Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman
Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.
11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.
11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.
11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.
11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.
11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.
10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.
10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.
10.50 am: KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.
10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.
10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.
10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.
10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.
10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.
10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan
sejak jam 9 pagi tadi.
10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada
di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke
muka mereka.
9.50 am: Masjid Negara -
Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama
KTM.
9.45 am: Masjid Negara - Biarpun
diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000
penyokong sudah berhimpun di sini.
9.30 am: Kg Baru - 18
orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan
di sini.
9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang
awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.
9.15 am:
MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg
dan kenderaan mereka.
8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.
8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.
8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.