Mufti Pahang menyokong kenyataan ulamak Umno dengan mengisytiharkan
“haram” bagi umat Islam untuk menyokong parti sekular DAP, dimana
sebahagian dari tokoh pemikir Islam mengatakan mereka sebagai “kafir
harbi”, berbanding MCA dan MIC yang telah menerima Islam sebagai agama
Persekutuan.
Datuk Abdul Rahman Osman telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia
berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam untuk menyokong parti
yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud
seperti memotong tangan bagi pencuri.
“Jika bukan Islam mahu menentang atau tak bersetuju, itu bukan
kewajipan kita untuk membantu mereka,” kata mufti itu dalam akhbar milik
Umno itu hari ini.
“Tetapi dalam konteks parti, jika sesebuah parti itu menentang Islam,
berdosa kalau kita menyokong mereka, seolah-olah kita menyokong gerakan
untuk menghancurkan agama kita.”
Semalam, ulamak Abdullah Sa’amah mengisytiharkan adalah “haram” bagi umat Islam untuk menyokong DAP, menurut akhbar Utusan,
tetapi menurut pengasas sekolah agama Pondok Geting, Tumpat, Kelantan
itu berkata boleh untuk menyokong MCA dan MIC kerana mereka menerima
kewujudan Islam.
Abdullah berkata umat Islam haruslah tidak menyokong DAP dan dua
sekutunya PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13
selewat-lewatnya April tahun depan.
“DAP terus menentang perlembagaan persekutuan, mereka mahu persamaan
antara Islam dengan bukan Islam, tokong dan masjid, mereka mahu
persamaan,” kata Abdullah dalam Utusan semalam.
“Adalah satu kewajipan untuk umat Islam dalam PAS, Umno, dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) untuk menolak DAP dalam pilihan raya akan datang,”
katanya lagi.
Masyarakat Melayu yang beragama Islam adalah kumpulan terbesar dalam populasi Malaysia.
Sayap kanan dalam pergerakan parti Umno, parti utama dalam Barisan
Nasional, telah membuat desakan agar melaksanakan hukum hudud di negeri
kubu kuatnya Johor.
Setakat ini cuma Kelantan dan Terengganu telah meluluskan hudud
sebagai undang-undang, tetapi tidak dilaksanakan kerana melanggar
perlembagaan persekutuan.
Satu kaji selidik telah dilaksanakan oleh badan bebas Merdeka Center
bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap BN merosot dari 65 peratus
kepada 58 peratus pada Jun. Sokongan terhadap perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak, yang merupakan presiden BN juga menurun dari 79 peratus
kepada 75 peratus dalam tempoh yang sama.