Translate

15 Mac 2010

Pemuda UMNO Dedah Tawar-Menawar PKR

Pemuda UMNO mendedahkan terdapat kegiatan tawar-menawar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO menyertai mereka. 

Exco Pemuda UMNO, Mohd Hishamuddin Yahaya yang mendedahkan perkara ini berkata, kegiatan itu dikesan dua minggu lalu membabitkan Bahagian tertentu khususnya di Wilayah Persekutuan. 

Menurutnya, Bahagian yang menjadi tumpuan mereka menarik pemimpin itu ialah di kawasan yang mempunyai majoriti undi tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. 

“Kita difahamkan bahawa mereka ini menggunakan pelbagai cara menarik pemimpin Pemuda dengan cara menawarkan pelbagai bentuk imbuhan dan jawatan tertentu. 

“Pemimpin Pemuda perlu sedar akan tanggung jawab mereka kepada parti dan masyarakat bukan untuk memenuhi kehendak peribadi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas perasmian Pusingan Akhir Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan di Arena Square Teluk Intan di sini, malam semalam. 

Hadir sama, Exco Pemuda UMNO, Mohd Faizal Ramli; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, Yuzaile Yusop; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin; Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad dan pemimpin UMNO lain. 

Menurutnya, sekiranya pemimpin ini mempunyai masalah atau tidak puas hati dengan pimpinan Bahagian, mereka boleh membangkitkannya melalui saluran-saluran tertentu yang telah ditetapkan. 

Beliau yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Pemilih Pemuda UMNO berkata, AJK Bahagian yang dilantik perlu sedar mereka dipilih oleh ahli untuk mewakili mereka dan mereka perlu memegang amanah ini. 

Hishamuddin berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa untuk memastikan mereka kekal dengan UMNO memandangkan mereka mempunyai kepentingan tertentu. 

Pada majlis itu juga, Yuzaile turut menyerahkan seramai 237 ahli baru Pemuda UMNO yang berjaya didaftarkan sepanjang kejohanan futsal itu berlangsung.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA