Translate

09 Mac 2010

Mindcontrol... Bah 11 (Bahtera Wawasan)

Projek Monarch BHG Akhir


Kepada bekas mangsa mindcontrol atau individu tertentu yang sensitif,dilarang membaca artikel ini atau membacanya dengan pengawasan pihak terlatih.Kepada pembaca lain,jika artikel ini mengganggu ketenteraman anda,anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.

Pengaturcara dan Tempat

Ia adalah amat sukar untuk menyatakan siapakah yang menjadi pengaturcara sebenar kepada projek syaitan ini,merujuk kepada jumlah maklumat salah yang besar dan kecelaruan yang dilakukan oleh 'golongan elit' ini.Dua orang individu yang terkenal dalam bidang mindcontrol ini,di mana dikodkan dengan kod warna Dr. Green adalah seorang doktor berbangsa Yahudi,Dr. Gruenbaum,orang yang dikatakan bekerja dengan Nazi ketika Perang Dunia Kedua.Seorang lagi adalah Dr. Josef Mengele,seorang yang dikenali dengan sebagai berhati dingin dan kejam,bukan sahaja menjadi igauan ngeri bagi mangsa/survivor dari Auschwitz,malah oleh mangsa-mangsa yang tidak terkira banyaknya di seluruh dunia.Penglibatan secara terus Mengele ke atas kem konsentrasi Auschwitz tidak syak lagi dimainkan ketika Perbicaraan Nuremberg,dan dari itu bukanlah usaha yang diperhebatkan oleh Amerika dan sekutunya ke arah penangkapannya.

Untuk mengelirukan penyiasatan lokasi dia berada,sumber-sumber rasmi Amerika telah melaporkan bahawa Mengele telah berdiam di Paraguay atau Brazil,atau telah mati ('Angel of Death' secara ajaib mesti kembali hidup sekurang-kurang pada lima masa berbeza;>).Kajiannya yang jelik,yang mengorbankan beribu-ribu nyawa,tidak syak lagi adalah bonus yang signifikan kepada kemahuan Amerika (dan Dajal Laknatullah).Dengan menggunakan nama samaran Dr. Green,mangsa mengenalinya sebagai Vaterchen (ayah),Schoner Joseph (Joseph yang Tampan),David dan Fairchild.Seorang yang berperawakan tampan dan tinggi lampai,Mengele selalu dilihat memperdayakan orang lain dengan sikapnya yang bersahaja,pada masa yang lain,dia berkelakuan ganas dan kejam.

Ciri lain yang dingati oleh para mangsanya adalah bunyi kasut but hitam berkilatnya di mana dia sering melangkah ke depan dan ke belakang, serta permainan bunga-bungaan 'I-love-you/I-love-you-not'.Ketika dia menarik kuntuman bunga yang terakhir,dia dengan kejamnya menyeksa dan membunuh kanak-kanak kecil dihadapan kanak-kanak lain yang hendak diprogramkan.Ada bekas-bekas mangsa yang kebingungan mengingati kembali bahawa mereka telah dicampakkan dalam keadaan tidak berpakaian ke dalam kurungan yang dipenuhi monyet,di mana monyet-monyet itu telah dilatih untuk menyakiti mereka.Jelasnya,Mengele berasa seronok merendah-rendahkan manusia ke tahap haiwan.Dia juga dengan sengaja menahan mangsa dari menangis,menjerit atau menunjukkan emosi yang berlebihan.

Dr. D. Ewen Cameron,juga dikenali sebagai Dr. White,adalah bekas pengarah Canadian,American and World Psychiatric Association.Oleh kerana pengalaman dan kemahirannya,Allen Dulles (CIA) telah membelanjakan berjuta-juta dolar menerusi organisasi seperti Investigation of Human Ecology,yang mana Cameron mengetuainya.Banyak ujikaji telah diadakan di beberapa tempat di Montreal,terutamanya di Universiti MacGill,Hospital St. Mary dan Allan Memorial Institute.

Di sebalik kekejaman kaedah psikiatri konvensional,seperti suntikan dadah,kejutan elektrik dan lobotomies,Cameron telah menyusun satu teknik 'pemanduan psikik',di mana pesakit diletakkan di dalam pengaruh dadah,koma selama beberapa minggu dan dikenakan kejutan elektrik secara teratur.Pada masa yang sama, topi keledar elektronik telah dipakaikan di kepala mangsa dan mesej didengarkan berulang kali pada kelajuan yang berbeza.Ramai di antara mangsa dimbil dari kanak-kanak yang mengalami pencabulan,yang datangnya dari sistem rumah anak-anak yatim Roman Katolik.

Bukanlah satu kejutan,Dr. Cameron telah pun mengeluarkan banyak jurnal psikiatri yang bagus-bagus.Ini mungkin secara faktanya,melalui cara besar-besaran merujuk kepada MKULTRA telah didedahkan kepada umum pada tahun 1970,menerusi perundangan yang difailkan oleh para mangsa mindcontrol Kanada berserta keluarga mereka.Namun begitu CIA dan Kerajaan Kanada telah terlepas dari kes itu maka dengan itu tidaklah perlu bagi mereka mengaku apa jua perbuatan mereka adalah satu kesalahan.

Seorang bekas Leftenan Kolonel Tentera Amerika dalam bahagian peperangan psikologi,Micheal Aquino,adalah yang terkini dalam barisan para sadis (seorang yang kejam) tajaan kerajaan.Aquino,seorang yang genius pelik yang obses dengan ritual pagan Nazi,telah menubuhkan Temple of Set,yang mempunyai kaitan rapat dengan Gereja Syaitan yang diasaskan oleh Anton LaVey.Aquino telah dihubungkaitkan dengan skandal Presidio Army Base,di mana dia telah dituduh mencabul kanak-kanak.Lebih menyedihkan ibu bapa kanak-kanak yang menjadi mangsa,semua dakwaan telah digugurkan.Mempunyai nama-kod 'Malcolm',Aquino telah dilaporkan membangunkan pita rakaman latihan bagaimana untuk mencipta 'hamba MONARCH' dan bekerja di antara pihak intelijen kerajaaan/tentera dan pelbagai organisasi yang terlibat dalam jenayah serta kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang mempunyai peranan dalam penghasilan hamba-hamba Monarch.

Heinreich Mueller adalah pengaturcara penting yang lain,yang mempunyai nama-kod 'Dr.Blue' atau 'Gog'.Dia rupanya mempunyai dua orang anak yang dieksploitasi dalam rancangan jahat ini.'Dr. Black' yang asal rupa-rupanya adalah Leo Wheeler,anak saudara lelaki kepada General Earle G. Wheeler,orang yang menjadi komander Joint Chiefs of Staffs ketika perang Vietnam.Anak murid Wheeler,E. Hummel adalah seorang yang aktif di Nortwest,bersama-sama W. Bowers (keturunan Rothschild).

Para ahli manipulasi fikiran yang lain,yang lepas dan kini adalah seperti berikut:

-Dr. Sydney Gottleib
-Lt. Col John Alexander
-Richard Dabney Anderson (USN)
-Dr. James Monroe
-Dr. John Lilly
-Lt. Comdr. Thomas Narut
-Dr William Jennings Bry
-Dr. Bernard L. Diamond
-Dr. Martin T. Orn
-Dr. Louis J. West
-Dr Robert J. Lifton
-Dr. Harris Isbel
-Col. Wilson Green

Dalam usaha untuk mengekalkan MKULTRA dari senang dikesan,CIA memisah-misahkannya kepada subprojek bidang-bidang tertentu sebagai penyelidikan dan pembangunan (R & D) di universiti,penjara,makmal persendirian dan hospital.Sudah pasti,mereka telah ditaburkan dengan pelbagai pembiayaan dan bantuan.

Nama-nama dan lokasi-lokasi bagi sesetengah institusi utama yang terlibat dalam ujikaji PENGATURCARAAN MONARCH adalah:

-Cornell
-Duke
-Princeton
-UCLA
-University of Rochester
-MIT
-Georgetown University Hospital
-Maimonides Medical Center
-St. Elizabeth’s Hospital (Washington D.C.)
-Bell Laboratories
-Stanford Research Institute
-Westinghouse Friendship Laboratories
-General Electric
-ARCO
-Mankind Research Unlimited

'Produk terakhir' selalunya dicipta di atas kemudahan dan pangkalan tentera,di mana keselamatan maksimum diperlukan.Merujuk kepada pusat-pusat pengaturcaraan atau makmal-makmal TRAUMA-HAMPIR MATI,yang paling berperanan berat telah dikenalpasti:


-China Lake Naval Weapons Center
-The Presidio
-Ft. Dietrick
-Ft. Campbell
-Ft. Lewis


-Ft. Hood
-Redstone Arsenal
-Offutt AFB
-Patrick AFB
-McClellan AFB
-MacGill AFB
-Kirkland AFB
-Nellis AFB
-Homestead AFB
-Grissom AFB
-Maxwell AFB
-Tinker AFB


Tempat-tempat lain yang dikenalpasti sebagai tapak pengaturcaraan utama:


-Langley Research Center
-Los Alamos National Laboratories
-Tavistock Institute
-Kawasan sekitar atau di dalam Mt. Shasta, CA, Lampe, MO and Las Vegas, NV.


Nama-nama Terkemuka

Satu daripada kes pertama ejen sulit Monarch adalah seorang model seksi 1940an,Candy Jones.Buku ini,The control of Candy Jones,(Playboy Press) telah menceritakan pembabitannya yang menggemparkan sebagai ejen CIA.Dia yang nama sebenarnya Jessica Wilcox,rupanya telah memenuhi profail fisiologi sebagai salah seorang mangsa ujikaji terawal atau 'human guinea pigs' di bawah projek saintifik kerajaan Amerika,MKULTRA.

Kes yang paling didedahkan kepada umum berkenaan MONARCH dapat ditelusuri melalui buku TRANCE Formation of Amerika: The True Life Story of a CIA Slave by Cathy O'Brien.Pada bahagian belakang buku tersebut ada menyatakan:

"Cathy O'Brien adalah satu-satunya yang terselamat (survivor) di mana berani mendedahkan operasi mindcontrol MKULTRA Projek MONARCH Central Intelligence Agency".

Autobigrafi ini mengandungi kenyataan yang terpaksa didedahkan oleh O'Brien setelah bertahun-tahun menjadi mangsa pencabulan yang kejam dan akhirnya terjerumus ke dalam perangkap yang lebih gelap dan sadis;kemudiannya diperkenalkan kepada program PENGATURCARAAN Projek MONARCH oleh ayahnya yang telah merosakkan kehormatannya sebelum itu.Dibantu penulis bersama,Mark Phillips,iaitu yang telah menyelamatkannya serta memulihkannya,Cathy telah membuat penjelasan meliputi jenayah konspirasi terancang yang sukar untuk dipercayai,pelacuran paksaan (white slavery) dengan penglibatan pihak atasan politik,tugasan sulit sebagai penyeludup dadah dan hubungan industri muzik country-Barat dengan aktiviti haram CIA.

Paul Bonacci,seorang survivor yang berani,telah memikul kesan buruk di bawah Projek Monarch,mempunyai kesaksian yang kuat mengenai jenayah dan rasuah dalam skala besar dari peringkat daerah,negeri hinggalah di dalam White House sendiri.Dia telah menyaksikan tentang budak-budak lelaki yang mengalami pencabulan seks,dipilih dari Boy's Town di Nebraska dan diletakkan berdekatan Offut AFB,dimana mereka dikatakan menjadi subjek PENGATURCARAAN MONARCH yang mendalam,dibawah pengawasan Commander Bill Plemmons dan bekas Lt. Col. Micheal Aquino (pengasas Temple of Set).Selepas mendera kanak-kanak itu sehingga hilang kesedaran (moral dan nilai-nilai murni),mereka telah digunakan (bersama-sama kanak-kanak perempuan) untuk tujuan pornografi dan pelacuran dengan beberapa 'broker' kuasa ekonomi dan politik.Bonacci sendiri telah dipindahkan dari pangkalan Tentera Udara melalui pesawat kargo ke McClelland AFB di California.Bersama-sama individu-individu lain yang terdiri dari remaja yang masih muda dan mentah,dia telah diarahkan ke khidmat elit,Bohemian Groove (kelab sosial kaum elit).Para pelaku kejahatan ini mengambil keuntungan penuh ke atas para mangsa yang tidak bersalah ini,melakukan pencabulan dan penganiayaan yang sukar untuk difikirkan,untuk memenuhi nafsu binatang kaum elit ini.Sesetengah mangsa telah dibunuh,yang lainnya mengalami trauma yang teruk dan mengerikan serta kanak-kanak yang rosak.

Seorang aktres berbakat (telah meninggal dunia),seorang evangelist yang rosak akhlaknya,seorang bekas pegawai Green Beret dan seorang penyanyi popular muzik Country adalah sebahagian mangsa yang terjerumus dalam dunia mengerikan dan gila ini (MONARCH).Lee Harvey Oswald,Sirhan-Sirhan,Charlie Mansion,John Hinckley Jr.,Mark Chapman,David Koresh,Tim McVeigh dan John Salvi adalah sebahagian nama-nama terkenal,dikenalpasti menjadi buah catur dalam permainan kejam dan sadis MKULTRA.


Para Pemulih dan Individu yang Membuat Pendedahan

Dr. Corydon Hammond,seorang ahli psikologi dari Universiti Utah,telah menyampaikan ceramah yang mengesankan bertajuk "Hypnosis in MPD:Ritual Abuse" di Ulang Tahun Keempat Eastern Regional Conference on Abuse and Multiple Personality, pada 25 Jun 1992 di Alexandria,Virginia.Dia pada dasarnya bersetuju dengan kecurigaan orang ramai dari pakar kesihatan mental yang mana pada peratusan tertentu dari pesakit mereka telah mengalami pengaturcaran kawalan minda tertentu di dalam cara yang tersusun.Hammond menyinggung kaitan dengan Nazi,pihak tentera dan kajian kawalan minda CIA,pengaturcaraan warna dan huruf Greek serta secara spesifik menyebutkan Projek Monarch mempunyai kaitan kepada satu bentuk merahsiakan operasi.Sebaik sahaja dia menyampaikan ceramahnya itu,dia telah menghadapi ancaman bunuh.Tidak menggadaikan keselamatan keluarganya,Dr. Hammond menghentikan kerja-kerjanya.

Mark Phillips,bekas subkontraktor elektronik kepada Jabatan Pertahanan Amerika,mempunyai rahsia kepada sebahagian aktiviti mindcontrol yang amat sulit dilaksanakan oleh kerajaan Amerika.Sifat ingin tahunya,kesedaran yang kuat dan sikap mengambil berat ke atas Cathy O'Brien,seorang 'Presidential Model' di bawah Projek Monarch,memimpin dia kepada pendedahan kegiatan sulit pembohongan terbesar ini bermula pada tahun 1991.Selanjutnya,dia telah membantu O'Brien melarikan diri dari orang yang mengawalnya dan memulihkannya bertahun-tahun di Alaska.Phillips yang kontroversi ini mempunyai pandangannya sendiri kepada orang yang meragui dengan dakwaan jujurnya.

Pakar terapi New Orleans Valerie Wolf diperkenalkan dua daripada pesakit-pesakitnya sebelum pertemuan Jawatankuasa Presiden ke atas Ujikaji Radiasi Manusia pada 15 Mac 1995 di Washington D.C.Testimoni yang menakjubkan dibuat oleh dua wanita yang berani ini termasuk kenyataan doktor-doktor Jerman,penyeksaan,dadah,kejutan elektrik,hipnosis dan pemerkosaan disamping didedahkan kepada sejumlah radiasi.Wolf dan pesakitnya menyatakan mereka telah kembali mengingati program CIA ini tanpa apa-apa teknik hipnosis.Wolf telah menghabiskan banyak masa untuk mengkaunseling survivor-survivor yang lain.

Bekas pengacara awam untuk Atlantic Richfield CO.,David E.Rosenbaum,telah mengendalikan 9 tahun penyiasatan (1983-1992) memerhatikan penyiasatan ke atas penderaan fizikal dan paksaan ke atas para pelanggannya di ARCO di Monaca PA.Pelanggannya,Jerry L.Dotey dan Ann White,adalah mangsa pendedahan radiasi;tetapi dengan sesi temuramah Rosenbaum yang menggali lebih dalam, 'Pandora Box' telah terbuka.Kesimulannya yang paling menggemparkan ialah Jerry Dotey dan Ann White seperti warisan dari Adolf Hitler,berdasarkan satu bahagian persamaaan dari gambar (penampilan wajah,struktur tulang dan saiz yang dipertimbangkan).Rosenbaum juga menyatakan,"Mereka keduanya mempamerkan perasaan dan pengalaman yang menunjukkan mereka seolah-olah kembar".Dotey dan White disyaki menjadi subjek kepada banyak jenis penderaan ketika di bawah pengaruh dadah hipnosis,dengan setiap satunya mengalami sekurang-kurangnya 3 teknik latihan oleh doktor tertentu.Setiap mangsa telah dilatih untuk memasuki satu keadaan hipnosis menjelang terjadinya rangsangan yang spesifik,biasanya melibatkan satu perkataan 'clue' atau frasa kepada "ingat untuk melupakannya" apa yang terjadi di dalam keadaan terhipnosis.Mereka berulangkali menjadi subjek kepada 'identical stimulus-response sequence' untuk menghasilkan reaksi automatik yang hampir kepada status biasa.Veteran MKULTRA,Dr. Bernard Diamond,Dr. Martin Orne dan Dr. Josef Mengele biasanya melawat ARCO,merujuk kepada Rosenbaum.Keadaan istimewa Dotey dan White telah diperuntukkan untuk penciptaan personaliti-buatan kembar Jerman.Rosenbaum,seorang Yahudi,telah mengekalkan hubungan baiknya dengan keduanya,meskipun merupakan dalam keadaan yang berbahaya.

Ahli terapi terkenal lain yang terlibat dalam program pemulihan adalah Cynthia Pamela Monday,Steve Ogilvie,Bennett Braun,Jerry Mungadze dan Colin Ross.Sesetengah kaunselor Kristian telah mampu membuang sebahagian kesan pengaturcaraan dengan kejayaan yang terbatas.Jurnalis yang baru-baru ini menjelaskan subjek ini dengan cara yang patut dicontohi adalah Walter Bowart (Operation Mind control),Jon Rappoport (U.s Government Mind-Control Experiments on Children) dan Alex Constatine (Pscychic Dictatorship In The USA).


Kesimpulan

Kenyataan yang paling terlibat kepada apa yang berlaku dibuat oleh sumber rasmi kerajaan sebagai kewujudan yang mungkin kepada Projek Monarch dikeluarkan oleh Anton Chaitkin,seorang penulis untuk penerbitan The New Federalist.Ketika bekas pengarah CIA William Colby ditanya secara langsung,

"Bagaimana dengan Monarch?"

Dia telah membalas dengan perasaan marah dan mencurigakan,

"Kita telah menghentikannya di antara lewat 1960an dan awal 1970an"

Cukup untuk dikatakan,di dalam suasana kecelaruan yang nyata,pada amnya dalam menafikan kenyatan yang meliputi konspirasi yang bermacam ragam ini.Sejumlah mangsa/survivor Projek MONARCH adalah memerlukan pertolongan.Bagaimanapun,majoriti terbesar masyarakat hari ini adalah terlalu asyik dengan diri mereka sendiri dari menunjukkan apa-apa perhatian kepada individu yang mengalami pengalaman yang teruk dan perlu dibantu ini.Kelesuan telah mengambil alih fikiran masyarakat,yang memilih untuk hidup selesa di dalam dunia ini.Realiti menjadi tidak jelas oleh sikap mementingkan diri ini.

Kajian Kes:Marilyn Monroe





Lokasi: Room 37,Mindcontrol Research Laboratory,Level 15,
Area 13.

Masa: 11.30 a.m

Hujan turun renyai-renyai.Mendung.

Seorang pembantu penyelidik menyerahkan satu fail bertanda simbol rama-rama yang cantik.Di sudut kanan fail itu tertulis 'Subject Investigation:CaseFiles No.15478000554.Di bawahnya dicap warna biru "Protocols of The Elders of Mindcontrol".Cap rasmi jabatan.

Fail itu pun dibuka.Ia mengandungi hasil kompilasi kajian kes tentang mangsa-mangsa mindcontrol,terutamanya di kalangan orang-orang terkenal.

Di antara sekian banyak kertas-kertas laporan,terselit gambar seorang aktress terkenal Hollywood zaman Broadway dahulu,Marilyn Monroe.Tidak perlu diperkenalkan siapakah dia.Dia merupakan seorang lagenda,simbol seks dan ikon Hollywood paling menyerlah di zamannya.Gambar itu menunjukkan 'pose'nya yang paling terkenal,keadaan Marylin Monroe mahu menutup gaun seksinya yang ditiup angin.Laporan dibaca.

12.30p.m- di atas meja terdapat sekeping CD dari kumpulan rock terkenal, Eagles.CD dimainkan.Ketika sampai ke trek "Hotel California",laporan kajian kes Marylin Monroe dibaca kembali.

Dibaca dengan teliti.Satu-persatu.

(untuk lebih memahami artikel ini sila rujuk artikel 'Projek Monarch')

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA