Translate

16 April 2011

Zambry: BN Perak yakin rampas kerusi Pakatan.... Betoi Ker.

dr zambry abd kadir perak new cmPengerusinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata keyakinan itu berasaskan sokongan rakyat terhadap BN yang semakin meningkat berbanding pada pilihan raya sebelum ini.
BN Perak yakin dapat merampas semula sebahagian besar kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata keyakinan itu berasaskan sokongan rakyat terhadap BN yang semakin meningkat berbanding pada pilihan raya sebelum ini.
NONE“Walaupun sokongan bertambah tetapi yang  amat mustahak ialah bekerja kuat dan jangan ambil mudah dengan parti lawan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Dermasiswa Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri) BN, di Ipoh hari ini.
Bagaimanapun, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata semua komponen BN perlu terus bekerja kuat dan tidak ambil mudah dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Kita perlu bekerja keras untuk membolehkan BN mempertahankan kerajaan sekarang,” katanya.
  
Ditanya mengenai sokongan kaum selain Melayu di negeri itu, beliau berkata sokongan pengundi kaum India dan Cina kini kembali kepada BN.
Pada pilihan raya umum 2008, BN Perak kehilangan kebanyakan kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
Daripada 28 kerusi yang dimenangi BN, MCA hanya menang satu kerusi sementara bakinya diwakili Umno.
Pakatan Rakyat iaitu gabungan DAP, PAS dan PKR menguasai 31 kerusi serta berjaya menubuhkan kerajaan, namun hanya mampu bertahan 11 bulan apabila tiga wakil mereka bertindak keluar parti dan menjadi wakil Bebas yang mesra BN.
- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA