Translate

14 Februari 2010

Klorin Dalam Air : Anda Tahu Punca Sebenar Sakit Jantung Dan Strok.(JTR)


Menurut satu kajian oleh Joseph M.Price (M.D) di Amerika Syarikat, klorin yang dimasukkan ke dalam air paip adalah satu bahan kimia yang sangat bahaya. Menurut teorinya, klorin sebagai satu bahan yang sangat aktif bertindak balas dengan fat dan cholestrol menyebabkan ‘plak’ berwarna kuning terjadi dan berendap (deposited) di permukaan arteri-arteri. Endapan ini (atherosclerosis) menyebabkan arteri menjadi keras tidak kenyal (elastic). Arteri-arteri tersebut lama kelamaan boleh pecah ataupun lubangnya menjadi sempit. Keadaan demikian boleh menyebabkan penyakit atherosclerotic atau coronary heart disease dan stroke.

lihat eksperimen ini:
ujikaji ini menggunakan 100 ekor ayam jantan berumur 100 hari. Ayam ini dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu kumpulan dibahagikan kepada 50 ekor ayam. Kumpulan satu diberi air yang ada klorin dan kumpulan ke dua diberi air tanpa klorin bersama dengan makanan mereka. Didapati ayam-ayam yang diberikan air klorin mendapat penyakit plak berwarna kuning (atherosclerosis) di dalam saluran darah (arteri) di bahagian abdomen (abdominal corta).



Bagi kumpulan ayam yang tidak diberi klorin dalam airnya, tidak didapati seekor pun yg mengidap penyakit arteri selepas tujuh bulan. Ujikaji itu menunjukkan bahawa klorin boleh menyebabkan penyakit atherosclerosis iaitu saluran darah ‘arteri” tersumbat.


Lihat apa kata Dr. Price dalam teorinya:
Teori kolestrol dan lemak sebagai penyebab utama sakit jantung belum lagi sempurna. Sebagai bukti orang Eskimo di Kutub Utara tidak mengidap sebarang penyakit ‘atherosclerosis’ atau penyakit jantung sungguhpun pemakanan (diet) mereka mengandungi kolestrol yang lebih tinggi daripada yang biasa. Sebab utama mereka tidak mengidap penyakit jantung ialah mereka minum air salji iaitu air suling yang bebas daripada klorin.
Dr. Price menunjukkan juga bahawa 75 tahun dahulu sebelum adanya klorin dimasukkan ke dalam air minum tidak pernah ada rekod penyakit jantung di Canada dan Amerika Syarikat. Ia mungkin kerana klorin mula digunakan (sebagai ujian) untuk membersihkan air pada tahun 1890 an dan hanya pada dekad kedua dan ketiga (1920) ia diterima sebagai satu ‘ubat’ untuk air minum. Tanda-tanda penyakit atherosclerosis mengambil masa 10-20 tahun untuk menjadi.

Di sini, kita dapat korelasi antara timbulnya penyakit atherosclerosis sejak tahun 1930 dengan pengklorinan air. Korelasi ini susah untuk dinafikan atau pinggirkan sahaja.


Menurut Dr Allen Banik dalam bukunya “Your Water and Your Health”:
Klorin dalam bentuk yang dimasukkan ke dalam air adalah satu bahan toksik yang akumulatif (bertumpukkan).
Dr Price mencadangkan:
Supaya air dibersihkan dengan cara lain seperti menggunakan sinar ultra-lembayung sebagai satu cara yang praktikal, mudah dan murah. Alternatif yang lain ialah dengan menggunakan cara ‘ozonation’ atau penyulingan air. Cara sementara waktu ialah mendidihkan air untuk mewapkan (penyejatan) klorin itu sebagai satu cara untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung.
Cara yang paling dramatik dicadangkan oleh Dr Allen Banik ialah air yang paling selamat daripada bahan-bahan kimia yang mudarat adalah dengan menggunakan air suling. Penyulingan air adalah satu cara sahaja yang dipercayai boleh meninggalkan semua bahan kimia inorganik untuk menjadi air yang tulen dan bersih.
Malangnya, kajian Dr Price tidak dihiraukan oleh media massa. Dr Price mengatakan bahawa kajiannya telah disenyapkan (silent Treatment) oleh media massa.

1 ulasan:

Muhammad Alghazali berkata...

Assalamualaikum..hai saya Muhammad alghazali bin a.hamid pengedar perawatan air jenama aura water dari cawangan kota damansara Selangor darul ehsan..penapis ini mempunyai 5 penapis..penapis No 1.adalah untuk menapis segala kotoran fizikal seperti karat besi,pasir,lumpur dan kolodak-kelodak di dalam air..Penapis No.2 adalah untuk menyerap segala bau,rasa dan juga warna didalam air serta klorin dan aluminium(tawas)..penapis No.3 serupa juga fungsi penyerapan seperti Penapis No.2 dan berkebolehan memecahkan molekul-molekul air menjadi zarah-zarah yg lebih halus supaya badan mudah untuk menyerap air..No.4 adalah untuk menyerap segala bahan organik dan bukan organik serta logam berat dan racun..No.5 adalah untuk membunuh dan membasmi kuman..sesiapa yang berminat sila hubungi saya di talian 014-7356848..Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA