Translate

12 Februari 2010

Anak Osama Bin Laden Beri Amaran.

Anak lelaki Osama bin Laden memberi amaran jika bapanya terbunuh, sesiapa yang berjaya menerajui kepimpinan Al-Qaeda akan datang bertambah buruk, lapor berita ABC semalam.

“Dari apa yang saya tahu mengenai ayah saya dan orang sekelilingnya, saya percaya beliau adalah yang paling baik di antara mereka, kerana kebanyakan mereka jauh lebih buruk,” kata Omar bin Laden dalam wawancara bersama berita ABC.

“Mereka hanya memikirkan mahu melakukan seberapa banyak keganasan dan mencipta lebih banyak masalah,” katanya.

Tetapi Omar yang menulis buku mengenai pengalamannya dipanggil Growing Up Bin Laden berkata, dia dan saudaranya memutuskan hubungan dengan bapa mereka bila beliau mendorong mereka untuk menjadi pengebom berani mati.

“Kami benar-benar terkejut. Mengapa ayah kami mengatakan sesuatu seperti itu kepada kami. Setelah dia pergi kami hanya bercakap mengenainya dan berkata ia tidak akan pernah terjadi, ini bukan cara kami,” katanya.

Dalam wawancara berita ABC itu Omar telah mengkritik mesej bapanya.

“Menyerang ketenteraman orang awam adalah tidak adil, ia tidak boleh diterima. Jika kamu ada masalah dengan tentera atau kerajaan, kamu perlu lawan mereka. Langkah ayah yang inilah yang saya tidak boleh terima,” kata Omar.

“Ayah saya sepatutnya mencari atau menghantar surat kepada semua orang, sekurang-kurangnya memberitahu mereka agar jangan serang orang awam,” katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA