Translate

23 Oktober 2009

Imran Tukar Keterangan Jamaludin Beri Rasuah

 Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html
 
Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.


Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.


Image"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.


Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.(Harakah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA