Translate

07 Februari 2011

Kapal termahal

Kapal Ronda kita paling mahal dalam dunia.. mengapa?


OPV ialah singkatan Offshore Patrol Vessel atau Kapal Ronda Pesisir Pantai sahaja dan bukannya sebuah Kapal Perang.. kenapa Negara kita membayar harga yang paling tinggi dalam dunia?

Adakah kali ini Najib atau Zahid Hamidi akan menjelaskan bahawa Kapal Ronda kita itu dilengkapi dengan system yang jauh lebih canggih dari Kapal Ronda milik Israel sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Pak Lah suatu masa dulu, bila dipertikaikan harga helicopter yang bakal menggantikan Nuri..


Dulu Pak Lah kata Helicopter yang bakal dibeli untuk TUDM itu memiliki spesifikasi yang jauh lebih canggih dari apa yang dibeli oleh negara lain..

Adakah Kapal Ronda ini juga dilengkapi kelengkapan yang juga canggih hingga ianya boleh bertukar menjadi Kapal Selam pula??

Berapa pulak komisyen kali ini agaknya..

'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'
Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

Kekayaan Hosni Mubarak



Saya petik:
[Kosmo] KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.


KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar. 

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabarpada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.


ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA