Gambar eksklusif keadaan runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 yang tidak dilihat dan diketahui sebelum ini, dipamer secara terbuka melalui laman rangkaian popular, ABC kepada orang awam sejak minggu lalu.
Langkah itu bagi memberi gambaran sebenar kejadian runtuhan berkenaan yang dilaporkan berlaku akibat serangan pada 11 September 2001.
Gambar itu diambil daripada sebuah helikopter polis yang ketika runtuhan, yang menjadi satu-satunya helikopter yang dibenarkan di udara ketika kejadian.
Koleksi itu diperoleh ABC selepas ia membuat permohonan di bawah Akta Kebebasan Maklumat tahun lalu daripada agensi persekutuan, Institut Piawai dan Teknologi Kebangsaan (NIST) yang menyiasat runtuhan berkenaan.
Sumber berkata, ABC memiliki 2,779 gambar pelbagai sudut runtuhan itu dari NIST dalam sembilan cakera padat.
Antara gambar itu menunjukkan serpihan bangunan pencakar langit itu hancur teruk sehingga mengeluarkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara New York.
Bekas detektif di Jabatan Polis New York, Greg Semendinger yang bertanggungjawab merakamkan semua gambar itu berkata, ketika kejadian runtuhan, beliau tidak ingat apa yang dilihatnya.
"Kini apabila melihat gambar yang diambil, baru saya sedar bagaimana ia berlaku.
"Gambar itu sangat mengagumkan dan menakjubkan untuk dilihat," katanya.
Walaupun kejadian WTC sudah hampir sembilan tahun berlalu dan menyedihkan, sumber memberitahu, gambar itu mampu memberi kesan serta menjadi sejarah kepada mereka yang melihatnya. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan