Translate

20 November 2009

Parpukari Sudah Naik Gila............. Sekarang Dia Serang Bos Dia Pulak.


"Apa salah saya dilantik Menteri? Saya pandai. Connection Singapore baik. Belajar Oxford."

Khabar angin sedang kuat mengatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan melakukan penyusunan semula kabinet.

Kedai-kedai kopi dan mamak teh tarik di mana orang UMNO suka bersembang bercerita bahawa Najib akan menggugurkan orang-orang Khairy dan Pak Lah. Antara yang dikatakan orang Khairy yang disebut-sebut adalah Khaled Nordin dan Ismail Sabri. Menteri-Menteri orang Pak Lah yang disebut akan digugur adalah Nor Mohamad Yakcop, Noh Omar dan Shaberry Chik.

Khairy kecewa tidak terpilih untuk Kabinet Najib pertama. Depan berpura-pura memahami kehendak Najib untuk dia menguatkan dan menyatukan Pemuda UMNO.

Di belakang dia tahu tanpa dilantik, dirinya sudah serupa macam nasib Zahid Hamidi yang kena tunggu 10 tahun baru dapat jadi Menteri. Zahid sudah tertinggal jauh berbanding dengan ramai-ramai pemimpin Pemuda sezaman dengannya. Nasib baik kaki sebelahnya ada di sebelah Najib.

Macam dirancang, Zahid yang beriya-iya memberitahu Pemuda di Permatang Pasir bahawa dia akan kempen untuk Khairy dijadikan Menteri. Lepas PRK Bagan Pinang, Zahid dan Khairy segera ke luar negara bersama. Apa yang dirancang budak ANwar Ibrahim dua orang ini?

Masa perlantikan Menteri, dia rasa cukup malu dan perasaan cemburu Khairy dengan Mukhriz dan Razali yang dilantik Timbalan Menteri begitu meluap-luap. Maklumlah dia rasa dirinya lagi pandai dan hebat dari kedua mereka berdua. Dengar khabar omak kj pun ikut bising dan menalipon orang sana sini.

Yang paling dia kecewa bila Razali dapat portfolio Belia dan Sukan. Selama ini dia mahukan sangat portfolio itu. Ini adalah cara dia boleh menguatkan dirinya sebagai Ketua Pemuda dan di kalangan generasi. Asas sokongan pemuda sekarang akan menjadi asas sokongan untuk politik masa depan kelak.

Ismail Sabri dahulu diletakan situ untuk dia mengambilalih selepas memenangi jawatan ketau Pemuda kelak. Sayangnya Pak Mertua sudah dipencenkan.

Geram saja dia tengok Razali dapat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Sudah pulak itu, Razali lagi popular dengan akar umbi UMNO dari dirinya. Dia kasi peluang untuk Razali mengetuai jentera Pemuda di Pilihanraya-Pilihanraya kecil tapi ini hanya buat akar-umbi berharap Khairy dicaj rasuah oleh SPRM dan diganti dengan Razali.

Lalu Khairy membisik arahan kepada pengikut-pengikutnya yang bodoh boleh menggelar dirinya sebagai 'sir" untuk sabotaj Razali. Di bawah diarahkan supaya sebarang program dengan Razali tidak dihadhiri pemuda akarumbi. Sebarang usaha Razali di Pilihanraya Kecil dicantas dan digagalkan. Tidak lagi dibesar-besarkan Razali sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Pemuda.

Ditengah-tengah masing-masing Menteri tengah suspens dan kawan-kawan Khairy sedang terumbang ambing, Khairy memainkan sebaran SMS mengatakan dia akan dilantik Menteri. Kalau dahulu masa Pak lah, memang mesti orang bising. Sekarang orang UMNO nak bersatu jadi mereka tidak mahulah buatkan isu mengenai SMS itu.

Khairy harap dia dapat lobi dengan hujah orang sudah tidak membencinya seperti dahulu. Dia konon nak beritahu tak ada kes terhadapnya lagi, oleh itu dia tidak patut dinafikan jawatan dalam kerajaan. Cara reverse psikologi ini berharap tentangan terhadapnya tidak lagi timbul.

Pasti dia ingat orang bodoh dan lupa. Najib tak akan lupa dengan apa yang Khairy lakukan di belakang tabir hingga bersekongkol dengan PKR untuk menjatuhkannya. Khairy ingat orang Najib macam Khir Toyo tidak lupa bagaimana dia membantu Pakatan Rakyat memburukkan Khir Toyo begitu teruk dengan bantuan Kalimullah untuk menjatuhkan Selangor.

Najib tahu Khairy tidak menyatu padukan Pemuda UMNO. Dia hanya menguatkan cengkamannya dalam Pemuda. Orang-orang yang dipilih hanyalah kroninya untuk mengisi jawatan Pemuda dan Ketua-Ketua Pemuda Negeri. Mereka semua macam bodoh ada upacara ikrar setia kepadanya. Ini tidak menjadikan Pemuda bersatu.

Pemuda dilihat begitu malap dan sana sini orang mengatakan Pemuda tidak boleh diharapkan. Sana sini orang beritahu ini adalah atas permintaan dan rahan Khairy. Pemuda hanya cari projek dan sibuk mengaku usaha orang lain sebagai usaha mereka. Mereka hanya tahu tumpang glamour dari inisiatiof penyokong persendirian dan blogger-blogger UMNO.

PKR dengan dibantu oleh Yayasan Think Tank Amerika yang diketuai Yahudi Madeline Albright telah buat satu perjumpaan strategi di Port Dickson beberapa tahun sebelum pilihanraya. Rancangan mereka adalah untuk menjatuhkan negeri-negeri yang merupakan penyumbang kepada ekonomi negara seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Serangan Khairy terhadap Khir Toyo membantu kejatuhan Selangor. Hari ini orang-orang dan peniaga-peniaga Melayu begitu teraniaya di Selangor. Najib tahu semua ini.

Pasti Dr Mahathir akan bising jika Khairy dilantik Menteri. Najib pasti tidak akan mahu melawan Dr Mahathir yang telah membantu menaikkan Najib dengan memberi tekanan terhadpa Pak Lah hingga berhenti. Kalau Dr Mahathir bersuara, dia tahu ini menyusahkan dirinya kerana kata-kata Dr Mahathir berpengaruh.

Khairy hanya akan naik jika Najib sedia mengingkari Dr Mahathir. Dia boleh hanya berharap saja. Najib tidak dididik menjadi seorang yang biadap dan derhaka kepada ketua dan orang tua. Susah kemungkinan Najib akan buat Dr Mahathir bising. Bagan Pinang lain kerana Dr Mahathir perlu tunjukkan dia tidak hipokrit dan konsisten.

Habiskan duit saja Khairy buat SMS blasting.

Ini adalah petikan dari blog Anak Omak, saya pun agak risau akan perkara ini, sebab di kala UMNO baru hendak menjadi kuat tiba-tiba ada ura-ura pemusnah UMNO si Kerry Jamban ini akan dilantik jadi menteri.

Beberapa hari yang lepas, Blog Tunku telah menulis mengenai isu yang sama.
Yang betsnya, bebudak KJ ni selalunya nak buat kerja-kerja glamer je, orang lain yang bersusah payah mendedahkan pasal isu Nik Aziz, tup-tup bebudak KJ yang nak menjadi hero, typical paria la perangai pencacai KJ ni...

Juga ada kisah mengenai menantu-menantu keparat.

Sekiranya Kerry Jamban dilantik menteri, maka UMNO bakal berkubur pada PRU13 nanti, tolonglah wahai YAB PM yang sangat kami hormati, selamatkanlah UMNO, janganlah dimusnahkan UMNO disebabkan oleh Kerry Jamban dan bebudak tingkat 4 ni!

Kepada PM yang kita kasihi, kami tahu untuk melantik sesiapa menjadi menteri adalah hak anda, memang betul, tidak ada sesiapa pun pertikaikan kuasa PM tu, cuma pandanglah dan dengarkanlah suara manusia-manusia kerdil seperti kami yang tak ada kepentingan dalam UMNO!
Posted by House PK

19 November 2009

Bila Gendang Perang Berbunyi..

Sekarang timbul semula sebahagian daripada 20 kotak yang dilaporkan oleh Ezam. Serangan daripada bekas-bekas pembantu DSAI mula kedengaran kembali. Apa motifnya........... tak lain dan tak bukan ialah salah salah satunya................ keputusan mahkamah yang memihak kepada speaker Kedah.............. secara tak langsung akan mewarnai krisis di Perak yang hanya menunggu keputusan sahaja.

Banyak lagi akn berlaku sumpah menyumpah................  yang sememangnya ada dijual kat kedai-kedai............ baik kedai Melaya atau pun kedai Cina................ Apa berbagai jenis sumpah dijual............. bagitau sahaja yang mereka mahu.

Apabila aku buka blog Kickdefella................ bukan main ramai lagi menyokong beliau............... ada juga yang menganggap bertapa mulianya beliau............. maka aku kutip lah salah satu komen yaang memuji akan kebaikan beliau............ inilah komen tersebut.

Saya orang kedah yang dah menetap di kg demit lebih dari 10 thn. Saya kenal tuan syed walaupun tak rapat dengan beliau. Bercakap pun boleh dibilang dengan jari. Setiap hari saya harus lalu dihadapan rumahnya kerana rumahnya merupakan laluan utama di kg demit. Saya tak pernah tinggal komen disini, tapi kali ini saya benar2 rasa terpanggil bila lihat beberapa komen yg mempertikaikan keikhlasan beliau hinggakan soal ibadah beliau sekeluarga turut dipersoalkan. Alhafidz hingga sanggup mengatakan tuan syed kafir di hati! masyallah adalah tuan alhafidz kenal dgn tuan syed?
Sejak tuan syed menetap di kg demit beliau & isteri banyak membantu keluarga susah di kg demit. Kak Som & arwah Pok wi selalu dijengah oleh tuan syed & isteri, sah sekeluarga, pak jusoh sekeluarga. Boleh tanya jiran dekatnya mok teh, telur burung puyuhnya dibagi sama rata untuk semua jiran2, diberinya pula untuk mok teh berniaga di pasar berek 12. Bila Derma ramadhan tahun pertama beliau tinggal disini, saya saksikan dgn mata kepala saya waktu melintasi rumahnya. Zakat bulan puasa tak usah cakap, org mari tak berhenti dirumahnya setiap tahun. Ramai org kampung tau perkara ini. Tuan syed suami/isteri tak ada dirumah duit zakat ditinggal pada pembantunya. Bahkan seorang pemuda pattani yg dtg menjual minyak 6 bulan sekali pun menceritakan bagaimana beliau dijamu dan makan tengahari bersama keluarga tuan syed sewaktu tuan syed beli minyak panas darinya. Bukankah ini semua ibadat namanya?
Anak2 lelaki tuan syed sembahyang subuh sebelum ke sekolah. Saya tau sbb anak2nya sembahyang di ruang tamu dan boleh dilihat melalui tingkap. Isterinya boleh dilihat bertelekung pada jam 10-11pagi (isteri saya cakap). Kalau waktu tu maknanya sembahyang sunat dhuha la. Tuan alhafidz lakukan sembahyang dhuha?
Setiap kali musim hujan, dalam hujan lebat tuan syed akan pacakkan kayu2 yg diikat dgn plastik di sepanjang longkang si jalan utama. Bimbang bila air penuh longkang tertutup kereta yg lalu lalang akan termasuk dlm longkang. Sampai sekarang ada lagi kayu2 tu sbb naik air bah baru ni.
Perkara ini yang saya boleh lihat dengan mata saya. Setiap petang tuan syed n keluarga main bolasepak, main kriket la sampai pelik budak2 kampung tengok tuan syed sekeluarga main apa, tanam pokok ( keluarga ni memang rajin bercucuk tanam, puas jiran merasa ).
Jadi saya nasihatkan mereka2 yg tak kenal atau tak biasa lihat mereka sekeluarga, jangan sesuka hati suruh orang bertaubat kerana anda sendiri seharusnya yg harus bertaubat dan minta maaf dari mereka sekeluarga.
Buat tuan syed sekeluarga, saya harap tuan syed bersabarlah. Nanti saya mari untuk bincang pasal rukun tetangga.
Salam.
Dr Nazir.

Terharu juga bila membaca akan kebaikkan beliau itu............. payah nak cari orang semulia beliau............... kalau ikut perpatah orang-orang tua dahulu........... jika nak tahu kebaikkan seseorang itu, tanyalah kawannya............ Tetapi jika ingin mengetahui keburukkannya, tanyalah musuhnya.

Aku ni bukan ni bukan nak pertikaikan bukti-bukti yang telah beliau hebohkan............ Sehinggakan menantu Tuan Guru, Abdul Ariffahmi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diminta oleh TGNA meletak jawatan............... Satu kejayaan yang besar buat kamu......... Kickdefella......... itu pun jika berita itu benar.

Tetapi yang menjadi kemusykilan aku yang tak sepandai engaku............. kenapa isu ini timbul setelah kamu di
dipecat dari PMBK............. andainya kamu seorang yang beragama Islam.............. apatah lagi dengan akhlak mulia kamu seperti ceritakan oleh Dr. Nazir itu............. maka kamu tidak ubah seperti barua pencacai.............. yang kamu pentingkan bukan akhirat tetapi dunia semata-mata................ sedangkan TGNA telah memberi peluang kepada sesiapa sahaja dan juga kepada SPRM 25 jam sehari untuk menyiasat.............. sekiranya adanya berlaku rasuah dan salahguna kuasa didalam pentadbiran beliau.

Sekarang orang tidak akan menganggap kamu wira............... tetapi seorang yang tidak jujur, tidak amanah, gila kuasa, gila jawatan, bila kekayaan dunia.................. apa yang kamu pertontonkan kepada jiran-jiran kamu itu................ hanyalah sendiwara sahaja............... baik diluar tetapi jahat didalam................ apakah tidak benar dengan dakwaan yang kamu ada memohon jawatan sebagai CEO kepada salah satu anak Syarikat Perbadanan Negeri Kelantan............... dengan gaji rm 10,000 sebulan............. tetapi telah ditolak.

Kamu sebenarnya hanyalah berwatakkan Islam semata-mata.................. tetapi seorang yang tidak boleh memegang amanah................ apabila diberi amanah, kamu mengkhianati amanah yang diberikan.........andainya kamu seorang yang mempunyai maruah dan ada sedikit kejujuran pada diri kamu............... pasti kamu akan melaporkan segala perkara yang melibatkan salahguna kuasa dalam kerajaan Kelantan kepada SPRM.

Apakah kamu takut kehilangan pekerjaan................. andainya kamu melaporkan kepada SPRM sebelum kamu dipecat............. Anjing pun pandai menghormati tuan yang sentiasa memberi makan kepadanya............. jika tuannya terlepas sehari tidak memberinya makan................... ia tidak sesekali akan mengigit tuannya.

Tetapi kamu bukan sahaja mengigit.............. malah habis rumah tuan kamu selongkar............ termasuk rumah-rumah kawan kepada tuan kamu................ ini sikap manusia yang akan melakukan apa sahaja............. supaya ada respons dari seseorang untuk mengambil kamu untuk dijadikan barua mereka............ itulah kejahatan yang aku nampat pada diri kamu............... walaupun aku tidak mengenali kamu............ tetapi dari tulisan kamu itulah yang mendedahkan segala sikap dan sifat kamu yang sebenar.

17 November 2009

Pilihan Raya Lagi............ Ni Yang Buat Bos SPR Naik Angin.

Setelah keputusan kehakiman yang diumumkan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memihak kepada speaker Kedah, maka kerusi Dun Kota Siputeh kosong. Kerusi tersebut sebelum ini disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif.

Kehakiman tersebut telah dibaca dengan memihak kepada Dun Kedah. Yang Arif berkata,"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah".

Sekarang ni bolehlah kamu ponteng dan curi tulang selama mana kamu mahu............ inilah sikap wakil rakyat Umno/Bn................... bagi mereka, rakyat lah hambanya................ bukan dia hamba rakyat............... senang-senang guna wang rakyat............. tapi kerja malas............ yang sebenarnya Umno bukan kebulur sangat dengan gaji empat lima ribu sebulan............... pasal dia orang bantai duit rakyat ikut pintu belakang................. kerana itulah mereka kaya raya........... itu pun sesetengah rakyat masih lagi buta............. buktikat depan mata pun tak nampak....... memang betul-betullah puak-puak ni buta hati.

Dengan keputusan kehakiman tersebut, maka akan kedengarlah media massa arus perdana dan para blogger BPN pencacai mengeluarkan cerita lama mereka,'lihatlah...... kerajaan tidak mengawal bidang kehakiman', 'Tengoklah pembangkang.......... bila memihak kat dia........ dia kata bagus........... bila memihak kepada Umno/Bn........ mereka kata kita kawal hakim' dan banyak lagi yang akan mereka hebohkan'............. bagi aku pulak.......... puuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiih kat muka kau orang......... pergi heboh kat tiang lampu lah......... lagi bagus.

Pada PRU 12 yang lalu, Dun Kota Siputeh telah dimenangi oleh BN(Abu Hassan Sarif) dengan mengalahkan calon daripada PAS(Ismail Wan Teh) dengan majoriti 495 undi. Dun N3 Kota Siputeh mempunyai 19,771 pengundi dengan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya yang lepas ialah 81.45 % (16,103) dengan 278 undi rosak.

Apakah kita akan merampas kerusi tersebut agar dapat menampal atau membalas balik kekalahan yang dirancang di Bagan Pinang baru-baru ini. Jika ianya berlaku maka kita akan mencipta satu lagi sejarah setelah berjaya memalukan Umno/Bn di parlimen Kuala Terengganu.

Kita tunggu pula dengan kes Perak pulak.............. para hakim mesti ingat............ bukan mereka yang menghakimi kes tersebut................ tetapi rakyatlah yang sebenarnya sedang menghakimi mereka.............. tunjukkanlah sikap amanah yang telah rakyat berikan............ bukan Umno yang membayar gaji kamu, tetapi rakyat........... usahlah takut akan ditukar kemana-mana pun.......... hakim yang adil tetap akan meninggalkan nama yang baik........... renung sejenak apabila kami pula akan diadili di Padang Mahsyar nanti.

Dibawah ini saya kutip artikel selepas PRU 12 yang cuba melaga-lagakan PAS, DAP dan PKR.


Pelantikan ketua negeri mesti ikut Perlembagaan

SELEPAS empat hari keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diketahui dan pelbagai analisis dibuat mengenainya, perhatian kini tertumpu kepada pembentukan kerajaan negeri. Setakat ini, Terengganu, Perlis, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan yang dimenangi Barisan Nasional (BN) masih menunggu isyarat daripada Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk memperkenankan pelantikan Menteri Besar. Selangor dan Perak, yang bakal ditadbir pakatan longgar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP juga belum menubuhkan kerajaan negeri berikutan Sultan belum memberi perkenan. Masalah perundangan tubuh kerajaan negeri turut melambatkan proses penubuhan kerajaan campuran di Perak dan Selangor. Kita berharap negeri dimenangi dengan majoriti dua pertiga tidak menghadapi masalah membentuk kerajaan negeri, apa lagi parti terbabit dipilih secara sah oleh rakyat menerusi proses demokrasi. Jika ada sebarang masalah, jalan penyelesaian terbaik perlu dicari kerana rakyat menunggu kerajaan baru, sama ada oleh BN atau barisan pembangkang melaksanakan janji pilihan raya. Sebarang kemelut membabitkan istana dan parti politik bukan saja boleh memberi kesan negatif terhadap kedua-dua institusi itu, tetapi boleh menjejaskan proses demokrasi itu sendiri.

Di Perak, masalah timbul berikutan kemenangan DAP yang memperoleh 18 kerusi membentuk kerajaan campuran bersama PKR yang memperoleh tujuh kerusi dan Pas enam kerusi. Bagaimanapun, kerana Perlembagaan Perak memperuntukkan hanya orang Melayu/Islam boleh mengisi jawatan Menteri Besar, DAP perlu berunding dengan rakannya dalam pakatan itu bagi membolehkannya memenuhi keperluan Perlembagaan negeri. Selangor turut mempunyai klausa Perlembagaan sama, namun PKR yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan campuran Selangor tidak menghadapi masalah kerana ia mempunyai calon Melayu, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan berkenaan. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang adalah kumpulan Negeri Melayu Bersekutu mempunyai undang-undang tubuh yang hanya memperuntukkan orang Melayu/Islam layak menjadi Menteri Besar atau ketua negeri. Bagaimanapun, Perak membenarkan Sultan membuat keputusan dalam menentukan bangsa bagi jawatan itu. Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang, tidak memperuntukkan syarat tertentu bagi jawatan Ketua Menteri.

Kita mahu semua pihak sedar dan memahami kepentingan perundangan dalam menentukan keamanan dan kesejahteraan rakyat. DAP dilihat tidak mempunyai masalah membenarkan rakannya daripada Pas atau PKR untuk mengisi jawatan Menteri Besar kerana itulah yang dibenarkan dalam kerajaan campuran berbilang kaum. Bagi mereka yang mempertikaikan pelantikan Melayu sebagai ketua negeri, kemelut yang dihadapi BN pada 1990 boleh dijadikan contoh. Umno membenarkan Ketua Menteri Pulau Pinang dipegang Cina, iaitu Gerakan. Kejayaan Umno dengan kerusi terbanyak bagi DUN pada Pilihan Raya Umum 1990 berbanding Gerakan dan MCA yang kalah kepada DAP bagi kerusi kawasan Cina dan India membolehkan parti itu melantik Ketua Menteri daripada orang Melayu. Bagaimanapun, ia tidak berbuat demikian. Sekiranya, Umno di Pulau Pinang boleh dengan rela hati memberi peluang kepada Gerakan menjadi Ketua Menteri, tidak ada sebab DAP, termasuk penyokongnya dan kaum Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa calon Melayu, sama ada PKR atau Pas menjadi Menteri Besar Perak. Apa yang penting, Menteri Besar terbabit mampu meneruskan pembangunan kepada penduduk, dan pada masa sama dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan semua kaum.

16 November 2009

Apabila Blogger Ala PAS Mula Tukar Haluan.

Setelah strategi mereka mula pecah tembelang.............. mereka mula melakukan serangan terhadap TGNA pula.......... tak habis-habis mereka dengan agenda mereka................ kenapa ya? Apa motifnya? Apa matlamat mereka sebenarnya? Apa keuntungan yang mereka dapat daripada semua itu?

Anda boleh membaca dan menilai corak penulisan mereka sebulan yang lepas dengan artikel mereka sekarang ini............... anda mungkin lebih arif tentang isu yang mereka mainkan sekarang ini................ kerana itulah anda jangan terperdaya dengan tipu helah mereka.

Biasa lah bagi si putar alam............... mereka akan menyerang dan terus menyerang.............. sehingga matlamat mereka tercapai............. tetapi siapakah disebalik mereka-mereka semua.............. apakah mereka merasakan yang mereka boleh memperbodohkan pembaca.

Jika tiada tangan-tangan ghaib yang membantu mereka................. apakah mereka akan mendapat berita-berita yang mereka laporkan.................. mungkin juga mereka-mereka ini membela jin atau hantu raya atau toyol.................. supaya dapat menyelongkar berita yang akan mereka siarkan.

Tanpa ada tangan-tangan ghaib.............. apalah ada pada mereka................. kerana semuanya adalah mainan orang dalam................. atau bahasa yang senang............... setiap meeting yang diadakan pasti ada musuh dalam selimut............... jika tidak, tak kan laporan dalam minit mesyuarat boleh keluar sebegitu senang.

Maka ini peranan blogger-blogger talam bermuka-muka............. yang mendedahkan berita-berita yang menjadi rahsia parti............... bagi aku............. inilah sebenarnya orang yang cuba menjahanankan parti............ apakah mereka boleh menjadi blogger sepenuh masa jika tiada sumber yang menajanya............. lainlah jika mereka ini sudah pencen.

Kerana itulah aku nasihatkan jemaah PAS agar berhati-hati dengan makhluk seperti ini............... Kalau boleh bantai cukup-cukup setiap artikel mereka................ atau pulau terus blog-blog mereka............. lakukan seperti mana Rasululah s.a.w. melakukan pemulauan terhadap Sahabat yang tidak menyertai peperangan........... sehinggalah turunnya Wahyu berkenaan pemulauan tersebut.

Islam telah memberi kita pertunjuk tentang sesuatu kisah supaya kita mengambil iktibar darinya.............. jika anda sayangkan parti yang anda dokong dengan sepenuh jiwa anda............... maka lakukannya............ walau sehebat mana mereka.............. fikir............fikirkanlah

Greennpages


15 November 2009

Jom Kita Buat Serangan Terhadap Puak-Puak BPN Pulak

Sebelum aku nak buat serangan terhadap blog BPN, ingin aku maklumkan yang Musafirlalu akan di pindahkan dari Klinik Pakar Muar ke Hospital Besar Sungai Buluh pada hari Jumaat ini, dibawah selian ketua pakar Hospital Sungai Buluh. Marilah kita doakan akan beliau sempat sembuh dan jika anda ingin menyumbang bolehlah salur melalui CIMB Islamic no. 0813-0000069-10-0.

Aku dengar SPRM bukan main laju buka kertas siasatan.............. walau pun ada yang protes dengan tindakkan tersebut................. bagi aku pula........... bagus juga buat siasatan................. siasat sebanyak mana nak buka kertas siasatan buka lah.................... sebenarnya ia adalah satu tindakkan pembersihan didalam PAS.............. agar tidak ada pemimpinnya buat onar.

Kita biarkan dulu JKKK, pemimpin bernafsu besar Umno.............. buat rasuah banyak-banyak. Insyaallah....... kalau ada rezeki Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat pada PRU 13 nanti................. pastikan penjara kat Malaysia ada kosong.............. bukan apa, pasal ramai penghuni baru akan merasai bertapa nikmatnya duduk kat dalam................ makan tanggung beb............. tak payah fikir-fikir hal politik, harta yang kamu rompak dari rakyat................. pasal harta kamu tu aku boleh tolong jagakan.

Kita dedahkan apa yang telah mereka lakukan terhadap harta rakyat yang mereka kebas.............. banyak woooooi.............. kalau nak kira............. memang tak terkira............. macam Mahathir mengaku tidak tahu menahu yang Petronas telah keluar RM 2 billion untuk menyelamat syarikat anaknya. Apa pun  jawapan yang beliau beri............. konon-konon beliau tak tahu menahu............ RM 2 billion beb.......... bukannya RM 2,500....... riuh satu dunia............... SPRM punya pandai................. siasat sampai mati.

Korek bagaimana duit Balkis............ dia orang guna pergi melancong kat Disneland............ Bekas MB boleh buar rumah agam bernilai puluh juta. Bekas MB bawa juta-juta.............. konon nak pergi melabur kat Australia............... pandai betul berniaga............. bawa balik untung juta-juta tanpa buat pengistihar pada kastam Australian.

MB Pahang buat rakyat terpaksa tanggung RM 60 juta lebih............. hasil kepakaran beliau dalam mengurus negeri. Apa pula cerita isu kampung buah pala hasil peninggalan BN. Kalau kat Terengganu lagi banyaklah kerja SPRM nanti.............. pasal seleweng duit ehsan.......... dan yang paling banyak tentang.......... runtuh............ runtuh........... runtuh............... semua projek runtuh............ Apa khabar Idris Jusuh kita.......... sihat ke.

Bagaimana pula tentang PKFZ............... yang semakin kurang kedengaran sekarang ini.............. SPRM.......... tidur ke........ kalau setakat Najib tubuh jawatan siasatan................. baik tak payah........... buat ngabih dulu rakyat lagi............ apa tidaknya jika terpaksa membayar gaji kepada para penyiasat yang kita dah tahu hasil siasatan mereka sebeluam siasatan dijalankan.

Memang Umno ni.............. dari zaman Mahathir.............. sampai ke era Najib................... tak habis-habis dengan rasuah............. Kalau kat India ada Taj Mahal................ kat Malaysia pun ada juga Taj.....bertapa cintanya Mahathir terhadap Hasmah............ maka terbinanya Menara Berkembar Pertronas dengan huruf "H" nya.

Kita lihat bagaimana kerakusan semasa era Mahathir memerintah apabila banyak projek-projek mega dibawa masuk, misalnya projek Bakun, KLIA, Proton City dan sebagainya. Ada yang menafsirkan jumlah projek tersebut bernilai RM 150 billion. Bagaikan tidak mencukupi, kemudian dirancang pula pembinaan jambatan darat dan lapangan terbang antarabangsa di Kedah. Walhal sudah ada tiga lapangan terbang yang berdekatan, iaitu di Langkawi, Alor Setar dan Pulau Pinang.

Begitu juga dengan cara pengendalian Bakun, seolah-olah hendak menyelamatkan Ting Pek Khing yang rapat dengan Mahathir. Dan wang Petronas digunakan untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan. Konsortium tersebut mengalami kerugian yang besar. Dan semua tahu siapa pemiliknya, kalau bukan anakandanya.

Lihat pulak dengan syarikat Renong, yang dikatakan mempunyai kapitalisme suku-sakat dengan golongan pemerintah. Untuk menyelamatkan Renong digunakan cara membeli saham. Masaalah syarikat Renong timbul apabila mengambil projek janakuasa di Filipina. Mereka diberi pinjaman sebanyak RM 800 juta. Pinjaman dilakukan ketika keadaan ekonomi Malaysia bergoncang.

Maka hutang mesti dibayar. Jalan penyelesaian dengan meminta bank-bank tempatan memberi pinjaman kepada syarikat tersebut. Pinjaman dibuat melebihi dengan apa yang disyaratkan undang-undang. Akhirnya undang-undang diketepikan untuk menyelamatkan kapitalisme suku-sakat.

Mana dia Parpukari dan hulubalang-hulubalang blog BPN untuk menyangkal dakwa ini................ jika BPN anak jantan tolong tangkis dakwaan ini............... ini baru sikit aku dedahkan............... ada banyak lagi untuk dijawab oleh barua-barua Umno.

Baru Di Pecat Habis Rahsia Dalam Kain Terburai...

Sebelum itu aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kickdeffella............. diatas pendedahan yang beliau lakukan itu. Dan kemudiannya isu terbaru ini telah dipanjangkan oleh blogger ala PAS......... tapi jangan silap, blogger PAS dengan blogger ala PAS ini dua nama yang berbeza............. yang sebenarnya blogger yang betul-betul PAS ini ramai dari blogger ala PAS.

Aku malas nak sebut blogger PAS kerana itulah nama yang selayaknya untuk blog-blog yang menjadi penyampaikan cerita tersebut........... supaya lebih sensasi lagi dengan sedikit nasi tambah.
Biasalah bila jadi penulis.......... kalau cerita itu setengah muka surat........... mereka akan jadikan satu muka surat.

Motif sebenar blogger-blogger seperti ini.............. kamu sendiri yang menilainya................ aku nak kata apa............ blog dia orang............. maka ikut suka dia oranglah nak tulis apa-apa pun......... itu aku setuju sangatlah dengan pemikiran bangat mereka itu................. kemudian cananglah kat seluruh Malaysia bahawa merekalah manusia separuh jin.................. memperbetulkan perjuangan PAS yang mula tergelincir.

Bagus point badut-badut ini dalam usaha murni mereka itu.............. konon nak membersihkan PAS................ Aku rasa bersih otak sendiri lagi bagus............... atau tolong kibar bendera BPN. Aku rasa blogger BPN lagi bagus................ pasal mereka itu adalah musuh kamu yang nyata.

Jangan sangka bila hit tinggi maka blog itu bagus.................. bagi akulah................ puiiiiiiiiiiiih......... boleh blah lah dengan hit kamu itu................. aku masih ingat kata-kata Musafirlalu............... kalau hang nak cari orang yang betul-betul ikhlas berjuang dalam PAS.................. hang bacalah cerita 26 tahun yang lepas.

Bagaimana pendokong-pendokong Islam berjuang dengan ikhlas.............. menghulurkan barang kemas, wang ringgit kerana semangat perjuangan yang ada pada mereka begitu kental............... jika hendak dibandingkan dengan sekarang................ yang tu aku akui betul yang Musafirlalu kata............ pasal sejarah tidak menipu............ tetapi blogger badut inilah yang mengucar-kasirkan PAS.

Yang aku nak bicarakan ini ialah berkenaan dengan Kickdefella............... kalaulah ini jenis orang yang jujur.............. kenapa mengeluarkan isu tajaan tersebut selepas dipecat............... kenapa tak dedahkan isu kerajaan Kelantan semasa berada didalam kerajaan.

Buat lapuran kepada SPRM jika belaku penyelewengan dalam kerajaan dan TGNA bagi jaminan SPRM boleh siasat 25 jam sehari jika ada salah guna kuasa dalam pentadbirannya................ Apa pasal kamu tak dedahkan sekali tentang pemohonan kamu nak jadi CEO dalam anak syarikat kerajaan Kelantan dengan gaji RM 10,000 sebulan.

Bila kamu mahu bersumpah dihadapan TGNA............... aku rasa sumpah sekarang ni macam boleh beli kat kedai.............. mungkin kedai-kedai cina pun ada jual sumpah............. apa jenis sumpah semua ada................ kamu fikirla dengan akal kamu tu.............. betul ke perbuatan kamu............. campur dan blogger ala PAS tu.

Dah Dapat Tangkap 2 Orang.

Blog ini baru sahaja dilancarkan denag pertolongan Musafirlalu............... terima kasih buat Muasafirlalu kerana pertolongan saudara itu.

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kerana dah dapat 2 orang pengikut. Tengok pada bentuk muka............. boleh jadi geng aku dalam 4U2C.................. kalau boleh dapat 20 orang lagi macam sahabat kita tu............... aku pasti akan tubuhkan satu pasukan untuk bersama dengan blog 4U2C.

Tak kiralah apa ideologi mereka........... janji mereka boleh bekerja denga penuh jujur.............. lapuran pasti akan ada faktanya............ jika tak ada............. kita akan korek sampai lubang cacing tentang satu-satu berita tersebut.

Oleh itu saya mengalakkan saudara dan saudari dapat menyertai pasukan ini. Maklamatnya ialah menendang ahli politik yang korup............. tanpa mengira fahaman politik pemimpin tersebut.......... Jika anda ingin menyertainya............. hantarkan sahaja alamat email anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA