Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300
peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.
Untuk
tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang
ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat
menggalakkan.
Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah
memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.
“Jangkaan kehadiran rakyat
dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk
menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,”
tegasnya.
Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia
merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.
Beliau ditemui ketika
memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis
hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.
Musfari
Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang
Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat
sini.
Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat
pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam,
di Seksyen 7.
Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd
Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda
kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam,
Jefri Zain.
Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai
mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota
polis berpakaian awam menahannya.
Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau
mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan
sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di
tangannya.
Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh
berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan
dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju
yang hanya untung RM3.
Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota
polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara
demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa
definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan
perkara.
Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada
siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.
Sementara itu, Peguam
Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada
kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan
baik.
“Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita
ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan
terperinci.
“Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir
beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai
hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman,” tegasnya.
Pakar
Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat
penghakiman awal berhubung himpunan itu dan jika dilakukan juga, jelas mereka
menentang undang-undang.
Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak
yang dijamin dalam perlembagaan negara .
Katanya, mengikut Perkara
10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan
aman yang dijamin.
"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata
pensyarah undang-undang UIAM itu.
Sebelum itu, pihak polis juga menahan
Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown
Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa
ke IPD sama.
Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut
hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana
memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.
Pihak polis mengawal
jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di
facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di
situ.
Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga
ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan