Translate

02 Januari 2011

Suspek Jual Barang Curi Ditahan polis.

KUALA TERENGGANU, 2 Jan: Tindakan tiga beradik bersama seorang rakan untuk menjual barang yang dipercayai dicuri dengan harga RM300 menggunakan kereta milik bapa di hadapan sebuah kedai T-Shoppe kepada pembeli berputih mata apabila diberkas Polis Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Bahagian D4 malam tadi.

Tiga beradik masing-masing berumur 35 tahun hingga 21 tahun serta rakannya 20 tahun berasal dari Kampung Tok Adis, Kuala Ibai diberkas di hadapan kedai T-Shoppe di Jalan Gong Kapas jam 10.30 malam tadi selepas pegawai jabatan siasatan Jenayah Bahagian D4 menyamar sebagai pembeli barang curi.

Dua daripadanya adalah penuntut di Kolej Komuniti Kuala Terengganu jurusan elektrik dan seorang lagi penuntut Tesdec Bukit Kor,Marang jurusan mekanikal.

 Hasil penggeledahan di bahagian bonet kereta yang dipandu rakan tiga beradik itu turut menemui sebilah pedang panjang, satu pemain video dan satu set karaoke.

Supritenden K.Manoharan, Ketua Siasatan Jenayah Negeri Terengganu yang dihubungi mengesahkan, kesemua barang yang dirampas adalah barang curi milik seorang kakitangan pekerja swasta dari sebuah kediaman di Kuala Ibai.

Siasatan awal turut mendapati abang kepada dua baradik itu yang masih dalam perbicaraan mahkamah pernah ditahan sebanyak empat kali terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan dadah.

Dua daripada adik beradik itu turut positif saringan awal ujian air kencing mengandungi methaphitamine.
Semua ditahan di lokap IPD Kuala Terengganu di bawah Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan dan kereta Perodua Kancil yang digunakan turut disita untuk siasatan lanjut. (Harakahdaily)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA