Translate

26 Mac 2010

Lagi Laporan Polis Terhadap Wan Hashim.

KOTA BHARU, 26 Mac: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Shafie Ismail hari ini membuat laporan di Balai Polis Bandar di sini terhadap Datuk Wan Hashim Wan Daud yang telah membuat sidang akhbar berkaitan penamatan jawatan Pemangku Raja pagi semalam di Istana Mahkota.
Shafie berkata, laporan itu dibuat di atas kesedaran bahawa tindakan Wan Hashim tersebut boleh menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat.
“Polis report dibuat berdasarkan satu pengisytiharkan dari Al-Sultan Kelantan yang ditandatangani oleh Datuk Wan Hashim yang kononnya telah menamatkan jawatan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dan mengatakan ke bawah DYMM  Al-Sultan kembali memerintah,”ujarnya.
Penamatan tersebut adalah tidak sah dan tidak benar berdasarkan Undang-UndangTubuh Negeri.
Ketika ditanya berkaitan dengan penangkapan Wan Hashim semalam,beliau tidak tahu sama ada berkaitan dengan laporan polis olehnya sebelum ini.
 “Maaf, saya tak tahu hal tersebut, tetapi dua hari lepas saya ada membuat report polis di balai polis ini juga yang berkaitan dengan isu perlantikan Wan Hashim sebagai Setiausaha Sulit,” katanya lagi. (Harakah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA