Kepada blogger PKR, tolong jaga parti anda yang sedang bermasaalah sebelu menyibuk tentang parti orang lain. Kalau nak tolong PAS, saya rasa sudah cukup dengan blogger PAS untuk menjaga partinya sendiri. Yang blogger PKR sibuk sangat............ apa pasal.
Sedangkan PKR sekarang ini pun sudah kelankabut dengan kerenah pucuk pimpinan tertinggi mereka. Lihatlah apa yang berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Kerana dua ekor katak yang gilakan kuasa, maka tumbangnya sebuah kerajaan yang dipilih pleh rakyat Perak.
Berbagai kerenah telah dilakukan oleh mereka yang yang masih tidak dapat membuang sifat Umno mereka, . Selepas satu, satu masaalah yang ditimbulkan. Ini semua kerana kepentingan diri didahulukan......... bagi mereka, lantaklah apa rakyat nak kata.
Tidakkah lebih baik kamu menjaga PKR agar tidak timbul lagi masaalah ini pada pada PRU 13 nanti. Kerana katak-katak ini, Pakatan Rakyat terpaksa naik turun mahkamah. Usah membuat masaalah dengan mencampuri urusan orang lain sedang PKRlah yang sebenarnya patut dirawat.......... takut-takut nanti menjadi barah.
Apa agenda kamu mengalih pandang rakyat terhadap PAS, mungkin untuk menutup krisis yang berlaku pada PKR. Tidakkah lebih baik bagi anda memperkasakan PKR. Buanglah sikap-sikap Umno yang masih lagi ada dihati anda. Anda ini seumpama ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.
Dan usahlah bangga sangat dengan menguasai kerusi paling banyak didalam parlimen. Kalau Allah nak ambil balik bukannya susah, kerana Dia yang memberi dan Dia juga boleh mengambilnya semula.
Cyclone Chido kills 94 people in Mozambique
-
The storm also devastated Mayotte, where one week on, many residents still
lack basic necessities.
Sejam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan