PKR perlu selesaikan kemelut yang sedang melanda parti tersebut sebelum PRU 13 diadakan. PKR sebagai tunjang kepada Pakatan Rakyat patut melakukan sesuatu yang berkaitan dengan pimpinannya.
Jangan jadikan pisang berbuah dua kali, kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan gelagat sesetengah pucuk pimpinannya. Setelah Jeffry Kitingan melatak jawatan dan diikuti oleh beberapa orang ahli jawatan kuasanya, PKR dilihat sedang menghadapi masaalah dalaman.
Dan yang terbaru, saranan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalil Ibrahim telah mengesa agar Adun Pelabuhan Klang, Y.B. Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya sebagai adun.
Apakah PKR sedang dilanda krisis dengan perletakkan jawatan oleh pucuk pimpinan tertinggi Sabah?. Jangan biarkan apa yang berlaku di Perak akan berulang kembali, yang mana kepentingan peribadi lebih utama daripada kepentingan rakyat.
Rakyat diabaikan semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri, maka kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan hilang setelah melihat gelagat sesetengah wakil rakyat tiada bezanya seperti wakil rakyat Barisan Nasional.
Oleh itu, PKR perlu melakukan sesuatu agar Pakatan Rakyat tidak dipandang serong, dalam keadaan rakyat sedang memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.
Rakyat inginkan perubahan setelah terlalu lama duduk dibawah cengkaman Umno-Bn.Jangan biarkan rakyat hilang kepercayaan yang telah diberikan pada PRU 12 yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan