PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan
Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai
ini.
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut
adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang
terakhir.
"Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang
hak rakyat.
"Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat
bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu
masalah", katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus
yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi
menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan.
Himpunan anjuran Gabungan
Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman
khususnya dari pimpinan Umno BN.
Tidak hanya melalui kenyataan terbuka,
kecaman sama juga dibuat semasa sesi perbahasan dalam Dewan
Rakyat.
Himpunan tersebut yang dianggarkan disertai hampir 800 ribu
orang, akan berarak ke Istana Negara dengan menggunakan warna tema pakaian
kuning.
Selain bagi menjunjung institusi Diraja dan demokrasi, warna
kuning itu juga sebagai lambang kebebasan, ketulasan dan
keadilan.
Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil
keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih
2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu
nanti.
Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi
amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal.
"Kita mengharapkan
bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR,"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan