Translate

25 September 2010

Nik Aziz Tak Layak Jadi MB - Puteri Kelantan.


Nik Aziz Bersama Eksekutif I'da World Group

Nik Aziz sebenar sudah tidak layak jadi Menteri Besar Kelantan, apa yang dicakapkan sejak kebelakangan ini sering bercanggah dengan peribadi yang kita kenali dahulu,” kata Ketua Puteri UMNO Kelantan, Norwahida Patuan.



Katanya lagi, sejak kebelakangan ini, Nik Aziz sering menafikan atau berdolak-dalik seperti ingin menyembunyikan sama ada terhadap apa yang dilakukan atau kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini.
“Orang seperti Nik Aziz  tidak layak jadi ketua, apalagi jadi pemimpin negeri, sanggup berbohong mengatakan beliau tidak pernah bertemu Rahim (Abd Rahim Abd Wahab, Pengerusi Eksekutif IDA World Group Sdn Bhd), sedangkan ia berlaku dan ada gambarnya.
“Mungkin ada perkara yang ingin disembunyikan, atau nak jaga nama berikutan berita penerimaan replika cek RM4 bilion dari Rahim oleh adiknya Nik Din untuk Pas,” katanya ketika dihubungi umno-online.
Semalam, Rahim melahirkan rasa terkilan dengan kenyataan Nik Aziz yang mendakwa tidak tahu mengenai kewujudan IDA World Group atau bertemu dengannya sedangkan mereka berdua pernah mengadakan pertemuan bersama.
Menurutnya, pertemuan yang diadakan antara mereka berdua turut membincangkan mengenai tawaran sumbangan syarikat kepada kerajaan Kelantan serta projek pembangunan di negeri itu.
Norwahida berkata, apa yang berlaku kepada Nik Aziz telah menyebabkan hilangnya rasa hormat serta kepercayaan rakyat terhadap Menteri Besar kerana banyak kenyataannya mengelirukan termasuk mengenai agama, bangsa dan politik.
“Baru-baru ini, Nik Aziz mengatakan dia tidak berbangga menjadi bangsa Melayu, sedangkan dia sendiri berbangsa Melayu dan kejayaan menjadi Menteri Besar Kelantan adalah sokongan orang Melayu di negeri ini terhadapnya.
“Malah rakan-rakan seperguruannya ketika di sekolah pondok dahulu menyifatkan Nik Aziz sudah sesat berdasarkan apa yang dilakukan sekarang, mereka menyifatkan segala tindakan Nik Aziz mencemar nama baik sekolah pondok di Kelantan,” katanya.
“Orang seperti Nik Aziz tidak layak jadi ketua, apalagi jadi pemimpin negeri, sanggup berbohong mengatakan beliau tidak pernah bertemu Rahim ( Abd Rahim Abd Wahab, Pengerusi Eksekutif IDA World Group Sdn Bhd), sedangkan ia berlaku dan ada gambarnya.”
Sementara itu, berhubung Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat untuk membiayai solat di Mekah, Norwahida menyifatkannya sebagai pembaziran dan lebih baik mengadakan tabung untuk membantu rakyat miskin di Kelantan.
“Kalau kita hendak bermunajat, di mana-mana rumah  Allah boleh kita lakukan, apa yang utama adalah niat untuk melakukannya, pasti Tuhan akan mengabulkan doa jika apa yang dilakukan adalah ikhlas dan bukannya ada maksud lain.
“Mengapa hendak kita pertikaikan pemberian wang ihsan itu, sedangkan wang yang disalurkan itu adalah untuk membantu rakyat Kelantan juga bukannya untuk kegunaan lain, apa yang berlaku sekarang ialah Pas terutamanya cuba mempolitikkan isu berkenaan untuk kepentingan parti, tak lebih dari itu,” katanya.
Norwahida berkata, lebih baik Nik Aziz menumpukan tanggungjawab sebagai pemimpin negeri memajukan Kelantan kerana sejak Pas memerintah lebih daripada 20 tahun tidak banyak pembangunan yang dilaksanakan, mereka lebih banyak menumpukan kepada politik sahaja sehingga Kelantan antara negeri termiskin di negara ini. – MediaUMNO.
Sila rujuk ke blog MUSAFIRLALU untuk mendapat jawapan balas daripada PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA