Translate

26 Mac 2010

Lagi Laporan Polis Terhadap Wan Hashim.

KOTA BHARU, 26 Mac: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Shafie Ismail hari ini membuat laporan di Balai Polis Bandar di sini terhadap Datuk Wan Hashim Wan Daud yang telah membuat sidang akhbar berkaitan penamatan jawatan Pemangku Raja pagi semalam di Istana Mahkota.
Shafie berkata, laporan itu dibuat di atas kesedaran bahawa tindakan Wan Hashim tersebut boleh menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat.
“Polis report dibuat berdasarkan satu pengisytiharkan dari Al-Sultan Kelantan yang ditandatangani oleh Datuk Wan Hashim yang kononnya telah menamatkan jawatan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dan mengatakan ke bawah DYMM  Al-Sultan kembali memerintah,”ujarnya.
Penamatan tersebut adalah tidak sah dan tidak benar berdasarkan Undang-UndangTubuh Negeri.
Ketika ditanya berkaitan dengan penangkapan Wan Hashim semalam,beliau tidak tahu sama ada berkaitan dengan laporan polis olehnya sebelum ini.
 “Maaf, saya tak tahu hal tersebut, tetapi dua hari lepas saya ada membuat report polis di balai polis ini juga yang berkaitan dengan isu perlantikan Wan Hashim sebagai Setiausaha Sulit,” katanya lagi. (Harakah)

Tengku Abdul Aziz Dilucut Jawatan YDP Majlis Perajaan Negeri.

KOTA BHARU, 26 Mac: Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Hamzah dilucutkan jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri (MPN) berkuat kuasa semalam, 25 Mac 2010.

Menurut perisytiharan yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias hari ini berkata, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj dilantik sebagai Yang DiPertua MPN yang baru.

"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) dibatalkan perlantikan dan dilepaskan daripada menjadi Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010.

"Saya juga ingin memaklumkan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah mengampuni perkenan dan melantik Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj (Tengku Laksamana Kelantan) sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010," katanya sebentar tadi.
Pada sidang media sama beliau juga turut menjelaskan, majlis penganugerahan pingat kebesaran negeri pada 30 Mac ini tiada kaitan dengan sambutan hari keputeraan raja Kelantan.

Menjelas lanjut beliau berkata, ianya dibuat berdasarkan undang-undang tubuh negeri mengikut peruntukan perkara 43 (1).

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan Sultan Kelantan melucutkan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan diganti YDP MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah.

Bagaimanapun Setiausaha MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias semalam berkata, perlucutan kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra adalah tidak sah kerana didakwa tidak mewakli keputusan MPN.

Kata beliau, Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.
Oleh itu, katanya, Tengku Faris kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan. (Harakah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA