Translate

07 Januari 2012

Bekas Ketua Staf Tentera Turki Di Tahan

Mehmet Ilker Basbug
Mehmet Ilker Basbug
Kenyataan di internet punca Mehmet Ilker Basbug ditangkap 

ANKARA: Bekas panglima tentera tentera Turki, Jeneral Mehmet Ilker Basbug, 68, ditahan dan dipenjarakan semalam selepas didakwa cuba memecah belahkan kerajaan Islam Turki menerusi satu kempen internet.


Penahanan ini menjadikan beliau pegawai paling kanan dipenjarakan dalam satu siri siasatan terhadap komplot menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.


Basbug kini ditempatkan di sebuah penjara berhampiran Istanbul selepas disoal siasat selama tujuh jam oleh pendakwa yang menyiasat dakwaan bahawa tentera membiayai berpuluh-puluh laman web bagi tujuan memperlekeh kerajaan berteraskan Islam pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan pada 2009. 

Beberapa suspek termasuk jeneral dan laksamana kanan, berkata mereka bertindak dalam satu rangkaian yang diarahkan Basbug ketika beliau mengetuai angkatan tentera. Beliau bersara pada Ogos 2010. 

Penahanan ke atas bekas panglima tentera itu, sesuatu yang hampir mustahil dilakukan beberapa tahun lalu, dilakukan ketika kerajaan yang menang tiga penggal pilihan raya berusaha mengurangkan pengaruh tentera dalam pentadbiran negara. Pemimpin tentera sebelum ini pernah merampas kuasa sebanyak tiga kali dan memaksa perdana menteri pertama daripada parti Islam, Necmettin Erbakan meletak jawatan pada 1997. 
Peguam Basbug, Ilkay Seze berkata, anak guamnya menafikan dakwaan yang dikemukakan ketika soal siasat, manakala stesen televisyen NTV melaporkan, bekas jeneral itu mendakwa tuduhan ke atas beliau sebagai tidak berasas. 
“Jika saya didakwa mahu menjatuhkan kerajaan, hanya kerana saya mengeluarkan kenyataan melalui satu dua berita di internet , ia sesuatu yang tidak masuk akal. Jika saya mempunyai niat buruk kepada negara, saya boleh melakukan tindakan lebih keras kerana saya adalah panglima kepada 700,000 anggota pasukan keselamatan. 

“Saya sebagai bekas Ketua Staf Tentera ke-26 Republik Turki didakwa mewujudkan dan mengetuai sebuah pertubuhan pengganas. Maka saya menyerahkannya kepada rakyat ini untuk membuat keputusan,” katanya kepada wartawan sebelum dibawa ke penjara. 

Dakwaan konspirasi yang dilakukan Basbug dilaporkan kali pertama oleh sebuah akhbar Turki pada 2009. Ia menyiarkan salinan apa yang didakwa rancangan untuk mencemarkan reputasi kerajaan pimpinan Erdogan dengan menggambarkan ia sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah. 

Siasatan ke aras laporan itu tidak dapat diselesaikan kerana dokumen asal yang didakwa ditandatangani seorang kolonel angkatan tentera laut, gagal ditemui. 

Siasatan dimulakan kembali tahun lalu selepas seorang pegawai tentera yang tidak dinamakan didakwa menghantar dokumen asal itu ke pejabat ketua pendakwa di Istanbul. – AP/AFP 

03 Januari 2012

Bravo..... Ucapan Yang Buat Para Pencacai Tegar Melenting.


Saya bangga ada anak menantu yang begitu

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak."
(Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita)


Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.


Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital.


Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis.
Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris.

"Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul.

"Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.

"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain.

"Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya.

"Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam.

Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....."



KLIK UNTUK MELIHAT VIDEO


Polis Siar Imej Penyerang Hollywood, Kelibat Lelaki Berusia Lewat 20-an Dan Berambut Gelap Dirakam Kamera Litar Tertutup

  DERETAN kenderaan penghuni Hollywood Hills terbakar angkara lelaki misteri menjelang sambutan Tahun Baru 2012.
DERETAN kenderaan penghuni Hollywood Hills terbakar angkara lelaki misteri menjelang sambutan Tahun Baru 2012.

LOS ANGELES: Polis Los Angeles semalam menyiarkan imej daripada kamera keselamatan membabitkan seorang lelaki disyaki terbabit dalam siri serangan kebakaran di Hollywood menjelang sambutan Tahun Baru. 

Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) turut meminta penduduk memastikan garaj dan tempat meletak kereta mereka dipasang lampu sepanjang malam, selepas kira-kira 40 kebakaran dilakukan sepanjang tiga malam lalu termasuk pada malam Tahun Baru.
Suspek dirakamkan pada kamera selepas kebakaran di sebuah lot meletak kenderaan berhampiran kawasan tarikan pelancong utama Hollywood, dipercayai berusia lewat 20-an atau awal 30-an, berambut gelap dan mengikatnya, kata polis.
Penyiasat persendirian dipanggil untuk membantu LAPD dan Jabatan Bomba Los Angeles bagi menyiasat siri serangan kebakaran itu, satu daripada yang terburuk di bandaraya itu sejak rusuhan perkauman pada 1992. 

“Sebanyak tujuh kebakaran baru dilaporkan pada malam menjelang Tahun Baru termasuk satu membabitkan sebuah tempat meletak kereta bawah tanah berhampiran kawasan itu,” kata seorang jurucakap LAPD. 

Video amatur yang disiarkan akhbar LA Times merakamkan kebakaran di tempat letak kereta bawah tanah Hollywood dan Hingland, berhampiran Chinese Theatre, Grauman di mana ia menjadi tarikan pelancong untuk melihat tapak tangan selebriti dan bintang Walk of Fames. 

Video dan imej kamera disiarkan pada malam kelmarin menunjukkan suspek berpakaian gelap, keluar dari tempat meletak kereta. 
“Saksi dan rakaman video lain menunjukkan lelaki terbabit berada di beberapa lokasi di mana kebakaran berlaku,” kata Komander Polis Los Angeles, Mike Moriarty, yang percaya bahawa ada sekurang-kurangnya dua pelaku yang melakukan kebakaran itu. 

Seorang daripada suspek sudah ditahan, kata polis. Samuel Arrington, 22, didakwa memulakan tiga kebakaran pada Khamis. 

Tetapi beliau berada dalam tahanan ketika kebakaran baru berlaku pada Sabtu dan Jumaat. 

Lebih 30 kebakaran bermula pada malam Khamis dan Jumaat, kebanyakan mensasarkan kenderaan sama ada di luar rumah atau di tempat meletak kenderaan di bawah bangunan. 

Tiada kecederaan serius dilaporkan setakat ini. 

Harta benda yang musnah dilaporkan termasuk sebuah rumah di Hollywood Hills milik penyanyi Jim Morrison, yang pernah tinggal di situ dan beliau menulis jenama lagenda ‘Love Street.’ 

Komander LAPD, Andrew Smith menggesa penduduk supaya menyalakan tempat meletak kenderaan dan garaj kereta mereka pada waktu malam dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu polis menangkap penjenayah yang bertanggungjawab. – AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA