Translate

25 Jun 2011

Ben Kingsley Juga 100% Mirip Gandhi - Mahfuz



View Image

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa tidak mustahil teknik tertentu digunakan bagi mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang didedah Trio Umno.

Katanya, beberapa teknik solekan juga sering digunakan sewaktu penggambaran filem khususnya berkaitan sejarah bagi memperlihatkan seseorang pelakon itu mirip wajah individu asal yang dilakonkannya.

"Saya tengok pelakon Ben Kingsley 100 peratus mirip Mahatma Gandhi, padahal dia orang puteh", katanya sambil merujuk lakonan Ben Kingsley dalam filem Gandhi arahan Richard Attenborough.

"Saya juga tengok Anthony Quinn 100 peratus mirip Omar Mukhtar, padahal Anthony Quinn itu bukan Islam pun", katanya merujuk pula kepada lakonan Anthony Quinn dalam filem Lion of the Desert.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas dakwaan peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik semalam bahawa lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus”  Anwar.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata di zaman moden ini semua benda boleh buat.

"Kalau orang Hollywood boleh cari pelakon dan make up jadi mirip Gandhi, tak mustahil cara sama diguna terhadap Anwar", katanya.

Eskay adalah antara Trio Umno di sebalik tayangan video seks lelaki mirip ketua pembangkang kepada wartawan tiga bulan lalu - yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Dua lagi ialah bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500. 

Semalam juga Anggota parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengeluarkan video seks versi yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.

Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.

Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.

Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku.

Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, kelihatan samar,  selain pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh pelaku  yang lebih besar, berperut boroi dan berhidung mancung.

Dalam dokumentari itu juga Johari menimbulkan persoalan mengapa lelaki X memakai cermin mata di awal rakaman, sedangkan Anwar sudah lama tidak memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan mata.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA