Translate

19 Februari 2010

Majlis Kahwin Anak Anwar.(Blog KMSM)

Waaaw…!!!!!

Nampak gempak juga wedding reception anak tunggal Anwar Ibrahim nie yea.. Garden Party Wedding Reception tuu..!!!

Location pun memang kena dengan tema, Janda Baik off course la breezed fresh air, hhmmmm best nyer!

Looking from these photos, nampak sangat dengan jelas girangnya hati Syaheeda dapat jadi menantu Anwar. “ Syioknyerr dapat kawen dengan anak bakal PM…” agaknya itu kot kata kata dalam hati Syaheeda..?

According to my fren yang dapat invitation, both majlis – nikah and garden party reception she cant find faces of PKR, PAS and DAP leaders..!!

Why Anwar didn’t make this an big event. Ihsan is his only son….

Entah betul ke tidak, Wan Azizah tak suka this girl to become her menantu sebab emak Syaheeda pernah kerja sebagai pembantu rumah di rumah mereka sewaktu Anwar TPM.

I can still remember masa Nurul Izzah kawin dulu bukan main besar besaran lagi…, few ministers came and also ramai duta duta luar negara. Ada jugak majlis persandingan jemput rakyat masa tu kat Bukit Dsara, I pun tak lepaskan peluang rasa nasik minyak Nurul Izzah. Kat khemah can be seen lots of PKR and PAS leaders yang datang..

Whatever it is, congrats to Syaheeda & Ihsan, semoga kekal ke anak cucu… jgn nakal2 tau Ihsan, don’t be like father like son!
These are daughters of Anwar and Azizah still avaiable..? Well, who will be their choices..? Jejaka anak anak orang UMNO boleh try tak...? Ahaks!


Little girl daugther of Nurul Izzah, mukanya sebijik macam ayahnya Raja Sharil. Is this girl gonna be Ahli Parlimen Lembah Pantai in 20 years from now..?




14 Februari 2010

Klorin Dalam Air : Anda Tahu Punca Sebenar Sakit Jantung Dan Strok.(JTR)


Menurut satu kajian oleh Joseph M.Price (M.D) di Amerika Syarikat, klorin yang dimasukkan ke dalam air paip adalah satu bahan kimia yang sangat bahaya. Menurut teorinya, klorin sebagai satu bahan yang sangat aktif bertindak balas dengan fat dan cholestrol menyebabkan ‘plak’ berwarna kuning terjadi dan berendap (deposited) di permukaan arteri-arteri. Endapan ini (atherosclerosis) menyebabkan arteri menjadi keras tidak kenyal (elastic). Arteri-arteri tersebut lama kelamaan boleh pecah ataupun lubangnya menjadi sempit. Keadaan demikian boleh menyebabkan penyakit atherosclerotic atau coronary heart disease dan stroke.

lihat eksperimen ini:
ujikaji ini menggunakan 100 ekor ayam jantan berumur 100 hari. Ayam ini dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu kumpulan dibahagikan kepada 50 ekor ayam. Kumpulan satu diberi air yang ada klorin dan kumpulan ke dua diberi air tanpa klorin bersama dengan makanan mereka. Didapati ayam-ayam yang diberikan air klorin mendapat penyakit plak berwarna kuning (atherosclerosis) di dalam saluran darah (arteri) di bahagian abdomen (abdominal corta).



Bagi kumpulan ayam yang tidak diberi klorin dalam airnya, tidak didapati seekor pun yg mengidap penyakit arteri selepas tujuh bulan. Ujikaji itu menunjukkan bahawa klorin boleh menyebabkan penyakit atherosclerosis iaitu saluran darah ‘arteri” tersumbat.


Lihat apa kata Dr. Price dalam teorinya:
Teori kolestrol dan lemak sebagai penyebab utama sakit jantung belum lagi sempurna. Sebagai bukti orang Eskimo di Kutub Utara tidak mengidap sebarang penyakit ‘atherosclerosis’ atau penyakit jantung sungguhpun pemakanan (diet) mereka mengandungi kolestrol yang lebih tinggi daripada yang biasa. Sebab utama mereka tidak mengidap penyakit jantung ialah mereka minum air salji iaitu air suling yang bebas daripada klorin.
Dr. Price menunjukkan juga bahawa 75 tahun dahulu sebelum adanya klorin dimasukkan ke dalam air minum tidak pernah ada rekod penyakit jantung di Canada dan Amerika Syarikat. Ia mungkin kerana klorin mula digunakan (sebagai ujian) untuk membersihkan air pada tahun 1890 an dan hanya pada dekad kedua dan ketiga (1920) ia diterima sebagai satu ‘ubat’ untuk air minum. Tanda-tanda penyakit atherosclerosis mengambil masa 10-20 tahun untuk menjadi.

Di sini, kita dapat korelasi antara timbulnya penyakit atherosclerosis sejak tahun 1930 dengan pengklorinan air. Korelasi ini susah untuk dinafikan atau pinggirkan sahaja.


Menurut Dr Allen Banik dalam bukunya “Your Water and Your Health”:
Klorin dalam bentuk yang dimasukkan ke dalam air adalah satu bahan toksik yang akumulatif (bertumpukkan).
Dr Price mencadangkan:
Supaya air dibersihkan dengan cara lain seperti menggunakan sinar ultra-lembayung sebagai satu cara yang praktikal, mudah dan murah. Alternatif yang lain ialah dengan menggunakan cara ‘ozonation’ atau penyulingan air. Cara sementara waktu ialah mendidihkan air untuk mewapkan (penyejatan) klorin itu sebagai satu cara untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung.
Cara yang paling dramatik dicadangkan oleh Dr Allen Banik ialah air yang paling selamat daripada bahan-bahan kimia yang mudarat adalah dengan menggunakan air suling. Penyulingan air adalah satu cara sahaja yang dipercayai boleh meninggalkan semua bahan kimia inorganik untuk menjadi air yang tulen dan bersih.
Malangnya, kajian Dr Price tidak dihiraukan oleh media massa. Dr Price mengatakan bahawa kajiannya telah disenyapkan (silent Treatment) oleh media massa.

Alahai Anak Perempuan Muhyiddin..(Pendekar Gunung Kriang)


Cuba teliti gambar gadis berbaju hitam dengan dada terbuka berbentuk 'V' di atas. Ada sesiapa mengenalinya?  Tengok mata dan pipinya yang agak sembab itu, adakah anda  tidak teringat seseorang? Ada iras-iras tak dengan wajah seorang pemimpin besar Malaysia yang mukanya confirm sembab?

mStar hari ini melaporkan berita tentang gadis ini yang baru cuba berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Kata mStar:

"Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya Najwa, insan yang bersuara serak basah dalam industri muzik tanah air. Penampilannya yang penuh sopan santun membuatkan ramai yang terpegun dengannya.

Walaupun menyedari dia anak kepada pemimpin nombor dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Najwa tetap dengan sifatnya yang selalu merendah diri terutama ketika pertama kali bersemuka dengannya.
Mula berjinak lebih kurang empat tahun lalu dalam bidang ini, Najwa dalam nada bersederhana memberitahu dia tidak begitu dikenali mungkin kerana tidak seperti artis lain yang selalu membuat persembahan di luar.

"Saya terlalu sibuk dengan pengajian saya, sekarang ini baru boleh bergiat aktif dan menunjukan bakat yang ada," ujarnya selepas sidang media Konsert Malam Nada Biru Bersama Najwa dan Yuna, di Bsync Production, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut, dia sejujurnya memberitahu tidak mengikut bakat daripada sesiapa, tetapi mungkin lahir daripada dirinya sendiri kerana sejak kecil sudah terasuh dengan bidang itu kerana telah dihantar ke kelas piano dan muzik"

Kata mStar penampilan anak perempuan Muhyiddin ini penuh sopan santun. Ya, sopan santun lah tu, kerana sekurang-kurangnya dia berbaju dan berskirt. Tak bersopan santun itu hanya apabila seseorang itu  cuma memakai seluar dalam atau bra atau tidak berpakaian langsung. Tapi anak gadis Muhyiddin masih pakai baju yang cuma menampakkan lengan dan berskirt yang cuma menampakkan betis putih melepaknya. Bersopanlah tu, sopan versi 1Malaysia.

Dan cuba lihat gambar di bawah. Di sebelah kiri ialah anak perempuan Muhyiddin manakala di sebelah kanan ialah Yuna seorang penyanyi indie yang namanya sedang meningkat naik. Janganlah banding siapa yang lebih manis antara keduanya, ia tidak adil untuk gadis di sebelah kiri, kerana Allah sudah takdirkan dia menjadi anak kepada seorang bapa yang sembab, apa nak kata? Tapi cuba bandingkan cara berpakain mereka, siapa lebih sopan? 


Ada orang kata untuk jadi penyanyi popular di Malaysia perlu berani buka-buka. Jika tak berani buka-buka mereka masih boleh jadi penyanyi popular, tapi bukan di Malaysia. Anak perempuan Muhyiddin belum berani buka banyak-banyak. Untuk lebih popular dia perlu berani buka banyak-banyak selepas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA