Atau ini dia sasaran mangsa liwat seterusnya Anwar Ibrahim?

Gugurkan aja Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya. Sudah hilang kelayakan secara roh. Ooii...pembesar dan Bangsawan UMNO...bertindak lah, demi Roh Agama, Bangsa dan Tanahair.(PANEH MIANG)

Krisis Satu Proses Matangkan Parti

PENDAPAT
 
Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam tadi sekali lagi menegaskan usaha ke arah penubuhan kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit lagi, selepas kebimbangan terhadap usaha itu ditimbulkan lagi oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya.

Isu yang timbul tidak lama selepas pilihan raya tahun 2008 itu membawa PAS kepada satu cabaran getir yang menyaksikan debat dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS secara terbuka.

Hari ini, selepas lebih setahun pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat, pengalaman demokrasi yang dilalui sepatutnya telah mematangkan setiap parti terbabit.

Debat berhubung proses politik negara kita adalah satu keperluan untuk parti-parti Pakatan Rakyat menilai dan memahami realiti dan keperluan negara ini, dengan setiap parti memahami sumbangan satu sama lain.


Dalam kes PAS, apa yang telah dilalui sejak Mac 2008 lalu sepatutnya membawa iktibar kepada parti, terutama berkaitan pentingnya parti mempunyai prinsip dan haluan yang jelas dalam meneruskan penyertaan dalam proses politik negara.

Selepas dua muktamar berlalu selepas pilihan raya 2008, PAS telah menetapkan pendirian untuk bersama pakatan politik PR dan mengukuhkan pakatan ini sebagai imbangan kepada pakatan Barisan Nasional yang secara tidak adil membolot peratus kerusi yang lebih besar.

Sebagai satu wadah politik dalam satu proses politik yang lebih besar, PR tidak terus wujud dan sempurna sebagai satu pakatan, seperti juga BN yang mengalami turun naik sebagai satu perkongsian politik yang melibatkan permainan kuasa dan tawar-menawar yang berterusan.

Dalam sejarah terkini, parti-parti pembangkang di negara kita bersatu dalam dua gabungan yang kemudiannya berpecah, sebelum wujud dalam bentuk terbaharu sebagai PR.

Secara mudahnya, PR ialah satu proses dan bukan satu matlamat. Kerana itu, debat untuk mengukuhkannya lagi hendaklah diteruskan, tanpa melihat kritikan yang adil sebagai tindakan khianat.

Matlamatnya masih jauh untuk dicapai, dan pasti tidak akan dapat dicapai dengan mudah dan tanpa usaha dan perancangan yang sepatutnya.

Atas sebab inilah PAS perlu mematangkan dirinya dengan politik semasa yang semakin kompleks dan memastikan mandat yang diamanahkan kepada PAS dapat menjadi satu bahagian penting dalam agenda PR.

Kerana inilah juga, PR perlu meletakkan kepentingan rakyat - yang digunakan pada namanya - sebagai sesuatu yang diutamakan dan bukan sekadar simbol dalam pemasaran politik.

Dalam satu aliansi politik, tidak ada ketetapan yang sedia ada melainkan semuanya dirunding berdasarkan proses biasa rundingan dan tawar-menawar politik, dengan setiap pihak tidak mendapat semua yang dikehendaki kerana perlu ada yang dikorbankan demi matlamat yang ingin dicapai melalui aliansi itu.

PAS sebagai parti yang sudah lama terlibat dalam proses politik negara ini perlu bertindak matang dan tidak membenarkan apa yang berlaku baru-baru ini membawa kepada pergeseran yang merugikan parti, ketika sejumlah besar rakyat meletakkan harapan pada parti ini.

Pertemuan yang bakal diadakan awal November nanti perlulah menjadi satu lagi proses debat dalaman yang sihat bagi PAS, yang mematangkan lagi parti ini sebagai salah satu pemain politik yang penting di negara kita.

Penggunaan pertemuan itu nanti untuk manuver politik kelompok hendaklah dielakkan. Tidak perlu lagi dakwaan dan label seperti pro-Umno dan menyokong kerajaan perpaduan - yang sering dikemukakan dengan konotasi negatif semata-mata - yang telah beberapa kali dinafikan dan tidak pernah terbukti.

PAS dan ahli-ahlinya - yang termasuk wakil-wakil yang dipilih rakyat - perlu bertanggungjawab dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat, ahli-ahli parti dan menyedari juga kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.(Harakah)

PKR Perlu Selesaikan Masaalah Dalamannya......

PKR perlu selesaikan kemelut yang sedang melanda parti tersebut sebelum PRU 13 diadakan. PKR sebagai tunjang kepada Pakatan Rakyat patut melakukan sesuatu yang berkaitan dengan pimpinannya.

Jangan jadikan pisang berbuah dua kali, kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan gelagat sesetengah pucuk pimpinannya. Setelah Jeffry Kitingan melatak jawatan dan diikuti oleh beberapa orang ahli jawatan kuasanya, PKR dilihat sedang menghadapi masaalah dalaman.

Dan yang terbaru, saranan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalil Ibrahim telah mengesa agar Adun Pelabuhan Klang, Y.B. Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya sebagai adun.

Apakah PKR sedang dilanda krisis dengan perletakkan jawatan oleh pucuk pimpinan tertinggi Sabah?. Jangan biarkan apa yang berlaku di Perak akan berulang kembali, yang mana kepentingan peribadi lebih utama daripada kepentingan rakyat.

Rakyat diabaikan semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri, maka kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan hilang setelah melihat gelagat sesetengah wakil rakyat tiada bezanya  seperti wakil rakyat  Barisan Nasional.

Oleh itu, PKR perlu melakukan sesuatu agar Pakatan Rakyat tidak dipandang serong, dalam keadaan rakyat sedang memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat inginkan perubahan setelah terlalu lama duduk dibawah cengkaman Umno-Bn.Jangan biarkan rakyat hilang kepercayaan yang telah diberikan pada PRU 12 yang lalu.

28 Oktober 2009

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas AJK PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.
Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.
Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.
Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula. berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.
Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.
"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.
Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.
Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

Bajet Haram Oleh Sidang Haram Yang Dikendalikan Speaker Haram

11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar
Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.

11.43 am : Laungan haram bergema berterusan
Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram.

Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet.

11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram
BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.

11.35 am : Sidang Speaker sah YB. Sivakumar, sahkan usul Hj. Osman b. Abdul Rahman sebagai Ahli Dewan Negara baru.

Hj. Osman telah diusulkan oleh Adun Kuala Kurau menggantikan seorang Ahli Dewan Negara yang telah tamat tempoh perkhidmatan, dan disokong oleh Adun Kuala Sepetang.

Usul diterima oleh dewan.

11.31 am : BN cuba lulus bajet haram
Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan.

11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan

Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan.

11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.
Ianya ditangguhkan sebentar tadi.

11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008
ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat
Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemukakan data tentang prestasi tersebut. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam sehingga prestasi itu dicapai.

Usul diterima....
(Thinking Of Life)

25 Oktober 2009

Blogger (PAS) Pakatan Rakyat dah Menjadi Lidah Rasmi PKR.................

Apabila keluar sesuatu isu yang berkaitan DSAI, maka ramailah para blogger yang mengaku sebagai blanogger PAS akan mengeluarkan ulasan-ulasan mereka. Mereka lebih ke depan apabila melibatkan DSAI, tetapi tidak dilakukan tak kala melibatkan pimpinan PAS. Jika ada pun kerana pemimpin itu adalah adalah sesuai dengan cita rasa mereka.

Tidak salah untuk kita melapurkan kerana PKR pun bersama-sama dengan PAS dalam  Pakatan Rakyat. Tetapi betulkah tindakkan yang kita lakukan sedangkan kita mengaku sebagai blogger PAS.Ini kerna berita yang dilaporkan lebih kepada PKR daripada PAS.

Apabila saya menulis perkara ini, bukan bermaksud saya anti PKR, ia lebih kepada sikap menegur. Kerana itulah para blogger patut menghadiri tamrin ataupun usrah agar dapat menghayati bagaimana corak yang terbaik untuk kita menulis mengikut cara Islam yang sebenar.

Tidak salah untuk kita melaporkan akan aktiviti PKR, tetapi biarlah berpada-pada. Dan yang pastinya segala aktiviti PAS yang patut didahulukan. Jika tidak, jadilah blogger PKR sepenuh masa kerana ialah yang terbaik jika ideologi lebih condong kepada PKR. Tidak salah menukar ideologi kepada PKR kerana parti tersebut pun duduk dibawah Pakatan rakyat.

Untuk PKR pula, janganlah kerana terlalu mengejar kuasa untuk memerintah Malaysia, maka dicalonkan orang-orang yang tidak berwibawa. Lihatlah akibatnya kerana terlalu gelojoh Perahk jatuh kembali kepada kerajaan haram Umno kudeta. Jadilah ia sebagai ingatan pada masa akan datang.

Kebanyakkan masaalah-masaalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat banyak disebabkan daripada Adun PKR. Inilah bahayanya apabila terlalu yakin untuk mengantikan Umno-Bn di Putrajaya, calon yang tiada kualiti ditampilkan. Sebagaimana yang di Negeri Perak, yang membawa kejatuhan Pakatan Rakyat.

Tidakkah memalukan apabila PKR mencalonkan seorang bekas posmen yang bertaraf SPM. Bertambah pula dengan cita-cita besarnya untuk menjadi Menteri Besar, sedangkan bahasa inggerisnya pun tunggang langgan. Kerana orang-orang seperti inilah yang membuatkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Bila sudah menjadi adun dan kemudiannya dilantik sebagai exco, sikap bersyukur telah hilang kerana timbul sikap tamak yang menguasai diri. Dengan sikap tamak itulah yang membuatkan beliau tidak berpuas hati kerana hanya dilantik sebagai exco sahaja, sedangkan keinginan nafsu serakahnya ingin menjawat jawatan Menteri Besar tanpa mencerminkan muka.

Sepatutnya beliau tanya pada diri beliau sendiri, usahkan jawatan Menteri Besar tetapi apakah aku layat untuk menjadi exco dengan kelulusan yang aku ada ini.

Dimanakah Anda Apabila Anda Diperlukan.................

Dengan sedikit kemenangan yang Allah berikan, kita mula lupa diri. Sedangkan kemenangan yang diberikan itu hanyalah ujian semata-mata untuk melihat apakah sikap hambanya lupa diri atau pun tidak. Apakah hambanya bersikap sombong, takbur, bermegah dan memperlekehkan lawannya.

Tapi sayang sekali setelah sedikit kemenangan, sikap sombong mula menguasai diri. Kerajaan yang diamanahkan telah diasak dari dalam dan luar. Bila silap sedikit, maka isu  tersebut dibesar-besarkan dan berbendung-bendung para blogger mengkritik tanpa usul periksa.

Tidak anda merasakan amanah menulis yang Allah s.w.t. berikan itu untuk memperkukuhkan Islam. Bukan untuk memporak peradakan atau merumitkan keadaan tetapi membantu dengan sedaya upaya anda. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman, : Allah akan membantu orang yang membantu agamanya".

Jangan kata handak mempertahankan, tetapi kalau boleh dan berdaya mereka hendak meruntuhkannya. Inikah sikap yang diagong-agongkan diatas dasar kebebasan bersuara. Bagi pandangan saya, kerajaan yang terbaik dari segi kesepakatan ialah negeri Perak.

Walau pun cara rampasan yang dilakukan oleh Umno-Bn amat memalukan, tetapi semangat untuk mempertahankannya patut dipuji.Kemuafakatan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat amat-amat mengerunkan kerajaan haram kudeta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA