Translate

17 November 2009

Pilihan Raya Lagi............ Ni Yang Buat Bos SPR Naik Angin.

Setelah keputusan kehakiman yang diumumkan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memihak kepada speaker Kedah, maka kerusi Dun Kota Siputeh kosong. Kerusi tersebut sebelum ini disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif.

Kehakiman tersebut telah dibaca dengan memihak kepada Dun Kedah. Yang Arif berkata,"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah".

Sekarang ni bolehlah kamu ponteng dan curi tulang selama mana kamu mahu............ inilah sikap wakil rakyat Umno/Bn................... bagi mereka, rakyat lah hambanya................ bukan dia hamba rakyat............... senang-senang guna wang rakyat............. tapi kerja malas............ yang sebenarnya Umno bukan kebulur sangat dengan gaji empat lima ribu sebulan............... pasal dia orang bantai duit rakyat ikut pintu belakang................. kerana itulah mereka kaya raya........... itu pun sesetengah rakyat masih lagi buta............. buktikat depan mata pun tak nampak....... memang betul-betullah puak-puak ni buta hati.

Dengan keputusan kehakiman tersebut, maka akan kedengarlah media massa arus perdana dan para blogger BPN pencacai mengeluarkan cerita lama mereka,'lihatlah...... kerajaan tidak mengawal bidang kehakiman', 'Tengoklah pembangkang.......... bila memihak kat dia........ dia kata bagus........... bila memihak kepada Umno/Bn........ mereka kata kita kawal hakim' dan banyak lagi yang akan mereka hebohkan'............. bagi aku pulak.......... puuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiih kat muka kau orang......... pergi heboh kat tiang lampu lah......... lagi bagus.

Pada PRU 12 yang lalu, Dun Kota Siputeh telah dimenangi oleh BN(Abu Hassan Sarif) dengan mengalahkan calon daripada PAS(Ismail Wan Teh) dengan majoriti 495 undi. Dun N3 Kota Siputeh mempunyai 19,771 pengundi dengan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya yang lepas ialah 81.45 % (16,103) dengan 278 undi rosak.

Apakah kita akan merampas kerusi tersebut agar dapat menampal atau membalas balik kekalahan yang dirancang di Bagan Pinang baru-baru ini. Jika ianya berlaku maka kita akan mencipta satu lagi sejarah setelah berjaya memalukan Umno/Bn di parlimen Kuala Terengganu.

Kita tunggu pula dengan kes Perak pulak.............. para hakim mesti ingat............ bukan mereka yang menghakimi kes tersebut................ tetapi rakyatlah yang sebenarnya sedang menghakimi mereka.............. tunjukkanlah sikap amanah yang telah rakyat berikan............ bukan Umno yang membayar gaji kamu, tetapi rakyat........... usahlah takut akan ditukar kemana-mana pun.......... hakim yang adil tetap akan meninggalkan nama yang baik........... renung sejenak apabila kami pula akan diadili di Padang Mahsyar nanti.

Dibawah ini saya kutip artikel selepas PRU 12 yang cuba melaga-lagakan PAS, DAP dan PKR.


Pelantikan ketua negeri mesti ikut Perlembagaan

SELEPAS empat hari keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diketahui dan pelbagai analisis dibuat mengenainya, perhatian kini tertumpu kepada pembentukan kerajaan negeri. Setakat ini, Terengganu, Perlis, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan yang dimenangi Barisan Nasional (BN) masih menunggu isyarat daripada Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk memperkenankan pelantikan Menteri Besar. Selangor dan Perak, yang bakal ditadbir pakatan longgar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP juga belum menubuhkan kerajaan negeri berikutan Sultan belum memberi perkenan. Masalah perundangan tubuh kerajaan negeri turut melambatkan proses penubuhan kerajaan campuran di Perak dan Selangor. Kita berharap negeri dimenangi dengan majoriti dua pertiga tidak menghadapi masalah membentuk kerajaan negeri, apa lagi parti terbabit dipilih secara sah oleh rakyat menerusi proses demokrasi. Jika ada sebarang masalah, jalan penyelesaian terbaik perlu dicari kerana rakyat menunggu kerajaan baru, sama ada oleh BN atau barisan pembangkang melaksanakan janji pilihan raya. Sebarang kemelut membabitkan istana dan parti politik bukan saja boleh memberi kesan negatif terhadap kedua-dua institusi itu, tetapi boleh menjejaskan proses demokrasi itu sendiri.

Di Perak, masalah timbul berikutan kemenangan DAP yang memperoleh 18 kerusi membentuk kerajaan campuran bersama PKR yang memperoleh tujuh kerusi dan Pas enam kerusi. Bagaimanapun, kerana Perlembagaan Perak memperuntukkan hanya orang Melayu/Islam boleh mengisi jawatan Menteri Besar, DAP perlu berunding dengan rakannya dalam pakatan itu bagi membolehkannya memenuhi keperluan Perlembagaan negeri. Selangor turut mempunyai klausa Perlembagaan sama, namun PKR yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan campuran Selangor tidak menghadapi masalah kerana ia mempunyai calon Melayu, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan berkenaan. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang adalah kumpulan Negeri Melayu Bersekutu mempunyai undang-undang tubuh yang hanya memperuntukkan orang Melayu/Islam layak menjadi Menteri Besar atau ketua negeri. Bagaimanapun, Perak membenarkan Sultan membuat keputusan dalam menentukan bangsa bagi jawatan itu. Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang, tidak memperuntukkan syarat tertentu bagi jawatan Ketua Menteri.

Kita mahu semua pihak sedar dan memahami kepentingan perundangan dalam menentukan keamanan dan kesejahteraan rakyat. DAP dilihat tidak mempunyai masalah membenarkan rakannya daripada Pas atau PKR untuk mengisi jawatan Menteri Besar kerana itulah yang dibenarkan dalam kerajaan campuran berbilang kaum. Bagi mereka yang mempertikaikan pelantikan Melayu sebagai ketua negeri, kemelut yang dihadapi BN pada 1990 boleh dijadikan contoh. Umno membenarkan Ketua Menteri Pulau Pinang dipegang Cina, iaitu Gerakan. Kejayaan Umno dengan kerusi terbanyak bagi DUN pada Pilihan Raya Umum 1990 berbanding Gerakan dan MCA yang kalah kepada DAP bagi kerusi kawasan Cina dan India membolehkan parti itu melantik Ketua Menteri daripada orang Melayu. Bagaimanapun, ia tidak berbuat demikian. Sekiranya, Umno di Pulau Pinang boleh dengan rela hati memberi peluang kepada Gerakan menjadi Ketua Menteri, tidak ada sebab DAP, termasuk penyokongnya dan kaum Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa calon Melayu, sama ada PKR atau Pas menjadi Menteri Besar Perak. Apa yang penting, Menteri Besar terbabit mampu meneruskan pembangunan kepada penduduk, dan pada masa sama dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan semua kaum.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA