Awang Adek menyatakan bahawa royalti minyak ditukar menjadi wang ehsan dan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kerana takut wang itu disalahgunakan. Dengan menyalurkan kepada JPP, setiap sen wang tersebut pasti akan sampai kepada rakyat.
Disebabkan itulah royalti minyak sebanyak 5 % yang sepatutnya dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan (PAS) ditukar menjadi wang ehsan. Agar setiap sen akan benar-benar sampai kepada rakyat, tanpa mengambil kira fahaman politik.
Baik bebenarlah kerajaan dalam usaha mereka menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kerana setiap sen akan sampai kepada rakyat sehinggakan rakyat, sepertimana rakyat negeri Terengganu menjadi kaya raya diatas kebijaksanaan kerajaan Deris Jusuh.
Sekarang rakyat Kelantan pula yang akan mengambil giliran selepas rakyat Terengganu. Pasti di negeri Kelantan nanti tidak ada lagi rakyat yang miskin, kerana cara wang diuruskan oleh Umno ternyata berjaya. Rakyat Kelantan usah risau berkenaan duit RM 1 bilion itu kerana ia adalah kepakaran Umno bila berkaitan fulus.
Apa yang dikatakan oleh Awang Adek memang benar, setiap sen dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan macam rakyat Terengganu juga . Tapi kita mesti ingat, sen sahaja untuk rakyat Terengganu, yang ratus juta masuk poket pemimpin tertinggi Umno.
Juta-juta dapat kat anak beranak mereka, ratus ribu masuk poket ketua bahagian, puluh ribu masuk poket AJK bahagian, ribu-ribu masuk poket ketua cawangan (pengerusi JKKK), ratus-ratus masuk poket AJK cawangan dan sen-sen baru masuk poket rakyat marhean.
Maka tidak dinafikan bahawa Umno semamangnya pakar dalam menguruskan wang ehsan. Kebijaksanaan pemimpin Umno memang terserlah cara mereka membahagi-bahagikan wang ehsan tersebut. Jika diukur cara Umno menguruskan wang ehsan tersebut, tiada siapa yang dapat mengatasinya.
Apakah kerajaan PAS Kelantan pandai menguruskan wang royalti tersebut? Jika tidak pandai menguruskannya, jangan pandai-pandai nak buat tuntutan. Apakah PAS bijak sebijak dan pandai sepandai Umno dalam pengurusan wang royalti minyak tersebut.
Itulah punca utama Umno mengantikan wang royalti menjadi wang ehsan semasa Terengganu jatuh ketangan PAS pada tahun 1999. Kerajaan juga terpaksa mewujukkan JPP disetiap negeri yang di perintah oleh pembangkang.
Kerana Umno tahu, PAS pasti tidak pandai memerintah dan berbelanja dengan wang tersebut. Pada 1999 wang rotalti minyak sahaja rm 800 juta, bukan sikit tu, boleh kelabu mata dibuatnya. Apakah PAS pandai menyalur duit tersebut seperti Umno.
Lihatlah betapa senangnya rakyat Terengganu di era Mat Said pula yang baru sahaja mengumumkan bahawa kerajaaannya akan membantu rakyat Terengganu yang miskin dengan PRT disetiap daerah. Tapi untuk penyokong Umno sahaja, kaya miskin no.2. Janji mu mesti sokong Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan