Translate

10 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 12 (Bahtera Wawasan)

Hamba kawalan minda Monarch seperti Loretta Lynn dan Marylin Monroe hidup dengan dikawal ketat kehidupan mereka,sehingga ada di antara mereka tidak dibenarkan memandu kenderaan.Satu pengecualian ialah Loretta Lynn telah dibenarkan memandu kereta di sekeliling halaman rumahnya.Berikut adalah catatan-catatan seorang pengkaji senario kawalan minda Monarch dan juga pengakuan dari saksi sendiri iaitu seorang wanita yang pernah menjaga Marylin Monroe semasa hayatnya.

Pada suatu hari pada Oktober 1957,seorang wanita bernama Lena Pepitone telah diarahkan untuk menjaga selebriti terkenal Hollywood,Marylin Monroe.Kemudiannya,pada tahun 1979,wanita itu telah menerbitkan memoirnya tentang dirinya yang ketika itu adalah orang yang paling rapat dengan aktress terkenal itu ketika bertugas menjaganya.Saya (pengkaji terbabit) secara peribadi memikirkan bahawa Lena Pepitone adalah bersih dan jujur,dan tidak tahu dengan siapakah sebenarnya dia sedang berurusan.Dia telah menerangkan secara terperinci kehidupannya bersama Marylin Monroe.Cerita di sebalik kehidupan aktress itu tidak langsung seperti yang difikirkan ramai orang.Buku karangan Lena itu adalah sangat jelas menerangkan bagaimana kehidupan seorang hamba kawalan minda Monarch,dan saya mengambil keputusan menggunakan bukunya sebagai asas kepada sesetengah artikel.


Marylin Monroe adalah seorang anak yatim,dan ketika kecil lagi dia telah diprogramkan oleh Illuminati/CIA untuk menjadi hamba Monarch (rujuk artikel Projek Monarch).Sebelum menjadi seorang aktress terkenal,ketika itu dia masih bekerja sebagai 'stripper',dia telah banyak meluangkan masa bersama pengasas Gereja Syaitan,Anton Lavey.Mangsa-mangsa Lavey telah merujuk dia sebagai seorang pengaturcara mindcontrol.Pada masa itu Marylin mempunyai beberapa nama termasuk Mona.Ketika mereka menjadikan dia seorang bintang,Marylin telah tinggal di alamat 13th Floor,13E di Sutton Place,New York-sebuah tempat yang mewah dan terkenal.Di sanalah Lena bertugas menjaganya.

Walaubagaimnapun,kewujudan Marylin bukanlah seperti orang kaya yang bebas membuat sesuatu sesuka hatinya,tetapi lebih kepada pesakit jiwa,banduan atau tahanan yang terpenjara.Marylin tidak dibenarkan mempunyai kehidupan peribadi (dia telah diprogramkan untuk menjadi 'public figure' oleh orang yang memprogramnya) di luar arahan dan kawalan 'master programmer'nya.Dia telah dikawal sepenuhnya,diprogramkan dan disekat kehendaknya,tetapi sebagai manusia biasa yang tidak dapat bertahan dari penderaan dan tekanan berlebihan yang dihadapinya,Marilyn Monroe adakalanya berkelakuan di luar batasan seperti orang gila dan pesakit jiwa yang teruk.Para pengaturcara mindcontrol dan pihak-pihak yang 'menggunakannya' merasa bosan dan berkali-kali cuba merapatinya untuk mengawal kelakuannya.Inilah sebab mengapa Lena dipanggil untuk menjaganya.

Berikut adalah petikan dari memoir Lena Pepitone yang mana berjudul Marylin Monroe Confidential An Inmate Personal Account,New York terbitan Simon & Schuster 1979.

m/s 16:"dari lantai ke siling,cermin ada di mana-mana.Walaupun ruangan makan di belakang bilik tidur mempunyai meja dengan cermin di atasnya.Semua cermin ini (dengan jumlah dan rekaletaknya yang tidak munasabah) sungguh tidak memberikan keselesaan"


Di dalam pengaturcaraan Hamba Monarch,cermin mempunyai fungsi yang besar.Di dalam minda hamba Monarch,imej-imej cermin yang tidak terkira banyaknya telah dibina (rujuk 'split personality').Mangsa akan melihat seakan-akan beribu-ribu cermin di dalam mindanya.Oleh sebab Marylin banyak diprogramkan untuk menjadi pelbagai personaliti,dia telah menghiasi rumahnya seperti apa yang dilihatnya dalam mindanya-penuh dengan cermin.Walaupun mangsa-mangsa Monarch yang lain juga mempunyai kegemaran menghiasi rumah mereka dengan cermin,tetapi Marylin adalah paling ekstrim di dalam kes ini yang saya tahu amat obses memenuhkan rumahnya dengan cermin.

m/s 25:"ruangan bilik tidur Marylin sesungguhnya bukanlah sebuah peraduan sang ratu...tiada lukisan di dalamnya kecuali cermin-cermin.Orang yang mengawalnya telah membuatkannya tidak selesa.Biarpun dia seorang yang terkenal dan hebat,tetapi dia hidup bagaikan seorang hamba yang terkurung.Dia tidak dibenarkan mempunyai estim-diri di sepanjang apa yang dia diprogramkan.

m/s 29:"mungkin akhirnya perlu untuk dipanggil seorang pemandu untuk membawanya pergi"...Marylin adalah seorang tahanan,dia tidak boleh pergi ke mana-mana sendiri,dia selalu memerlukan seseorang membawanya pergi.




m/s 33:"Pertama sekali,kehidupannya adalah sangat membosankan buatnya.Temujanji doktornya (saya kemudiannya mengetahui bahawa temujanji ini sebenarnya dengan pakar psikiatri) dan pelajaran lakonannya adalah kehidupannya sehari-hari.Dia banyak menghabiskan masanya di atas katil di bilik tidurnya...Marylin keluar dari situ untuk diprogramkan atau untuk didandan (untuk aktiviti profesionnya).Yang lainnya,dihabiskan berkurung di dalam biliknya.Adakah para pembaca mula sedar dan melihatnya sebagai seorang mangsa yang tidak mempunyai kehidupan pilihannya sendiri?

m/s 33:"Dia tidak mempunyai televisyen sendiri,tidak pernah mendengar radio".Mereka mengekang Marylin dari sebarang hubungan dunia luar untuk memastikan kesan mindcontrol ke atasnya berfungsi.Mereka bimbang jika sesuatu yang buruk akan terjadi ke atas 'Presidential Slave' yang pertama yang mana dibenarkan muncul di khalayak ramai...

m/s 41:"Shit.My life is shit (hidupku teruk),"dia sering berkata begitu sambil menangis,"Di mana-mana di dunia,dengan siapa?"dia bertanya dengan sedih.



"Dengan siapa?Dengan diri sendiri"

"Mr.Miller,kawan awak..."

"Apa kawan?Saya tidak mempunyai sesiapa"

Banyak kali ketika pengaturcaraan,para pengaturcara memisahkan mangsa dari seseorang yang menyokong mereka,mereka dipisahkan dari mempunyai rakan-rakan kecuali 'rakan-rakan' di dalam 'occult' (rujuk pengaruh kelompok mistik sesat dalam Illuminati dan kaitannya dalam Projek Monarch).

m/s 71:"Marylin berkali-kali mengatakan dirinya pelacur.Dia berkata,"Mereka ketawakan aku.Apalah aku ni...tiada apa-apa...pelacur!".Lebih jauh lagi,Marilyn memberitahu Lena bahawa tiada siapa yang mengambil berat terhadap dirinya di sepanjang hidupnya termasuk ibunya sendiri...

m/s 77:"Jangan ambil anak saya,mereka nak ambil anak saya...dan saya tak dapat melihatnya lagi".Selepas Marilyn selamat melahirkan bayinya,mereka telah mengambil bayinya dan dia tidak dibenarkan melihatnya lagi.Ia seperti 'dikorbankan'.Marilyn terlalu takut untuk menanyakan apa yang mereka mahu berbuat dengan bayinya.

m/s 100:Marilyn telah kehilangan anaknya di tempat yang sama di mana dia diprogramkan.Ada yang membuat spekulasi bahawa anaknya telah dipergunakan untuk kegiatan tidak bermoral...

m/s 134:"Operasi tersebut mengambil tempat di Hospital Poliklinik di mana Marilyn telah kehilangan bayinya setahun sebelum itu (rujuk penggunaan trauma dalam mindcontrol)..."

Kembali ke hospital adalah suatu mimpi ngeri...(rujuk penggunaan hospital sebagai salah satu pusat mindcontrol)



Kesakitan?Apa itu kesakitan?Baginya,kesakitan adalah kehilangan anaknya sendiri.Diingatkan bahawa dia selalu ke Hospital Poliklinik.Mangsa Monarch selalu memikul sejumlah besar penyeksaan yang dasyat.Mereka didera untuk proses 'disassociation' satu teknik mindcontrol berasaskan-trauma.Apabila Marilyn berkata,"Apakah itu kesakitan?"Dia secara tepatnya menggambarkan tindakbalasnya terhadap kesakitan.Dia tidak memahami maksud kesakitan,kerana telah 'dileraikan' darinya (disassociate-rujuk proses menghasilkan mangsa Multiple Personality Disorder).Sesetengah alter dicipta untuk merasa sakit,sesetengahnya tidak mempunyai langsung pengalaman tentangnya.

m/s 135:"Saya menjumpai Marilyn di dalam bilik kecil tanpa sebarang benda.Ia sangat menekan,terutamanya setelah diketahui tiada sebarang bunga atau rakan-rakan yang memikirkan tentangnya."Bayangkan seorang aktress yang hebat sepertinya tidak sebarang bunga atau apa sahaja yang menceriaknnya.

m/s 193:Kakak angkat Marilyn cuba untuk merapati kehidupannya.Marilyn berkata,"Saya tidak mempunyai hak untuk mempunyai keluarga".Dan pada anekdot yang lain,"Gee,kamu adalah benar-benar kakakku...kakakku...sekurang-kurangnya kamu hidup dengan kenalan".Orang yang mengawal Marilyn tidak mahu dia mempunyai keluarga.Mereka selalunya memisahkan alter yang terdalam pada diri seorang hamba Monarch dari mempunyai sebarang kaitan dengan orang-orang 'non-cult'...

m/s 199:Marilyn telah menempah pakaian berwarna 'emerald green' berharga $3000 untuk dibuat.Warna 'emerald green' adalah warna kegemaran mangsa Monarch kerana program Wizard of Oz adalah salah satu pengaturcaraan asas.

m/s 212:"Frank...pasangkan dua anting-anting 'emerald green' ke telinga Marilyn".Sekali lagi warna tersebut selalu digunakan oleh hamba Monarch.

m/s 205:"Ketika bersama Frank,kehidupannya di California seoalh-olah sama dengan kehidupannya di New York.Dia tidak membaca,tidak menonton televisyen,tidak pergi ke mana-mana pun.Walaupun matahari sentiasa bersinar,kulit Marilyn tetap pucat.Dia tidak suka keluar pada hari siang".


"Mirrors on the ceiling,
The pink champagne on ice
And she said "we are all just prisoners here, of our own device"
And in the master chambers..."

-Hotel California, Eagles


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Presidential Model-salah satu peranan seorang hamba Monarch.Selalunya seorang Presidential Model melakukan tugas-tugas seperti melayan para presiden (khasnya di Amerika Syarikat) dan orang-orang kenamaan,menjadi perisik atau mengintip dan juga adakalanya digunakan untuk menggugut para pemimpin politik dalam dan luar negara.Seks adalah mainan biasa bagi hamba Monarch 'Presidential Model' di mana mereka diprogramkan dalam keadaan 'beta'- sila rujuk artikel Projek Monarch Bahagian II 'Tahap-tahap Pengaturcaraan Monarch'.

Marilyn Monroe adalah Presidential Model yang pertama dalam sejarah mindcontrol CIA/Illuminati diketahui setakat ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA