Translate

02 Mei 2011

Sebagai Umat Islam, Kita Kehilangan Seorang Pejuang Yang Agong.

Rakyat Amerika Syarikat menyambut gembira laporan kematian Osama di luar White House, Washington ketika Presiden Obama membuat ucapan mengenainya. — Foto Reuters


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengesahkan kematian pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden hari ini menyifatkan "keadilan" telah dipertahankan ekoran misi itu.


Dalam pada itu, bekas presiden George W. Bush yang memimpin Amerika Syarikat ketika serangan 11 September dan bertekad mahukan Osama hidup atau mati hari ini berkata, kematian pengasas Al-Qeada itu “satu detik kejayaan yang penting.”

“Perjuangan melawan pengganas berterusan, tetapi malam ini, Amerika telah menghantar mesej yang tepat. Tidak kisah berapa lama (usaha itu akan berterusan), keadilan akan dicapai,” kata Bush dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.

Amerika Syarikat menyenaraikan Osama sebagai musuh nombor satu negara itu.

“Keadilan telah dicapai,” kata Obama dalam ucapan penuh dramatik, yang disiarkan lewat malam tadi (kira-kira 11.30 pagi ini, waktu Malaysia).


Obama berkata pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai operasi di Islamabad, Pakistan telah membunuh Osama.

Tiada rakyat Amerika terbunuh dalam operasi itu dan mereka mengambil berat untuk mengelakkan kecederaan ke atas orang awam, kata Obama dipetik Reuters.



“Amerika Syarikat telah mengadakan operasi yang telah membawa kepada kematian Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda dan seorang pengganas yang bertanggungjawab bagi kematian beribu-ribu orang... lelaki, wanita dan kanak-kanak,” kata Obama lagi.

Ia dilihat sebagai pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatannya.


Sekumpulan rakyat Amerika Syarikat berhimpun di luar White House sambil melaungkan, “AS, AS.”

Seorang pegawai kanan pejabat risikan Pakistan juga mengesahkan Osama bin Laden, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September 2001, sudah terbunuh.

“Ya, saya boleh mengesahkan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun dia tidak memberikan butiran susulan.

Amerika Syarikat memastikan jenazah pengasas dan pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam, kata pegawai-pegawai White House hari ini.
 
Presiden Barack Obama dan pihak berkuasa Pakistan mengesahkan Osama terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat di Islamabad.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA