Transeksual rakyat Malaysia, Fatine mempertahankan tindakannya terpaksa meninggalkan Ian Young, ‘suaminya’ seorang rakyat British dua minggu selepas dia memperoleh visa untuk tinggal di United Kingdom (UK).Fatine, 38, (gambar) atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke UK untuk tinggal bersamanya tetapi sikap Young telah memaksanya memutuskan hubungan mereka yang terjalin lebih lima tahun.
“Akhirnya dia mengabaikan saya sama sekali. Sesuatu yang menyakitkan apabila lelaki yang anda cintai melayan anda macam itu. Saya telah mengorbankan hidup saya kerana dia,” katanya dipetik The Daily Mail.
Young juga mengaku dia tidak melayan Farine dengan baik sebagai mana dia sepatutnya telah lakukan.
Dalam laporan awal semalam, The Daily Mail menyebut Fatine, yang pada hujung 2009 mendapat perhatian ekoran laporan media bahawa kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, telah berpisah dengan suaminya selepas dua minggu memperoleh visa untuk tinggal di UK.
Young mendakwa telah menghabiskan sekitar £12,000 (hampir RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.
Young, 32, mendakwa cintanya dengan Fatine juga menyebabkan dia kehilangan kerja sebagai penjaga di tiga sekolah ekoran kemarahan beberapa ibu bapa.

Pasangan Fatine dan Young yang melangsungkan perkahwinan pada 2009. – Foto ihsan The Daily Mail
Pengerusinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata keyakinan itu berasaskan sokongan rakyat terhadap BN yang semakin meningkat berbanding pada pilihan raya sebelum ini. 
“Walaupun sokongan bertambah tetapi yang amat mustahak ialah bekerja kuat dan jangan ambil mudah dengan parti lawan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Dermasiswa Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri) BN, di Ipoh hari ini.
