Translate

29 Januari 2010

Kes Aduka : Blogger Terengganu, Kenapa Tidak Menyebut Musafirlalu...

Berkaitan dengan isu penghina oleh Aduka Taruna, ada penulis yang menyokong tulisan AT membidas blogger dari Terengganu yang tidak dinamakan. Kenapa penulis tersebut tidak terus menyebut blog Musafirlalu, dan usahlah menulis blogger dari Terengganu. Seperti yang ditulis dibawah ini.....

"Kebanyakan pembenci-pembenci Aduka Taruna ini adalah orang/blogger PAS yang "sayang" sangat dengan jemaah. 
Nah, terlalu sayang sehinggakan rela diri menjadi lembu dicucuk hidung, Lebih-lebih lagi yang dari Terengganu itu". 

Penulis tersebut sepatutnya memahami yang tulisan mengkritik beliau bukan bermaksud membenci AT. Tidak timbul 'sayang sangat dengan jemaah' seperti apa yang diperkatakan oleh penulis tersebut. Apakah beliau sentiasa mengikuti corak penulisan Musafirlalu didalam blognya.

Adakah penulis tersebut melihat dan membaca bagaimana Musafirlalu dimaki hamun semata-mata mengkritik pucuk pimpinan PAS. Jika tidak, harap penulis tersebut membaca apa yang telah Musafirlalu tulis dalam artikel-artikelnya yang lepas-lepas, jangan pakai tembak aje.

Penulis tersebut menulis lagi dengan menyatakan...

"Aduka Taruna hanya membuat sedikit kesilapan teknikal pada tulisannya. Tulisannya yang kontroversi itu dia tak nyatakan pun ditujukan kepada siapa. Adakah tulisan tersebut menghina? Bukankah mayat seorang Muslim tidak elok dibiarkan lama-lama? Kenapa tidak membacanya secara tersirat? Tapi itulah, last-last dia keluarkan kenyataan memohon maaf."

Apa yang dimaksudkan dengan 'sedikit kesilapan teknikal pada tulisannya', saya harap beliau tahu apa yang ditulisnya. Apakah beliau ada membaca apa yang AT tuliskan berkenaan dengan Saidina Mauwiyah r.a., Saidina Ali r.a., Ummul Mukminin Aisyah r.a. dan Iman-Iman Besar Empat mazhad. AT memaki hamun Sahabat r.a. bukan sekali, tetapi beberapa kali. Adakah ia dinamakan dengan 'kesilapan teknikal pada tulisannya'.

Jika sekali, mungkin kita boleh menyatakan 'kesilapan teknikal pada tulisanya'. Inikah yang dikatakan sebagai seorang muslim, jika para sahabat r.a. dimaki hamunnya. Bagaimana beliau mengatakan yang Aisyah r.a. menjadi elite kerana mengahwini Rasulullah s.a.w. Andainya Aisyah tidak mengahwini Rasulullah pun, beliau tetap akan diiktiraf sebagai seorang Sahabat r.a.

Pemuja AT itu menulis lagi dengan berkata, "Iya, soal 4 mazhab dan juga Aisyah dan Muawiyah. Sepatutnya mereka bangkitkan isu tersebut sejak dahulu. Kenapa sekarang?". Apakah penulis tersebut tidak membaca komen-komen tersebut telah dilakukan sebelum timbulnya lagi isu menghina Almarhum Sultan Johor. Tetapi apakah AT mengambil peduli dengan nasihat dan kritikkan yang dilontarkan berkenaan isu tersebut.

Kerana sikap keras kepala dan berlagaknya, membuatkan yang beliau mengandaikan apa yang diutarakannya adalah betul. Beliau cuba menunjukkan kepada pemujanya betapa hebatnya beliau apabila berhujah. Tetapi apakah kita boleh mengatakan itu adalah satu hujah?. Belum apa-apa lagi, beliau telah memaki hamun Sahabat-sahabat r.a. sebagaimana belaiu memaki hamun para pemimpin PAS. 

Sedangkan beliau  boleh menulis dan memaki hamum para pemimpin PAS sebanyak mana yang beliau kehendaki kerana kita hidup dialam kebebasan menulis. Tetapi bolehkah kita sebagai seorang yang mengaku Islam boleh berdiam diri dengan penghinaannya terhadap para Sahabat r.a. Apakah beliau merasakan yang ilmunya terlalu tinggi daripada ulama-ulama yang muktabar?.

Sedangkan mengikut satu cerita, seorang ulama pernah ditanya oleh seorang anak muridnya perbandingan diantara Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. dengan Saidina Muawiyah r.a.. Guru itu menyatakan bahawa debu dihidung kuda Saidina Muawiyah r.a. pun belum boleh dibandingkan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., kerana beliau adalah Sahabat Rasulullah s.a.w. yang pernah berperang bersama-sama dengan rasulullah s.a.w.

Buat penulis yang memuja AT, apakah tidakkan anda sebagai seorang muslim dengan tulisannya dibawah ini. Anda nilailah sendiri, apakah tindakkan anda membela AT itu betul atau salah? Apakah anda menilainya diatas kebebasan menulis, maka AT boleh menghina dan terus menghina agama anda?

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.

Siapakah beliau untuk menghina Saidina Ali r.a. yang termasuk dalam 10 Sahabat r.a. yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH s.w.t. Inikah orang yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sahabat r.a., maka tidak menjadi satu kesalahan buat Musafirlalu mempertahankan agamanya dari terus dihina oleh manusia Lahanat ini.


Apakah beliau menyangka kerana sudah ramai peminat, maka beliau boleh menulis sesuka hatinya terhadap para Sahabat r.a. Fikirlah dengan akal yang waras dan jangan berfikir dengan hawa nafsu.

24 Januari 2010

Royalti Minyak : Baiknya Kerajaan.......

Awang Adek menyatakan bahawa royalti minyak ditukar menjadi wang ehsan dan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kerana takut wang itu disalahgunakan. Dengan menyalurkan kepada JPP,  setiap sen wang tersebut pasti akan sampai kepada rakyat.

Disebabkan itulah royalti minyak sebanyak 5 % yang sepatutnya dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan (PAS) ditukar menjadi wang ehsan. Agar setiap sen akan benar-benar sampai kepada rakyat, tanpa mengambil kira fahaman politik.

Baik bebenarlah kerajaan dalam usaha mereka menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kerana setiap sen akan sampai kepada rakyat sehinggakan rakyat, sepertimana rakyat negeri Terengganu menjadi kaya raya diatas kebijaksanaan kerajaan Deris Jusuh. 
 
Sekarang rakyat Kelantan pula yang akan mengambil giliran selepas rakyat Terengganu. Pasti di negeri Kelantan nanti tidak ada lagi rakyat yang miskin, kerana cara wang diuruskan oleh Umno ternyata berjaya. Rakyat Kelantan usah risau berkenaan duit RM 1 bilion itu kerana ia adalah kepakaran Umno bila berkaitan fulus.

Apa yang dikatakan oleh Awang Adek memang benar, setiap sen dapat dinikmati oleh rakyat  Kelantan macam rakyat Terengganu juga . Tapi kita mesti ingat,  sen sahaja untuk rakyat Terengganu, yang ratus juta masuk poket pemimpin tertinggi Umno.
 
Juta-juta dapat kat anak beranak mereka, ratus ribu masuk poket ketua bahagian, puluh ribu masuk poket AJK bahagian, ribu-ribu masuk poket ketua cawangan (pengerusi JKKK), ratus-ratus masuk poket AJK cawangan dan sen-sen baru masuk poket rakyat marhean.

Maka tidak dinafikan bahawa Umno semamangnya pakar dalam menguruskan wang ehsan. Kebijaksanaan pemimpin Umno memang terserlah cara mereka membahagi-bahagikan wang ehsan tersebut. Jika diukur cara Umno menguruskan wang ehsan tersebut, tiada siapa yang dapat mengatasinya.

Apakah kerajaan PAS Kelantan pandai menguruskan wang royalti tersebut? Jika tidak pandai menguruskannya, jangan pandai-pandai nak buat tuntutan. Apakah PAS bijak sebijak dan pandai sepandai Umno dalam pengurusan wang royalti minyak tersebut.
 
Itulah punca utama Umno mengantikan wang royalti menjadi wang ehsan semasa Terengganu jatuh ketangan PAS pada tahun 1999. Kerajaan juga terpaksa mewujukkan JPP disetiap negeri yang di perintah oleh pembangkang.

Kerana Umno tahu, PAS pasti tidak pandai memerintah dan berbelanja dengan wang tersebut. Pada 1999 wang rotalti minyak sahaja rm 800 juta, bukan sikit tu, boleh kelabu mata dibuatnya. Apakah PAS pandai menyalur duit tersebut seperti Umno.

Lihatlah betapa senangnya rakyat Terengganu di era Mat Said pula yang baru sahaja  mengumumkan bahawa kerajaaannya akan membantu rakyat Terengganu yang miskin dengan PRT disetiap daerah. Tapi untuk penyokong Umno sahaja, kaya miskin no.2. Janji mu mesti sokong Umno.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA