'Transformasi' Najib Menuju Diktator
Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.
Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.
Menurut beliau, jika di bawah Akta Polis 1967, sekurang-kurangnya hanya perhimpunan di tempat awam yang dikenakan permit, tetapi di bawah akta baru ini mensyaratkan semua perhimpunan walaupun di premis persendirian atau disewa perlu diberikan notis makluman awal kepada polis 30 hari sebelum tarikh himpunan yang dicadangkan itu hendak dibuat.
Katanya, Seksyen 9(5) Akta itu pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000.00 sekiranya tiada notis awal diserahkan kepada polis sebelum perhimpunan tersebut diadakan.
"Peruntukan itu amatlah tidak munasabah kerana kebanyakan himpunan aman rakyat adalah berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.
Itulah prinsip demokrasi dan hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, menurutnya, tetapi malangnya hak-hak yang masih berbaki sedikit itupun cuba dihapuskan sepenuhnya oleh kerajaan Umno (Barisan Nasional).
"Inikah transformasi yang dibangga-banggakan oleh Perdana Menteri atau transformasi yang dibuat hanya untuk mengubah negara menjadi negara diktator dan kuku besi?" ujarnya.
Akta baru itu juga, tegasnya, melarang individu di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman dan ini tentulah merujuk secara khusus kepada para mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi negara.
"Sudahlah para mahasiswa dikongkong teruk oleh AUKU, sekarang akta drakonian yang baru diperkenalkan ini pula meragut terus hak-hak asasi mereka untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman.
"Kerajaan BN benar-benar memperlekeh dan memperbodohkan terus keintelektualan para mahasiswa dan mahasiswi kita," tambah beliau.
Manakala Seksyen 21(3) akta itu, tegasnya, membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000.00, jumlah yang sangat tidak munasabah berbanding RM2000.00 sekarang, sedangkan kesalahan berhimpun bukanlah satu kesalahan jenayah yang serius.
Katanya, banyak lagi peruntukan lain yang tidak munasabah dimasukkan di dalam akta baru itu, manakala segala kelemahan yang berlaku itu disebabkan sikap ego kerajaan yang enggan mendengar pendapat ramai supaya segala undang-undang baru yang hendak digubal yang berkaitan hak-hak asasi rakyat patut dirunding secara konsultasi bersama.
Juham mengecam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berpandangan akta tersebut hanya seperti menanam tebu di tepi bibir, manis di mulut tetapi hakikatnya membawa bencana dan mala petaka besar kepada hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Akta ini jelas mengongkong kebebasan rakyat untuk berhimpun dengan sekatan dan syarat-syarat yang amat zalim, tidak munasabah dan tidak pernah difikirkan oleh rakyat yang waras," tegasnya.
Juham menggesa agar kerajaan menarik balik akta itu dengan segera dan berunding dengan rakyat terlebih dahulu sebelum memperkenalkan apa-apa undang-undang yang zalim seperti itu dan menyekat kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
SELSEMA
-
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet
-
The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of
Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the
Khaza...
Seminggu yang lalu
-
LORD OF THE MANOR, KING OF THE HILL!
-
*The Manor*
*The Hill*
1. This is the second trifecta for the Trump Administration in Washington
after achieving it in 2016 winning the Presidency, an...
Seminggu yang lalu
-
Collaboration request
-
Hi there
How would you like to earn a 35% commission for each sale for life by
selling SEO services
Every website owner requires the use of search engin...
5 bulan yang lalu
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
9 bulan yang lalu
-
-
Perubahan apa Bang Non?
-
Bulan lepas China tutup lgbt centre yang terakhir di negara itu yang selama
ini menjadi rumah selamat untuk geng pelangi..dan perkahwinan sesama jenis
te...
Setahun yang lalu
-
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA
KHAS ??
-
MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ?
APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ...
MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...
2 tahun yang lalu
-
5 Fakta Menarik Perbicaraan Kes Zahid Hamidi ( 2018 -2021)
-
Bila kita baca beberapa laporan berita ini nampak seperti ada harapan DSZH
akan dibebaskan..
Sekarang semua saksi sudah dipanggil dan keterangan merekala...
3 tahun yang lalu
-
Kg Malangkap Kota Belud
-
Setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Gempa bumi yang
menggegarkan Kundasang - Ranau telah merubah lanskap gunung Kinabalu dan
jajarannya....
4 tahun yang lalu
-
Ministry of Education Malaysia.: Abolish Vernacular School. We only need
one national school.
-
Hello there,
I just signed the petition "Ministry of Education Malaysia.: Abolish
Vernacular School. We only need one national school." and wanted to see i...
5 tahun yang lalu
-
2016
-
Bismillahirrahmanirrahim
Bangkit semulakah?
8 tahun yang lalu
-
PROPAGANDA MO1 DAN KEHEBATAN TUN M
-
Berkabung untuk UMNO
Samaada kita sedar atau tidak kem MO1 telah membuat propaganda terhadap
rakyat Malaysia. MO1 telah membuat propaganda untuk memfitna...
8 tahun yang lalu
-
0812 2015 1631 | dimana beli karbon aktif Haycarb | Berapa harga jual
karbon aktif haycarb
-
call 0812 2015 1631 jika Anda bingung mencari tahu dimana Karbon Aktif
Haycarb ! Anda membutuhkan karbon Aktif Haycarb?
Tentu tidak sekedar butuh produk, ...
8 tahun yang lalu
-
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
9 tahun yang lalu
-
Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah
Perkahwinan...?
-
*Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno
Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....*
*Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Mem...
9 tahun yang lalu
-
JANGAN KENA TIPU LAH DGN PROPA DAP.
-
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/dapmalaysia-cuba-menipu-rakyat.html?m=1
9 tahun yang lalu
-
Sejak Sinar Harian Pro Pembangkang ... IKLAN SEKS Jadi Sumber Rezeki!
-
Puak2 Pakatan Rakyat dan media2 mereka memang tak boleh lekang dengan SEKS!
Tak tau la napa ... Bukan fitnah aaa ... tgk sendiri.
10 tahun yang lalu
-
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
11 tahun yang lalu
-
Bangsa Melayu Dan Fakta Yang Terselindung
-
Oleh Mazlan Nordin KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan
adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya
kesatuan “Duni...
12 tahun yang lalu
-
LIM GUAN ENG ~ CELUPAR TERLAMPAU
-
KETUA MENTERI TERLAMPAU~ Sanggup berkata hina kepada PDRM negara ini.
Sebagai Ketua Eksekutif sebuah negeri yang didominasi oleh KETURUNANNYA
sepatutnya p...
12 tahun yang lalu
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...
12 tahun yang lalu
-
Pakatan Rakyat Punca Api Perkauman Isu KFC i-City
-
Salam,... :)
Setelah mengikuti perkembangan kejadian pergaduhan antara staff KFC
(berbangsa Melayu) dan pelanggan (berbangsa Cina) di restoran KFC i-City,...
12 tahun yang lalu
-
Antara penyebab kekalahan teruk PAS di PRU akan datang.
-
Semenjak bergabung dengan gerombolan Pakatan, PAS semakin terpinggir dari
sokongan rakyat khusunya bangsa melayu. Walaupun perkara ini tak diakui
oleh pe...
13 tahun yang lalu
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?
-
*Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri
sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes
liwatnya dengan Sa...
13 tahun yang lalu
-
Coming Soon
-
'Coming Soon' will be The Best Moment in my life. *My Wedding Day...*
Today is Sept 25th 2010... Around 2 and half month until the best moment in
my life (...
14 tahun yang lalu
-
Najib-Kerajaan Tidak Tolak Untuk Lantik Anak Sabah.
-
*Kerajaan tidak menolak cadangan untuk menempatkan anak Sabah sebagai Ketua
Jabatan Persekutuan di negeri ini.*
Malah, ketika ini, 37 daripada 80 jawatan...
14 tahun yang lalu
-
EKUITI BUMIPUTERA 30% - AKU BANTAH MCA , AKU BANTAH PERKASA
-
Pemilik blog ini dgn keras membantah usaha MCA dan seangkatan denganya yg
mencadangkan ekuiti bumiputera di kurangkan secara beransur-ansur dan kami
juga ...
14 tahun yang lalu
-
NIK AZIZ KENA TIPU
-
Lanjutan dari perhimpunan mendesak Nik Aziz meletak jawatan didepan pintu
masuk ke Kota Darulnaim oleh Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, jemaah-jemaah
Pas...
14 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan