Setelah melihat media elektronik dan media cetak pencacai semakin agresif menyebarkan fitnah terhadap Pakatan, maka dengan satu persetujuan, Gerakan Anti Najib/Rosmah, Musafirlalu dan 4U2C akan memulakan serangan disaat-saat akhir dalam melakukan serangan secara serentak terdapat BN.
Mengikut maklumat yang pihak kami terima, BN Sarawak semakin gelisah dengan perkembangan terbaru dari rakyat Sarawak dan kajian yang dilakukan oleh badan bebas bahawa BN berkemungkinan tewas dengan majoriti tipis. Tidak mustahil akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pada saat-saat akhir pengundian.
Berkemungkinan akan belaku penipuan undi yang akan dilakukan oleh BN dengan bantuan SPR dan pihak berkuasa. Berita terkini daripada kenyataan Najib berkenaan pembabitan langsung beliau yang berkampung di Sarawak dengan alasan beliau adalah Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia lebih-lebih lagi untuk rakyat Sarawak adalah satu signal bahawa BN benar-benar terdesak.
TV 3 suku yang beberapa hari ini memainkan isu Altantuya yang membabitkan temuramah dengan RPK dilihat cuba menaikkan kembali imej Najib dengan memburuk-buruk Anwar. sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Mahathir pada 1990 terhadap isu tengkolok berlambangkan salib yang dipakai oleh Ku Li pada kempen terakhir berjaya menidakkan kemenangan APU.
Najib merasakan yang RPK dapat membantu BN dengan memburuk-burukkan Anwar agar dapat memulihkan kembali kepercayaan rakyat Sarawak terhadap BN. Jangan kita terkejut jika akan berlaku pengumuman lewat di kerusi-kerusi Sarawak. Taib dan Najib dilihat mula menggunakan kuasa mereka dengan menghalang beberapa pemimpin NGO dari memasuki Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan