Translate

06 Mei 2011

Mungkinkah kejutan berlaku di Singapura, esok?

Ketika kempen pilihan raya umum Singapura kali ke-14 berakhir semalam dengan pemimpin parti politik utama semakin merancakkan usaha memancing undi.

Parti yang bertanding berusaha habis-habisan di saat-saat akhir dalam siri kempen itu untuk meraih undi yang amat diperlukan, dalam apa yang diramalkan oleh beberapa penganalisis dan pemerhati politik sebagai paling menarik serta mendapat saingan sengit dalam sejarah negara pulau ini.

Thousands of spectators gather at an Singapore People's Party's (SPP) election campaign rally at Bishan Stadium 2Buat kali pertama, parti pembangkang akan meletakkan calon dalam 82 daripada 87 kerusi, iaitu jumlah terbesar kerusi yang pernah ditandingi untuk menentang parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Meskipun berdepan cabaran sengit, PAP berkeyakinan bahawa parti itu akan berupaya mengekalkan populariti dan mandat daripada 2.35 juta pengundi Singapura yang layak mengundi.

Ketika menyuarakan keyakinannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata PAP yakin akan mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam pilihan raya umum Sabtu ini. Bagaimanapun, PAP tidak akan mengambil mudah undi daripada mana-mana pihak.

Lee dipetik sebagai berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke beberapa kawasan Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Ang Mo Kio, semalam oleh saluran televisyen tempatan, NewsAsia.

NONEBeliau meminta penduduk Singapura supaya memberi sokongan kepada PAP dan memikirkan tentang masa depan mereka dan anak-anak, serta membuat pilihan yang terbaik.

Ditanya tentang kemungkinan keputusan yang akan dicatatkan di GRC Aljunied, Lee berkata beliau percaya PAP akan menang, namun akan berdepan saingan yang begitu sengit.

"Calon dan penyokong di GRC Aljunied bersemangat tinggi dan saingan masih berlangsung," kata Lee, sambil menambah beliau akan singgah di GRC Aljunied untuk menegaskan hakikat bahawa PAP berdiri teguh dalam pertandingan bagi bahagian berkenaan.

NONEMengenai khabar angin yang disebarkan menerusi pelekat bahawa GST akan dinaikkan selepas pilihan raya, Perdana Menteri berkata parti telah memutuskan untuk mencetak dan mengedar risalah serta bahan bacaan tambahan untuk menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan GST selepas pilihan raya itu.

Malam semalam, puluhan lagi perhimpunan terus diadakan oleh parti politik yang bertanding sebelum tempoh bertenang pada hari ini.

Pada 2006, PAP memenangi 66.6 peratus undi dan 82 daripada 84 kerusi parlimen.

Singapore Workers Party candidate for Aljunied GRC, Chen Show Mao 1Menurut seorang penganalisis tempatan, berdasarkan fakta sejarah, PAP mencatatkan rekod pencapaian yang baik dalam membawa kemakmuran ekonomi dan sosial kepada penduduk Singapura.

"Melihat kepada apa yang berlaku di dunia hari ini misalnya di Timur Tengah, adalah baik supaya pengundi memikirkan secara mendalam tentang bentuk kerajaan yang mereka mahu.

"Adakah mereka mahukan kesinambungan dalam pentadbiran atau sebuah kerajaan yang lemah dan tidak stabil? Fikirlah betul-betul sebelum mengundi," nasihat beliau.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA