Translate

04 Mei 2011

Perjanjian Konsesi Air Wajar Dibatal.

Pihak Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menghasilkan laporan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Malaysia.

Laporan ini menggariskan intipati Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA). AWER juga mengemukakan tiga kajian kes. Salah satu kajian kes adalah mengenai konflik penstrukturan semula industri air di Selangor.

NONETerdapat beberapa artikel pendapat dalam akhbar tempatan yang menyentuh isu perjanjian konsesi yang merupakan salah satu topik yang dilaporkan.

Saya ingin menjemput semua lapisan masyarakat khususnya rakyat Selangor untuk membaca laporan penuh mengenai penstrukturan semula industri air negara di laman web AWER (www.awer.org.my) supaya dapat memahami sepenuhnya cadangan-cadangan kami.

Kajian pihak AWER adalah menyeluruh dan terperinci. Laporan kami telah menyentuh aspek menyeluruh dan impaknya kepada rakyat.

Melalui WSIA, kerajaan persekutuan akan menstruktur semula industri perkhidmatan air supaya semua operator air dilesenkan dan beroperasi dalam keadaan 'ringan-aset'.

Syarikat air S'gor kompetitif

Ini bermakna aset berliabiliti (hutang) daripada operator air akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah unit khas Kerajaan Persekutuan.

Ini juga bermakna semua operator air hanya perlu fokus kepada membekalkan air secara berterusan dan berkualiti.

azlanBagi pengetahuan semua, penstrukturan semula industri air negara sepatutnya selesai menjelang akhir tahun 2010 mengikut Rancangan Malaysia ke-9. Ini adalah rancangan Kerajaan Persekutuan, bukannya AWER.

AWER lebih risau mengenai kos kelewatan penstrukturan semula dan impaknya kepada rakyat dari segi tarif serta kelewatan penambah baikan infrastruktur perkhidmatan air secara keseluruhan.

Pihak AWER ingin menegaskan bahawa kaedah operasi menggunakan perjanjian konsesi adalah tidak sesuai dan ramai yang percaya akan kebolehan syarikat-syarikat air di Selangor.

Memandangkan syarikat-syarikat air di Selangor berkaliber dan kompetitif, maka ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah jika mereka beroperasi mengikut kaedah pelesenan yang termaktub dalam WSIA.

Minimumkan kenaikan tarif


Laporan AWER tidak mengatakan bahawa tarif air tidak akan meningkat tetapi kenaikan tarif air dapat diminimumkan melalui pelaksanaan WSIA.

Pihak AWER juga telah menyatakan bahawa kos-kos yang terlibat dalam penetapan tarif akan diaudit dan rakyat perlu terlibat sama dalam proses penetapan tarif. Ini adalah intipati yang termaktub dalam pelaksanaan WSIA.

NONEMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga telah menyatakan dalam laman blognya, bahawa kenaikan tarif mengikut model WSIA di Selangor adalah di antara 10 hingga 15 peratus berbanding dengan perjanjian konsesi yang mencecah 37 peratus.

AWER berpendapat bahawa cadangan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air sebenarnya membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat berbanding kemudaratan yang digambarkan oleh penulis-penulis berkenaan.

Air adalah isu keselamatan negara. Semua lapisan rakyat berhak untuk mendapat bekalan air secara berterusan dan berkualiti dengan tarif yang berpatutan.

Memandangkan pelaksanaan WSIA dapat meminimumkan kenaikan tarif air, maka adalah wajar perjanjian konsesi dibatalkan mengikut model WSIA demi melindungi kepentingan rakyat. MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA