Translate

22 Oktober 2012

Manusia Supersonik.


 Felix Baumgartner
Baumgartner meraikan kejayaan terjunannya selepas menjadi orang pertama yang memecahkan kelajuan bunyi menggunakan tubuh badannya sendiri
Manusia supersonik
Bagaimana terjunan dilakukan

PADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat minit, menyaksikan satu bintik putih di angkasa gelap bergerak ke bawah dengan kelajuan mencecah 1,342 km/j dari ketinggian 39,000 meter atau 128,000 kaki.

Bintik putih itu sebenarnya adalah Felix Baumgartner, juruterbang helikopter yang menjalankan misi penerjunan paling tinggi dan paling laju dalam sejarah dunia.

Dalam proses penerjunan mengerikan itu, Baumgartner juga berjaya memecahkan kelajuan bunyi menggunakan badannya sendiri.

Dunia melihat dengan penuh debaran bagaimana lelaki warga Austria berumur 43 tahun itu melompat keluar dari kapsulnya selepas memberi tabik kepada planet bumi di bawahnya.


Perjalanan naik ke angkasa ketika misi itu mengambil masa dua setengah jam, lebih cepat daripada jangkaan awal.

Kapsul itu membawa Baumgartner ke pinggir angkasa selepas beberapa hari tertunda akibat cuaca buruk.

Kurang lima minit selepas terjunan itu, penonton di seluruh dunia yang menyaksikan penerjunan itu secara langsung menarik nafas lega apabila payung terjun Baumgartner akhirnya terbuka pada ketinggian 5,000 kaki (1,524 meter).

Semua kebimbangan hilang, walaupun sebelum itu beberapa detik mencemaskan mendebarkan pasukan saintis dan keluarganya di bilik kawalan misi itu kerana Baumgartner kelihatan seperti hilang kawalan dan berpusing dengan kuat.



Paling mengagumkan, Baumgartner mendarat dengan penuh bergaya, kedua kakinya mencecah tanah dengan sempurna, sebelum lelaki itu melutut di atas tanah dan menumbuk udara tanda gembira, seperti tidak percaya dengan kejayaan luar biasanya.

Siapa lelaki berani ini?

Bekas penerjun tentera dan pengamal sukan payung terjun ekstrem ini telah banyak kali melakukan penerjunan dari bangunan tinggi dan pelbagai bentuk muka bumi di seluruh dunia.


“Kadang-kala kita perlu berada pada kedudukan sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya diri kita,” katanya dengan gembira beberapa minit selepas dia selamat mendarat.

Namun beliau akui bukan mudah untuk mencapai kejayaan itu.

“Ia lebih sukar daripada apa yang saya jangka. Percayalah, apabila anda berdiri di atas dunia pada ketinggian seperti itu, anda rasa begitu rendah diri.

“Anda tidak lagi berfikir mahu memecahkan rekod, bukan lagi untuk mendapatkan data saintifik tetapi apa yang anda fikir hanyalah untuk kembali ke bumi dengan selamat,” katanya.

Baumgartner berkata, penerjunan minggu lalu itu adalah cabaran terbesar dalam kariernya kerana dia perlu mengatasi ketakutan yang tidak disangka, iaitu klaustrofobia, atau perasaan takut apabila berada di tempat sempit.

Ketika latihan selama lima tahun untuk misi itu, Baumgartner beberapa kali panik apabila dia perlu menghabiskan masa berjam-jam di dalam sut angkasa dan topi keledarnya.

Sehinggakan pernah sekali pada 2010, Baumgartner melarikan diri dari pusat latihannya di Amerika Syarikat (AS) apabila disuruh menjalankan ujian ketahanan menggunakan sut itu.



Namun dia akhirnya berjaya mengatasi rasa takut itu melalui terapi berterusan dengan pakar dan petunjuk diberikan mentornya, Joseph Kittinger, 84.

Kittinger adalah bekas juruterbang tentera udara AS yang memegang rekod dunia dengan melakukan penerjunan pada ketinggian 31,000 meter pada 1960, sebelum rekod itu dipecahkan Baumgartner minggu lalu.

Sepanjang perjalanan naik ke angkasa, Baumgartner menyibukkan dirinya dengan berkomunikasi secara berterusan dengan Kittinger bagi menghilangkan perasaan fobianya itu.



Apabila tiba detik untuk membuat terjunan itu, Kittinger berkata kepada Baumgartner: “Malaikat pelindung akan menjaga anda”.

Sebelum penerjunan itu, Baumgartner berkata dia tidak akan melakukannya jika kemungkinan untuk selamat adalah tipis.

Apabila ditanya mengenai pihak yang yakin dia tidak akan selamat, Baumgartner berkata, “Saya rasa mereka memandang rendah kemahiran seorang penerjun udara.”

Baumgartner telah melakukan 2,500 penerjunan dari kapal terbang dan bangunan pencakar langit, termasuk menjadi individu pertama terbang merentasi Selat Inggeris dengan memakai sayap fiber.

Menurut Baumgartner, terjunan dari angkasa itu akan menjadi penutup kepada perjalanan hidupnya sebagai penerjun ekstrem.

Baumgartner merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya dan menjadi juruterbang helikopter penyelamat di kawasan pergunungan serta kapal terbang bomba di AS dan negara asalnya Austria.

Sains di sebalik terjunan Baumgartner melompat keluar dari kapsulnya dengan kepala ke bawah menggunakan gaya ‘lompatan arnab’ dengan menolak kedua belah kaki pada masa sama untuk mengelakkannya jatuh mendatar, keadaan yang mungkin boleh membunuhnya.


Pasukan jurutera, doktor dan saintis yang mengambil masa lima tahun merancang penerjunan itu menjangka Baumgartner akan jatuh pada kelajuan 1,126 km/j semasa 50 saat pertama.

Tetapi Baumgartner berjaya mencapai kelajuan lebih laju, mencecah 1,342 km/j.


Dr Jonathan Clark, pengarah kesihatan Baumgartner berkata, sut angkasa bertekanan tinggi itu melindungi Baumgartner ketika penerjun itu memecahkan kelajuan bunyi.

Namun risiko untuk maut juga tinggi kerana sebarang sentuhan antara Baumgartner dengan dinding kapsul semasa keluar boleh menyebabkan sut terkoyak, mendedahkannya kepada kekurangan oksigen dan suhu serendah - 70 darjah Celcius.



Jika itu berlaku, darah di dalam badan Baumgartner akan mendidih, otaknya meletup dan biji matanya tersembul keluar.

Namun kumpulan pakar yang bekerja bersama Baumgartner sejak lima tahun lalu telah melakukan segala yang mampu untuk memastikan dia berjaya kembali ke bumi dengan selamat.


Sut angkasa direka khas itu bernilai AS$200,000 (RM610,000) dan mampu menahan cuaca ekstrem serta diisi dengan oksigen bertekanan tinggi untuk melindungi badan pemakai.


Ia juga mempunyai satu perbezaan penting dengan sut angkasa dipakai angkasawan, iaitu tetap fleksibel walaupun selepas diisi dengan  gas bertekanan tinggi.

Cermin topi keledar Baumgartner pula dilengkapi pengawal suhu berkuasa tinggi yang memberikannya pandangan jelas tanpa kabus.

Sementara itu, kapsul dinaiki Baumgartner bersaiz 3.35 meter tinggi dan 2.4 meter lebar diperbuat daripada gelas fiber dan rangka besi dengan berat seperti sebuah kereta.


Kapsul itu direka oleh saintis yang menghasilkan jet pengebom AS dan berdasarkan roket Apollo.


Belon diisi sembilan juta meter padu gas helium yang membawa kapsul itu ke angkasa mempunyai ketinggian sama dengan bangunan 55 tingkat selepas dikembangkan.

Belon itu diperbuat daripada plastik khas dengan ketebalan satu persepuluh daripada plastik pembalut.

Selepas Baumgartner melakukan penerjunannya, kapsul itu tertanggal secara automatik daripada belon tersebut dan kembali ke bumi dengan payung terjun khas.

Ujian saintifik untuk masa depan

Kittinger memuji keberanian Baumgartner untuk melakukan misi itu dan berkata penerjun itu bukan hanya memecahkan rekod dunia.


“Dia berjaya menunjukkan manusia boleh selamat dalam situasi kecemasan pada ketinggian ekstrem.

“Selepas ini, angkasawan akan memakai sut angkasa yang diuji Felix dalam penerjunan itu,” katanya.

Semasa penerjunan itu, Baumgartner disokong oleh bilik kawalan yang dipenuhi 300 orang, termasuk 70 jurutera, saintis dan doktor yang sama-sama bekerja untuk projek digelar Red Bull Stratos, sempena nama syarikat minuman yang menaja misi itu.


Selain memecahkan rekod dunia, jurutera dan saintis dalam pasukan Red Bull Stratos mengumpul data untuk membantu juruterbang, angkasawan dan mungkin juga pelancong angkasa untuk menyelamatkan diri jika berlaku kemalangan udara.


“Kami menguji sut angkasa baru, konsep melepaskan diri dalam kecemasan dan protokol rawatan baru jika berlaku kehilangan tekanan pada ketinggian ekstrem,” menurut Clark.

Semasa membina sut dan kapsul itu, pasukan dianggotai veteran angkasa itu turut mempunyai satu persoalan penting: Apa akan berlaku pada badan manusia apabila dia memecahkan kelajuan bunyi?

Jawapannya telah diberikan Baumgartner, iaitu dengan bantuan teknologi yang betul, badan manusia boleh dilindungi walaupun terjatuh dengan kelajuan menakutkan itu.

21 Ogos 2012

Harapan Baru Untuk Ubati Ketagihan Heroin, Morfin.

Saintis Australia dan antarabangsa mungkin menemui penawar bagi merawat ketagihan heroin dan morfin.
  
Dalam kejayaan terbaharu, saintis berkata ketagihan morfin dan heroin boleh disekat dan pada masa sama meredakan kesakitan.
  
Pasukan University of Adelaide dan University of Colorado menemui mekanisme utama dalam sistem imun badan yang menguatkan ketagihan dadah opioid.
  
Kajian makmal menunjukkan dadah (+)-naloxone akan secara selektif menghalang tindak balas ketagihan imun, menurut kenyataan University of Adelaide.
  
Keputusan itu yang membawa kepada penghasilan dadah baru yang akan membantu pesakit yang menghadapi kesakitan teruk dan penagih heroin menghilangkan tabiat itu - kajian itu akan diterbitkan esok, dalam Jurnal Neorosains.
  
"Kajian kami menunjukkan kita boleh menyekat ketagihan melalui sistem imun otak, tanpa menyasarkan 'brain wiring'," kata penulis utama bagi kajian itu, Dr Mark Mark Hutchinson, dari Sekolah Sains Perubatan, University of Adelaide.
 
"Kedua-dua sistem saraf pusat dan sistem imun memainkan peranan penting dalam mewujudkan ketagihan, tetapi kajian kami menunjukkan kita hanya perlu menyekat tindak balas imun dalam otak bagi mencegah ketagihan dadah opioid," katanya.
  
Pasukan itu menumpukan usaha penyelidikan ke atas reseptor imun dikenali sebagai 'Toll-Like receptor 4' (TLR4).
  
"Dadah opioid seperti morfin dan heroin mengikat TLR4 dengan cara yang sama tindak balas imun biasa kepada bakteria. Masalahnya TLR4 kemudian bertindak sebagai penguat untuk ketagihan," kata Dr Hutchinson.
  
"Dadah (+)-naloxone secara automatik menghentikan ketagihan. Ia menutup keperluan untuk mengambil opioid, menghentikan tabiat ketagihan dan neurokimia dalam perubahan otak - dopamin, yang merupakan bahan kimia penting bagi menyediakan rasa 'nikmat' daripada dadah, tidak lagi dihasilkan."
  
Pengarang kanan Prof Linda Watkins, dari Pusat Neorosains, University of Colorado Boulder, berkata: "Kajian ini secara asasnya menukar apa yang kita faham tentang opioid, nikmat dan ketagihan. Kami mengesyaki untuk beberapa tahun TLR4 mungkin boleh menyekat ketagihan opioid, dan kini kita mempunyai bukti.

"Dadah yang kita guna untuk menghentikan ketagihan, (+)-naloxone, adalah 'non-opioid mirror image drug' yang dihasilkan oleh Dr Kenner Rice pada 1970-an.
  
"Kami percaya ia terbukti sangat berguna sebagai ubat bersama morfin, supaya pesakit yang memerlukan bantuan untuk kesakitan teruk tidak akan menjadi ketagih sebaliknya berupaya melegakan kesakitannya. Ia berpotensi membawa kemajuan utama untuk pesakit dan rawatan paliatif," kata Watkins.
  
Penyelidik berpendapat ujian klinikal itu mungkin boleh dibuat dalam tempoh 18 bulan akan datang. - Bernama

10 Ogos 2012

Mufti Pahang Haramkan Undi Umno.

Mufti Pahang menyokong kenyataan ulamak Umno dengan mengisytiharkan “haram” bagi umat Islam untuk menyokong parti sekular DAP, dimana sebahagian dari tokoh pemikir Islam mengatakan mereka sebagai “kafir harbi”, berbanding MCA dan MIC yang telah menerima Islam sebagai agama Persekutuan.


Datuk Abdul Rahman Osman telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam untuk menyokong parti yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud seperti memotong tangan bagi pencuri.


“Jika bukan Islam mahu menentang atau tak bersetuju, itu bukan kewajipan kita untuk membantu mereka,” kata mufti itu dalam akhbar milik Umno itu hari ini.

“Tetapi dalam konteks parti, jika sesebuah parti itu menentang Islam, berdosa kalau kita menyokong mereka, seolah-olah kita menyokong gerakan untuk menghancurkan agama kita.”

Semalam, ulamak Abdullah Sa’amah mengisytiharkan adalah “haram” bagi umat Islam untuk menyokong DAP, menurut akhbar Utusan, tetapi menurut pengasas sekolah agama Pondok Geting, Tumpat, Kelantan itu berkata boleh untuk menyokong MCA dan MIC kerana mereka menerima kewujudan Islam.

Abdullah berkata umat Islam haruslah tidak menyokong DAP dan dua sekutunya PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 selewat-lewatnya April tahun depan.

“DAP terus menentang perlembagaan persekutuan, mereka mahu persamaan antara Islam dengan bukan Islam, tokong dan masjid, mereka mahu persamaan,” kata Abdullah dalam Utusan semalam.

“Adalah satu kewajipan untuk umat Islam dalam PAS, Umno, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menolak DAP dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Masyarakat Melayu yang beragama Islam adalah kumpulan terbesar dalam populasi Malaysia.

Sayap kanan dalam pergerakan parti Umno, parti utama dalam Barisan Nasional, telah membuat desakan agar melaksanakan hukum hudud di negeri kubu kuatnya Johor.

Setakat ini cuma Kelantan dan Terengganu telah meluluskan hudud sebagai undang-undang, tetapi tidak dilaksanakan kerana melanggar perlembagaan persekutuan.

Satu kaji selidik telah dilaksanakan oleh badan bebas Merdeka Center bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap BN merosot dari 65 peratus kepada 58 peratus pada Jun. Sokongan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan presiden BN juga menurun dari 79 peratus kepada 75 peratus dalam tempoh yang sama.

18 Julai 2012

TV Hijrah Didakwa Pecah Belahkan Islam.


Kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Al Hijrah Media Corporation
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Assalamualaikum wr wb

Tuan,

Menyemai Perpecahan Dalam Kalangan Umat Islam


Saluran Televisyen Al Hijrah merupakan salah satu saluran yang mempunyai ramai bilangan penontonnya. Sikap, pemahaman, pandangan dan tindakan mereka yang menonton rancangan televisyen itu akan dipengaruhi apa yang mereka tonton. Oleh sebab itu, sebagai pengendali saluran Islam, anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan penelitian yang rapi dalam penyampaian mesej melalui saluran televisyen kepada penonton agar ia tidak melanggar ajaran al Quran yang menuntut kebaikan dan melarang kemungkaran.

Al Hijrah, dalam kenyataan misi dan visinya, telah berjanji untuk menjadi stesen penyiar dengan misi untuk mendidik, menghibur dan menyatukan umah melalui siaran yang berkualiti dan kreatif berdasarkan ajaran Islam yang sesuai dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Memandangkan  misi yang suci ini, kami amat terkejut apabila mendapati bahawa TV Al Hijrah menyiarkan suatu diskusi panel di mana ahli panel yang dianggap sebagai sarjana Islam membuat tuduhan tidak berasas terhadap Syiah yang hanya akan menimbulkan perpecahan dan kebencian dalam kalangan umat Islam.

Mereka menuduh Syiah berkomplot bersama Yahudi,  menganggap Islam Sunni sebagai anjing, mengamalkan penipuan, dan tuduhan lain yang mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian Islam Sunni terhadap saudara Syiah mereka. Kenyataan provokasi seperti itu jelas melanggar perintah Allah swt: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah antara kamu... [Surah Al Imran 3:103].

Siaran TV yang mengutuk Syiah menjejaskan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas antara mereka dan kita golongan Sunni dalam usaha untuk menguatkan perpaduan Islam selaras dengan pengajaran al Quran.

Pada Julai 2005, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh 24 ulamak kanan (termasuklah Sheikh Al Azhar, Ayatollah Sistani dan Sheikh Qaradawi), Raja Abdullah II dari Jordan telah menganjurkan satu persidangan Islam antarabangsa yang dihadiri oleh 200 sarjana Islam terkemuka dunia dari 50 negara yang telah mengeluarkan fatwa berikut:

•    Sesiapa sahaja yang patuh kepada salah satu daripada empat Usuluddin Islam mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali), dua Usuluddin Islam mazhab Syiah (Ja’fari dan Zaydi), Usuluddin Islam  mazhab Ibadi dan Usuluddin Islam mazhab Thahiri adalah seorang Islam. Mengisytiharkan seseorang itu sebagai murtad adalah mustahil dan tidak dibenarkan.

•    Terdapat lebih banyak persamaan antara pelbagai mazhab Usuluddin Islam berbanding dengan perbezaan antara mereka. Pengikut lapan mazhab Usuluddin  Islam ini bersepakat dalam perkara prinsip asas Islam.

•    Semua percayakan Allah (Tuhan), dimuliakan dan ditinggikan, esa dan unik; al Quran itu suci dan wahyu yang dipelihara dan dilindungi oleh Allah, dimuliakan serta tiada sebarang perubahan dan pindaan; dan Muhammad s.a.w adalah Rasul dan Nabi untuk semua manusia.

•    Semua bersetuju mengenai lima rukun Islam: mengucap dua kalimah syahadah; solat; mengeluarkan zakat; berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Mekah. Semua bersepakat mengenai rukun Iman: percaya kepada Allah, Malaikat, Al Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qada dan Qadar.

•    Ketidaksepakatan antara ulama antara lapan mazhab Usuluddin Islam itu hanya pada cabang agama (furu) dan beberapa asas (usul) [agama Islam]. Ketidaksepakatan tentang  cabang agama (furu) adalah satu rahmat. Lama dahulu dikatakan bahawa kepelbagaian pendapat dalam kalangan ulama adalah satu rahmat.

Fatwa itu diterima dengan sebulat suara di sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Mekah pada Disember 2005 dan oleh enam perhimpunan ulama Islam antarabangsa lain, kemuncaknya dengan Akademi Fekah Islam Antarabangsa yang berpusat di Jeddah pada Julai 2006. Jumlahnya, lebih 500 ulama Islam terkemuka dari seluruh dunia menerima dengan sebulat suara fatwa dan Mesej Amman. [Kunjungi laman sesawang rasmi Mesej Amman (Amman Message) untuk senarai lengkap mereka yang menerima fatwa itu].

Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa, Islam dan Satu Ummah, dan mazhab Usuluddin  Islam, menyeru supaya diketepikan ketidaksepakatan antara orang Islam, menghormati antara satu sama lain, menguatkan hubungan persaudaraan dan tidak membenarkan perpecahan dan campurtangan luar.

Ia menasihatkan pengajaran fekah berkaitan perpaduan Islam kepada pelajar sekolah menengah dan universiti. Ia menyarankan pihak berkuasa berkaitan di negara Islam mengambil langkah untuk mencegah percetakan, penyebaran dan pengedaran penerbitan yang menambahkan lagi perpecahan ummah.

Resolusi 152 juga menekankan jangan menyalahkan mana-mana lapan mazhab Usuluddin Islam kerana  tindakan yang salah daripada pelampau seperti membunuh mereka yang tidak bersalah, menjatuhkan maruah dan merampas harta mereka. Terdapat elemen pelampau dalam kalangan Syiah dan Sunni yang di beberapa negara menggunakan kekerasan, malah kadangkala di dalam masjid sendiri.

Elemen seperti ini perlu didedahkan dan diasingkan kerana ia menyemai perpecahan dalam kalangan umat Islam dan  memperburukkan lagi Islam. Dialog antara Syiah dan Sunni mestilah digalakkan dan disuburkan, dan sebarang perbincangan mengenai perbezaan mestilah dibincangkan dalam suasana persaudaraan.

Imam Khomeinie berpesan kepada golongan Syiah yang mengerjakan Haji agar tidak mengasingkan diri mereka daripada orang Islam yang lain.

Beliau menasihati jemaah Haji: “Rakyat Iran dan golongan Syiah dari negara lain dikehendaki untuk mengelakkan semua tindakan yang boleh menimbulkan perpecahan sesama umat Islam. Mereka juga perlu menyertai perhimpunan Sunni dan mengelakkan menghadiri atau membentuk solat di rumah atau memasang pembesar suara untuk menentang mereka. Mereka mestilah mengelakkan daripada melutut di makam suci atau melakukan apa sahaja yang tidak selaras dengan undang-undang yang mulia.”

Kita perlu menyedari bahawa konflik mazhab sebenarnya digalakkan oleh kuasa Barat yang mahu mengenakan hegemoni mereka ke atas umat Islam dan mengawal sumber di negara Islam. Pecah dan perintah telah menjadi dasar mereka sejak berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Mereka menipu pemerintah Arab supaya menyokong perang mereka terhadap Khilafah Usmaniyah dengan menjanjikan kemerdekaan bagi tanah Arab, tetapi selepas mengalahkan Turki, Britain dan Perancis membahagikan wilayah antara mereka dan menubuhkan Israel dan Arab Saudi.

Kita dapat melihat ulangan dasar yang sama di Iraq, Lebanon dan Pakistan. Kuasa penjajah berusaha untuk memecahkan negara ini melalui mazhab dan suku kaum; menghasut negara Arab ‘Sederhana’ menyertai Amerika Syarikat dan Israel bagi memusnahkan Hisbullah di Lebanon, Hamas di Palestin dan melakukan pertukaran rejim di Iran.

Amat dikesalkan sekali, beberapa ulama membenarkan diri mereka digunakan sebagai alat oleh penjajah dan pemerintah-pemerintah bagi mewujudkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Kita perlu memberi perhatian kepada amaran yang diberikan oleh Imam Khomeini lebih 25 tahun yang lalu: “Tangan kotor yang memburukkan perbezaan antara Syiah dan Sunni bukanlah terdiri daripada golongan Syiah dan Sunni.

Ia merupakan tangan penjajah yang merancang untuk membawa keluar negara Islam daripada tangan kita. Kuasa penjajah yang mahu merampas kekayaan kita melalui pelbagai skim dan konspirasi adalah mereka yang melahirkan rancangan untuk mewujudkan perpecahan di antara fahaman Syiah dan Sunni.”

Kami merayu kepada anda agar memainkan peranan proaktif dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan memberikan publisiti yang meluas kepada Mesej Amman dan Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa.

Anda juga perlu menghasilkan program berhubung sejarah asal cabaran yang dihadapi oleh umat Islam terutama sekali Balkanisasi dan penjajahan Barat di Semenanjung Arab selepas Perang Dunia Pertama. Kami juga menyarankan supaya penerbit rancangan anda mengkaji The Unmaking of the Middle East oleh Jeremy Salt dan The Ethnic Cleasing of Palestine oleh Ilan Pappe dan menghasilkan rancangan berdasarkan karya itu.

Bersama ini saya sertakan dokumen untuk maklumat anda dan menyebarkannya kepada penerbit rancangan TV Al Hijrah:

1.    The Amman Message

2.    Resolution 152 of the International Islamic Fiqh Academy

3.    Ahmed Deedat on Iran: A nation Reborn

4.    Qaradawi and Shia-Sunni dialogue

Kami percaya bahawa anda akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap ulasan dan saranan dengan niat untuk menjadikan Al Hijrah sebagai saluran TV yang benar-benar Islam.

Jawapan awal daripada pihak tuan amat dialu-alukan. 

Terima kasih.

Yang benar,
S.M Mohamed Idris
Pengerusi, Citizens International

17 Julai 2012

Hudud Dan Politik.

Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad.



Kesedaran sepatutnya berlaku dengan merebaknya jenayah yang menakutkan dan penjenayah yang tidak takut kepada undang-undang yang ada walau pun hukumannya lebih keras daripada hudud, seperti hukuman gantung mati mandatori kepada pengedar dadah. Bahkan tidak ada rasa gerun terhadap anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, sehingga rumah pegawai tinggi polis juga menjadi mangsa yang sama dan dadah boleh diedar ke dalam lokap, penjara dan pusat seranti. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan undang-undang itu kerana mendidik masyarakat bukan menghukum tanpa mendidik walau pun terlalu keras hukumannya, ia tidak memberi kesan kepada penjenayah dan bakal penjenayah.

Hudud adalah salah satu daripada tiga jenis undang-undang jenayah yang dibahagikan oleh hukum Islam iaitu, qisas, hudud dan takzir. Menurut hukum Islam, politik adalah syarat melaksanakan undang-undang  jenayah. Salah satu daripadanya ialah hudud, saperti juga politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Apabila Allah tidak menurunkan ayat-ayat hukuman jenayah termasuk hudud ketika Rasulullah S.A.W. berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Rasulullah juga tidak melaksanakan mana-mana undang jenayah ketika berada di Makkah. Maka mengikut hukum Islam tidak diizinkan bagi seseorang bahkan haram berdosa sekiranya menangkap pencuri di rumahnya dan melaksanakan hukum hudud sendiri. Begitulah juga terhadap penjenayah yang lain. Pelaksanaannya mewajibkan penyiasatan dan kehakiman yang adil dibawah kuasa politik yang mengadakan kerajaan yang sah berdaulatnya. Maka Rasulullah S.A.W. terpaksa berhijrah ke Madinah setelah dihalang berpolitik di Makkah.  Boleh jadi mereka yang melarang hukum hudud dipolitik itu jahil ilmu politik, khususnya politik Islam.

Ada pun MCA yang menuduh Umno sudah hilang akal, menandakan Umno tidak berdakwah. Ini kerana politik tidak dihubungkan dengan dakwah. Sebenarnya Umno tidak hilang akal, tetapi akalnya datang semula setelah hilang. Tahun 80-an pernah seorang wakil rakyat Umno daripada negeri Johor mencadangkan wanita diberi pakai cawat besi.  Di waktu itu hukum hudud dianggap jumud atau tidak bertamadun dan berbagai-bagai kenyataan songsang dikeluarkan mereka. Namun kita mengharapkan ia timbul kerana kejahilan mereka. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biro agama Umno yang diam membisu atau bersilat di hadapan Allah bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan, atau dengan ungkapan 'kami pun mahu melaksanakan juga, tetapi belum tiba masanya'. Sekarang sudah lima puluh tahun lebih Umno memimpin negara, masih belum tiba masanya.

Bersyukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mencetuskan kesedaran kembali kepada Islam, sehingga suaranya bukan sahaja berjaya menerima kedatangan beberapa tokoh Umno untuk menyertai PAS secara terbuka atau secara senyap, tetapi juga menerima kedatangan kalangan pagawai kerajaan dan para ilmuan. Tercetusnya suara pelaksanaan Islam dalam diri Umno menandakan suara PAS sudah masuk ke dalam telinga mereka yang berada dalam bahtera Umno. Mengapa masa lebih setengah abad bahtera Umno masih tidak sampai ke destinasi melaksanakan Islam yang ditunggu-tunggu? Mungkin laksana mereka yang menaiki bas ekspres yang tidak membaca tiket yang dibeli atau apa yang ditulis ke mana arahnya politik kenderaan Umno.

DAP yang bergaul dengan PAS menentang hukum hudud secara terbuka dan berhujah dengan tegas. PAS terpaksa menjawab hujah DAP dan melayan media Umno yang mahu melagakan PAS dengan DAP. Namun tidaklah sampai DAP menuduh PAS hilang akal sebagaimana MCA sebut kepada Umno.

Presiden PAS

10 Julai 2012

Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Elba Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat.

Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.
Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.  (Surah An-Nahl, ayat 36)

09 Julai 2012

Perbagai Pertentangan Di Dalam Keempat-Empat Injil Berkenaan Dakwaan Penyaliban Nabi Isa A.S.


Keimanan golongan Kristian bersandar pada keyakinan bahawa Nabi Yesus (as) disalib dan dibunuh di palang lalu akan dibangkitkan semula. Namun sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Nabi Yesus (as) tidak disalib dan dibunuh, sebaliknya diangkat hidup-hidup ke hadirat Tuhan untuk diturunkan semula pada Akhir Zaman. (Anda boleh mendapatan penjelasan kami tentang subjek di sini.) Faktor yang menyebabkan komuniti Kristian mempertahankan kepercayaan bahawa Nabi Yesus (as) disalib ialah beberapa bahagian di dalam Injil. Walau bagaimanapun, petikan-petikan yang tertulis di bahagian tersebut, sepertimana yang telah kami tegaskan sebelum ini, merupakan kenyataan berlawanan yang ditambah ke dalam Al-Kitab pada kurun ketiga selepas pemergian Nabi Yesus (as) dari muka bumi.
Sebahagian daripada kenyataan bertentangan yang dibincangkan adalah seperti berikut:
Pelbagai kenyataan berbeza dalam Injil tentang penyaliban Nabi Yesus (as)
Siapa yang membawa salib?
Terdapat kenyataan bahawa salib dibawa oleh Simon dari Kirene dalam Markus 15:21, Matius 27:32 dan Lukas 23:26:
Dalam perjalanan ke luar kota, mereka berjumpa dengan seorang lelaki dari Kirene yang bernama Simon. Askar-askar memaksa dia memikul salib Yesus. (Matius 27:32)
Dalam Injil Yohanes pula, dinyatakan bahawa salib dibawa oleh Nabi Yesus (as) sendiri:
Sambil memikul salib-nya,Yesus pergi ke luar bandar ke tempat yang bernama "tempat tengkorak." (dalam bahasa Ibrani tempat itu disebut "Golgota".) (Yohanes 19:17)

Perompak yang disalib:
Diceritakan dalam bahagian Markus 15:27, Matius 27:44 dan Lukas 23:39-42 bahawa Yesus kononnya disalib bersama dengan dua orang pencuri. Ketidaksesuaian di sini ialah pihak Rom tidak pernah menyalib perompak.1
Mereka juga menyalibkan dua orang penjahat bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri-nya. (Markus 15:27)
Bahkan kedua-dua orang penjahat yang disalibkan bersama-sama Yesus pun menghina dia seperti itu. (Matius 27:44)

Maklumat berbeza tentang masa penyaliban Nabi Yesus (as):
Menurut petikan dalam Injil Matius 27:45-46, Lukas 23:44-46 dan Yohanes 19:14-15, masa di antara jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang merupakan masa penyaliban Nabi Yesus (as), manakala Injil Markus 15:25 mencatatkan jam sembilan pagi.
Kira-kira pukul dua belas tengah hari, matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pukul tiga petang.Pada waktu itu tirai yang tergantung di dalam rumah tuhan koyak menjadi dua helai. Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, "Ya Tuhan, aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu!" Setelah berkata demikian, dia pun meninggal. (Lukas 23:44-46)
Mereka menyalibkan dia pada pukul sembilan pagi. (Markus 15:25)

Ucapan terakhir Nabi Yesus (as):
Pertentangan di dalam keempat-empat injil juga lahir berkenaan perkataan terakhir yang diucapkan Nabi Yesus (as) semasa penyaliban. Petikan dalam Markus 15:34-37 dan Matius 27:46-50 menyatakan bahawa Nabi Yesus (as) menyerukan ayat berikut:
Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, "Eloi, Eloi, lama sabakhtani?" yang bererti, "Ya Tuhan-ku, ya Tuhan-ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?" (Markus 15:34)
Dalam Injil Lukas pula, ayat terakhir Nabi Yesus (as) diungkapkan secara berbeza:
Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, "Ya Tuhan, aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu!" Setelah berkata demikian, dia pun meninggal. (Lukas 23:46)
Manakala Injil Yohanes mencatatkan kenyataan yang amat berlainan:
Yesus mengecapnya lalu berkata, "Sudah selesai!" Setelah itu dia menundukkan kepala dan meninggal. (Yohanes 19:30)

Nabi Yesus (as) diberi minum wain atau anggur asam (wine vinegar)?
Dalam beberapa ayat yang mendakwa bahawa Nabi Yesus (as) disalib, dinyatakan bahawa baginda diberi minum sesuatu sebelum disalib, namun sementara Injil Markus menerangkan minuman ini sebagai wain, Injil Matius, Lukas dan Yohanes pula menyatakannya sebagai cuka (anggur asam):
Menurut Injil Markus, Nabi Yesus (as) diberi minum wain:
Di situ mereka cuba memberikan wain yang bercampur mur kepada Yesus, tetapi dia tidak mahu meminumnya. (Markus 15:23)
Menurut Injil Matius, Lukas, dan Yohanes, Nabi Yesus (as) diberi minum anggur asam:
Seorang daripada mereka segera lari mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada hujung sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus. (Matius 27:48)
Askar-askar juga mengejek dia. Mereka mendekati Yesus lalu memberikan wain masam kepada-nya. Mereka berkata, "Jika kamu raja orang Yahudi, selamatkanlah dirimu sendiri!" (Lukas 23:36-37)
Mangkuk yang penuh dengan wain murah. Sebuah bunga karang dicelupkan ke dalam wain itu, lalu dicucukkan pada hujung batang hisop, dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus. Yesus mengecapnya lalu berkata, "sudah selesai!" setelah itu dia menundukkan kepala dan meninggal. (Yohanes 19:29-30)

Gempa bumi yang berlaku semasa pengebumian Nabi Yesus (as):
Penjelasan ini terdapat dalam Injil Matius:
Kemudian tirai yang tergantung di dalam rumah tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka,dan banyak umat Tuhan yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka. (Matius 27:51-53)
Dalam Injil Markus, Lukas dan Yohanes, terdapat beberapa takrifan berbeza tentang pengebumian Nabi Yesus (as), namun satu kejadian gempa bumi yang mustahil untuk dilupakan kerana ia memang berlaku, tidak pernah dinyatakan.

Kejadian-kejadian yang berlaku berikutan pengebumian Nabi Yesus (as):
Kejadian-kejadian yang berlaku selepas pengebumian Nabi Yesus (as) juga ditulis secara berlainan dalam keempat-empat injil:
Kemudian tirai yang tergantung di dalam rumah tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka, dan banyak umat Tuhan yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka. (Matius 27:51-53)
Tetapi apabila mereka tiba di situ, mereka melihat bahawa batu itu sudah digulingkan.Mereka masuk ke dalam kubur itu dan di sebelah kanan mereka nampak seorang lelaki muda memakai jubah putih duduk di situ. Mereka terkejut. (Markus 16:4-5)
Mereka mendapati batu penutup pintu kubur sudah digulingkan. Lalu mereka masuk ke dalam kubur itu, tetapi tidak mendapati jenazah ...Yesus. Sementara mereka berdiri di situ dan kehairanan memikirkan hal ini, tiba-tiba dua orang lelaki yang mengenakan pakaian yang berkilau-kilauan berdiri di sisi mereka. (Lukas 24:2-4)
Lalu Petrus dan pengikut lain itu pergi ke kubur. Kedua-duanya berlari, tetapi pengikut lain itu mendahului Petrus dan tiba lebih awal di kubur. Dia menjenguk ke dalam dan nampak kain linen di situ, tetapi dia tidak masuk ke dalam kubur. Simon Petrus menyusul dari belakang; dia terus masuk ke dalam kubur itu. Dia nampak kain linen terletak di situ, dan juga kain yang diikatkan pada kepala Yesus. Tetapi kain pengikat kepala itu tergulung tersendiri. (Yohanes 20:3-7)

Nabi Yesus (as) di hadapan majlis agama:
Dalam Injil Markus 14:53, Matius 26:57 dan Lukas 22:54, Nabi Yesus (as) dibawa ke hadapan Imam Besar Kayafas, manakala Injil Yohanes menyatakan Hanas, mertua Kayafas.
Kemudian mereka membawa Yesus ke rumah imam agung....(Markus 14:53)
Kumpulan orang yang menangkap Yesus membawa dia ke rumah imam agung Kayafas.... (Matius 26:57)
Mereka menangkap Yesus dan membawa dia ke rumah imam agung. Petrus mengikut dari jauh. (Lukas 22:54)
Mula-mula mereka membawa Yesus menghadap Hanas, bapa mentua Kayafas.Kayafas bertugas sebagai imam agung pada tahun itu. (Yohanes 18:13)

Perbicaraan terhadap Nabi Yesus (as):
Kisah perbicaraan terhadap Nabi Yesus (as) juga berlainan dalam kesemua injil.
Menurut Injil Yohanes, hanya imam agung yang menyelidiki Nabi Yesus (as):
Kemudian askar-askar Roma dengan komandan mereka dan pengawal-pengawal Yahudi menangkap dan mengikat Yesus. Mula-mula mereka membawa Yesus menghadap Hanas, bapa mentua Kayafas. Kayafas bertugas sebagai imam agung pada tahun itu. Dialah yang menasihati para penguasa Yahudi bahawa lebih baik satu orang mati untuk seluruh umat...Imam agung itu menyoal Yesus tentang pengikut-pengikutnya dan ajarannya.(Yohanes 18:12-14,19)
Sementara berdasarkan Injil Markus, Lukas dan Matius, Nabi Yesus (as) dibawa ke hadapan semua ahli majlis agama:
Pada pagi hari, para pemimpin masyarakat Yahudi, ketua imam, dan guru Taurat bermesyuarat, lalu Yesus dibawa ke hadapan majlis agama. Mereka berkata, "Katakanlah, benarkah kamu ini penyelamat yang diutus oleh Tuhan?" ...(Lukas 22:66-67)
Kemudian mereka membawa Yesus ke rumah imam agung. Di situ semua ketua imam, pemimpin masyarakat orang Yahudi, dan guru Taurat sedang berkumpul... Para ketua imam dan seluruh majlis agama berusaha mencari bukti-bukti untuk menyalahkan Yesus, supaya mereka dapat menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Tetapi mereka tidak mendapat satu bukti pun. Banyak saksi memberikan kesaksian palsu terhadap Yesus, tetapi kesaksian mereka saling bertentangan. (Markus 14:53-56)
Kumpulan orang yang menangkap Yesus membawa dia ke rumah imam agung Kayafas. Di situ guru Taurat dan pemimpin masyarakat Yahudi telah berkumpul. Petrus mengikuti Yesus dari jauh sampai ke halaman rumah imam agung itu. Petrus masuk ke halaman itu dan duduk bersama dengan pengawal-pengawal untuk mengetahui apa yang akan berlaku.Ketua-ketua imam dan anggota lain daripada majlis agama berusaha untuk mencari bukti-bukti palsu bagi mendakwa Yesus, supaya mereka boleh menjatuhkan hukuman mati kepadanya. (Matius 26:57-59)

Perbicaraan Nabi Yesus (as) oleh Herodes:
Dalam Injil Lukas, dinyatakan bahawa Nabi Yesus (as) disoal siasat oleh Raja Herodes:
Ketika mendengar hal itu, Pilatus bertanya, "Adakah orang ini orang Galilea?" Apabila Pilatus mengetahui bahawa Yesus berasal dari daerah yang diperintah oleh Herodes, dia menyuruh orang menghantar Yesus kepada Herodes. Ketika itu, Herodes juga di Yerusalem. Herodes sangat gembira ketika nampak Yesus, kerana sudah lama dia mendengar perihal Yesus dan ingin melihat dia. Herodes berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. Oleh itu Herodes mengajukan banyak pertanyaan kepada Yesus, tetapi Yesus tidak menjawab sepatah pun. Semua ketua imam dan guru Taurat yang di situ maju ke hadapan dan mendakwa Yesus dengan berbagai-bagai tuduhan yang berat. Herodes dan askar-askarnya mempermainkan serta menghina Yesus. Mereka mengenakan jubah yang indah pada Yesus, lalu mengembalikan Yesus kepada Pilatus. Mulai hari itu Herodes dan Pilatus bersahabat; dahulunya mereka bermusuhan. (Lukas, 23:6-12)
Dalam Injil Matius, Markus dan Yohanes, siasatan terhadap Nabi Yesus (as) oleh Herodes tidak disebutkan.
Kesemua pertentangan yang dibincangkan adalah bukti nyata bahawa dakwaan tentang penyaliban Nabi Yesus (as) hanya bersandarkan pada maklumat yang salah, penjelasan berkaitan peristiwa dan persekitaran yang saling berlawanan. Allah Yang Maha Kuasa menyatakan dalam Al-Quran bahawa Nabi Yesus (as) tidak disalib atau dibunuh, namun golongan yang ingkar mengalami satu situasi di mana mereka menyangka bahawa ianya berlaku sedemikian rupa. Tuhan kita mewahyukan di dalam Al-Quran bahawa tuntutan tentang Nabi Yesus (as) ini tidak benar; rencana jahat yang diatur oleh golongan munafik dan ingkar terhadap baginda telah gagal dan Nabi Yesus (as) diangkat ke sisi Tuhan. Apabila pertentangan dianalisa melalui sudut pandang Al-Quran, kekeliruan serius ini akan dapat diterangkan: Penjelasan berkenaan Nabi Yesus (as) dibunuh di palang salib, sepertimana kenyataan salah lainnya, adalah fahaman menyimpang yang ditambah kemudian ke dalam Injil untuk satu tujuan khusus. Anda dapat membaca penjelasan kami berkaitan hal ini dalam artikel seterusnya.

11 Jun 2012

Kenali Sultan Mahmud Iskandar, Sultan Johor Ke 24.



Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong, ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.
DYMM Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi(8 April 1932-22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.
Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra dan pemurah. Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran, dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda, termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga dan 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.
Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud" atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada ahun 1981,namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.

Sultan Iskandar (dikenali sebagai Tunku Mahmud Iskandar sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang lahi pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. (Baginda ada dua kanda, tetapi kedua-duanya meninggal dunia pada usia bayi.) Tunku Mahmud menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kiniMaktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australiauntuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud pergi keIsle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chinese School selama tiga tahun. Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat, di mana baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal-ehwal dalam Jabatan Hal-Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan sehingga dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Mei 1959.

[sunting]Kehidupan awal

Pada tahun 1956, Tunku Mahmud mengahwini Josephine Trevorrow, dariCornwall, United Kingdom, dan bersama-sama melahirkan empat orang anakanda, termasuklah putera mahkota, Tunku Ibrahim Ismail, sebelum bercerai pada tahun 1962. Sebelum bercerai dengan Trevorrow, pada tahun 1961, Tunku Mahmud mengahwini Tengku Zanariah dari kerabat diraja Kelantan, lalu bersama-sama memputerakan enam anakanda. Para penganalisa seperti Kate Wharton memerhati bahawa sebarang hubung kait Trevorrow dengan Sultan Iskandar tidak disebut dalam semua biografi rasmi.
Tunku Mahmud dilantik oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961, kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.
Keseluruhannya, Sultan Iskandar memputerakan 2 putera dan 8 puteri iaitu:
  1. Tunku Kamariah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 11 Julai 1956. Tengku Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Selangor.
  2. Tunku Azizah Aminah Maimunah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 1961. 1986 berkahwin dengan Tengku Mahkota Abdullah bin Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah, Sultan Pahang.
  3. Tunku Besar Zabedah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine)
  4. Tunku Mahkota Ibrahim Ismail bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), berkahwin dengan Sultanah Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ,Sultan Perak.
  5. Tunku Mariam Zaharah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
  6. Tunku Aminah Kalsom binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
  7. Tunku Muna Najiah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
  8. Tunku Abdul Majid bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah), lahir 1970, Tengku Bendahara, berkahwin pada 13 January 2006 dengan Tunku Teh Mazni binti Tengku Yusof, lahir 1976, anak Tengku Yusof bin Tengku Muhammed Jewa dari Kedah.
  9. Tunku Maimunah Ismiliah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
  10. Tunku Noraini Fatimah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)

[sunting]Sultan Johor

Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu dimasyurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan. Sehubungan dengan itu, adinda baginda Tunku Abdul Rahman, bekas Tunku Mahkota Johor selama 20 tahun di bawah pemerintahan Sultan Ismail, dilantik sebagai Tunku Bendahara Johor lalu memegang gelaran tersebut sehingga meninggal dunia pada tahun 1989. Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar dilantik sebagai CanselorUniversiti Teknologi Malaysia.
Mengikut sistem beraja bergilir-gilir di Malaysia, Sultan Iskandar dilantik sebagaiYang Di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Rajapada 9 Februari 1984, tidak lama sebelum berakhirnya penggal Sultan Ahmad Shah dariPahang pada 26 April 1984. Sultan Iskandar memegang gelaran Yang-Di Pertuan Agong sehingga diambil alih oleh Sultan Azlan Shah dari Perak pada tahun 1989.
Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar melantik cucundanya Tunku Ismail Ibrahim, iaitu anakanda Tunku Mahkota, sebagai Raja Muda (pewaris ketiga takhta Johor) dalam majlis pelantikan sempena hari keputeraanya.

[sunting]Hal-ehwal dalam negeri

Sultan Iskandar menganjurkan acara rumah terbuka di kediaman rasminya di Istana Bukit Serene, atau di Istana Besar. Pada hari-hari inilah, Sultan dan putera sulungnya Tunku Mahkota mengadakan sesi khas untuk bertemu mesra dengan rakyat Johor. Mengikut adat istiadat, kerajaan negeri mewartakan 8 April sebagai cuti umum negeri untuk meraikan hari keputeraan baginda, yang mana baginda mengurniakan anugerah kehormat kepada rakyat Malaysia yang mempamerkan sumbangan dan pencapaian cemerlang.
Tidak lama sebelum menjadi YDPA pada April 1984, Sultan Iskandar mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera Asli", kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang Melayu kerana kebanyakan mereka bukan umat Islam. Namun, usul tersebut ditarik balik, sebaliknya kerajaan cuba mengasimilasikan Orang Asli dengan masyarakat Melayu arus perdana. Setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mendermakan gaji baginda untuk jawatan YDPA kepada berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia.
Pada tahun 2007, Sultan Iskandar mengeluarkan titah perintah yang hanya membenarkan gelaran Istana dipakai oleh kediaman dan hartanah yang dimiliki oleh Sultan dan Tunku Mahkota, manakala hartanah yang dimiliki oleh kerabat diraja yang lain dikenali sebagai "Kediaman".Pada Disember 2008, Sultan Iskandar memperkenankan kerajaan negeri untuk mewartakan usul perundangan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan senaman yoga, atas sebab bahawa yoga mengandungi unsur agama Hindu yang melanggar ajaran Islam. Permohonan agar meminta perkenan Sultan datang dari Majlis Agama Islam Johor yang bertindak atas arahan Majlis Fatwa Negara.[44][45]
Sultan Iskandar menyempurnakan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar pada 1 Disember 2008, dengan kehadiran Tunku Mahkota dan beberapa menteri jemaah utama. Kompleks ini dinamakan sempena baginda, yang berpandangan optimis akan kejayaannya pada ucapan pembukaan baginda.

[sunting]Hubungan luar negeri

Semenjak menaiki takhta, Sultan Iskandar menjalin hubungan erat dengan Singapura, dengan mengeratkan silaturahim dengan pemimpin tertinggi Singapura. Amalan ini juga menjadi ikutan anakandanya, Tunku Mahkota dan Tunku Bendahara. Laporan media sentiasa mengetengahkan sambutan mesra yang disampaikan sesama pemimpin kedua-dua negara ketika dalam lawatan, terutamanya pada Julai 1988, apabila kunjungan Sultan Iskandar ke Singapura menandakan kali pertama seseorang Yang di-Pertuan Agong melawat negara pulau tersebut sejak tahun 1957. Timbalan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tongmenerima pangkat Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) dari Sultan Iskandar.
Pada tahun 2007, Sultan Iskandar dikurniakan anugerah Honorary Master Parachutist Wing oleh Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.[56]
Hubungan dengan Singapura bertukar keruh setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsamemutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah milik Singapura setelah lama direbut oleh kedua-dua negara. Di sesi pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 pada tahun 2008, Sultan menyabdakan pendirian bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia, n berikrar untuk mencari jalan yang tidak menyalahi undang-undang untuk mengembalikan pulau tersebut ke pangkuan negara.
Sultan Iskandar juga menjalin hubungan erat dengan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, lebih-lebih lagi sewaktu baginda memegang gelaran Yang Di-Pertuan Agong. Pada tahun 2006, sekali lagi kedua-dua sultan disaksikan bersama di khalayak ramai, ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi negeri Johor untuk menyabdakan minat baginda terhadap Iskandar Malaysia.

[sunting]Kontroversi

[sunting]Pewarisan takhta

Sebelum menjadi Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi pada 1980-an dan awal 1990-an, nama baik Tunku Mahmud pernah dinodai oleh beberapa peristiwa kontroversi yang mendapat perhatian media. Antara insiden terawalnya adalah kehilangan pangkatnya sebagai Tunku Mahkota pada tahun 1961 atas sebab perilaku setelah laporan sulit yang mendakwanya mengurung seorang polis diutuskan kepada ayahandanya selaku sultan. Pangkat Tunku Mahkota diambil alih oleh adindanya,Tunku Abdul Rahman[61]. Apapun, pada tahun 1966, Tunku Iskandar menerima pangkat Raja Muda, iaitu pewaris kedua takhta. Pada April 1981, Tunku Mahmud dilantik semula sebagai Tunku Mahkota tidak lama sebelum kemangkatan ayahandanya sebulan berikutnya, selepas itu ditabalkan sebagai Sultan Johor, atas titah ayahandanya.
Walau apapun, sesetengah pihak mempertikai kesahihan pelantikan semula Tunku Mahmud sebagai Tunku Mahkota, dengan berhujah bahawa mereka menyaksikan Sultan Ismail sudah berada dalam keadaan koma ketika Tunku Mahmud menjadi Tunku Mahkota. Namun, catatan rasmi membuktikan bahawa Sultan Ismail menjadi koma pada 8 Mei, tiga hari sebelum mangkat. Hubungan istana denganMenteri Besar JohorOthman Saat menjadi keruh apabila beliau mempersoalkan kewajaran Tunku Iskandar mewarisi takhta, sehingga mencetuskan Sultan baru itu untuk menitah perintah agar Menteri Besar meletak jawatan dalam masa 24 jam, sebaik sahaja mangkatnya Sultan Ismail, dengan tujuan mengambil alih jawatan tersebut untuk kegunaan dirinya. Sesungguhnya Menteri Besar patuh kepada titah tersebut, namun Sultan tidak mengambil jawatannya.Othman Saat kemudian meletak jawatan sebagai menteri besar pada tahun berikutnya.

[sunting]Tuduhan salah laku jenayah

Pada tahun 1972, Tunku Mahmud didakwa menyerang dua orang lelaki dengan cokmarkerana memotong keretanya lalu disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya.Setahun kemudian, timbulnya laporan yang menyatakan Tunku Iskandar dan seorang pengawal peribadi menyerang sepasangan muda dengan bahan kimia dan cokmar setelah disinggung perasaan. Pada masa yang sama didakwa juga bahawa Tunku Mahmud merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing selama sehari kerana murka terhadap mereka.
Lima tahun kemudian, Tunku Mahmud didakwa dan didapati bersalah atas sebab kematian seseorang setelah menembak sampai mati seorang lelaki yang berhampiran helikopter peribadinya yang disangkanya seorang penyeludup. Walau apapun, ayahandanya Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan pengampunan rasmi kepada Tunku Iskandar. Begitu juga, putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada 1980-an, tetapi diampunkan serta-merta juga.
Pada tahun 1987, Sultan Iskandar dituduh menyerang sampai mati seorang kedi golf diCameron Highlands, berikutan insiden yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA) tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja, namun pada masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu. Kesudahannya, kejadian tersebut dibiarkan tanpa meraih perhatian awam. Adik kepada kedi yang turut diserang hingga cedera, menjadi murung akibat apa yang disaksikannya, lantas dia bertindak mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa.

[sunting]Peristiwa Gomez

[sunting]Serangan

Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki, memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini banyak disiarkan di muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa lalu diberi jolokan "Peristiwa Gomez". Pada 10 Julai 1992, putera kedua Sultan Iskandar, Tunku Bendahara–Tunku Abdul Majid Idris, naik berang ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed Vello. Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dibahaskan dalam parlimen. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tunku Majid selama lima tahun selepas siasatan. Tunku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993, oleh itu dipenjarakan setahun dan didenda RM 2,000, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu kejadian tersebut.
Sultan Iskandar membalas larangan tersebut dengan menggesa pihak berkuasa negeri agar memencilkan pasukan hoki Johor dari semua perlawanan kebangsaan. Pada November 1992, Douglas Gomez, seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar, meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene, tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya. Selepas itu, Gomez merawat muka dan perutnya, kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan kerana menyerangnya. Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan, selaku anggota Angkatan Tentera Johor, sekadar memerhati, sebaliknya Sultan sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya.

[sunting]Pandangan awam dan tindakan susulan

Kejadian serangan ini mencetuskan kemarahan rakyat sehingga semua peringkat kerajaan sehingga pangkat tertinggi kerajaan persekutuan digesa agar menyiasatnya. Pada akhir tahun 1992, dan juga awal tahun 1993, tersiarnya berpuluh-puluh artikel berita yang menyebut dakwaan salah laku kerabat diraja beberapa negeri, khususnya Sultan Iskandar sendiri. Kebanyakan dakwaan salah laku tersebut termasuk pengenaan denda yang jauh melebihi ketentuan undang-undang, terhadap sesiapa yang menghalang kereta Sultan, antara lainnya.[85] Apapun, Sultan Iskandar memikul segala padah yang timbul akibat semua dakwaan salah laku jenayah tersebut walaupun kebanyakannya dilakukan oleh ahli-ahli kerabat diraja yang lain.
Hiruk-pikuk kecaman yang disiarkan oleh pihak akhbar menggesa para ahli Dewan Rakyat agar mengadakan sidang khas pada 10 Disember 1992. Kesemua 96 ahli parlimen yang hadir pada hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyeru agar tindakan diambil untuk menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Ketika persidangan ini, para ahli mendedahkan rekod jenayah lepas mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 23 kes serangan dan pematian orang, lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas tahun 1981, dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes oleh Tunku Bendahara.
Rang undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing pada 19 dan 20 Januari 1993. Rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini diluluskan oleh enam daripada sembilan raja, namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk meraih sokongan diraja untuk menghalang pelaksanaan usul tersebut. Rang undang-undang yang berusul melucutkan segala kekebalan dari para raja dan ahli kerabat diraja, menjadikan mereka boleh didakwa mengikut undang-undang bila-bila masa timbulnya salah laku jenayah yang terbukti.
Sultan Iskandar hendak menganjurkan perarakan di luar istana dengan tujuan meraih sokongan awam untuk menghalang pelaksanaan rang undang-undang tersebut, tetapi terpaksa membatalkannya setelah menerima tekanan hebat dari kerajaan. Laporan yang dibuat ketika perarakan tersebut menyebut tentang Sultan Iskandar menyeru semua pegawai awam negeri untuk memulaukan majlis-majlis anjuran negeri dan persekutuan sebagai tanda sokongan terhadap tindakan baginda. Sementara itu, kerajaan persekutuan masih menekan raja-raja agar memperkenankan rang undang-undang itu sampai dapat setelah dilakukan beberapa semakan. Selepas itu, rang undang-undang tersebut ditetapkan dalamPerlembagaan Persekutuan pada Mac 1993.
Rang undang-undang ini membolehkan raja-raja yang menyalahi undang-undang dikenakan dakwaan, manakala Akta Hasutan1948 turut dipinda untuk membolehkan orang awam mengkritik raja-raja. Mahkamah khusus ditubuhkan dengan Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi untuk memberi kuasa mendakwa ahli-ahli kerabat diraja.

[sunting]Gaya hidup

Ketika menyandang jawatan YDPA, Sultan Iskandar sering dilihat membawa pistol pada ikatan pinggang di khalayak awam, sehingga merunsingkan orang ramai kerana rekod jenayah lalunya. Baginda juga digeruni kerana kehidupannya yang ranggi sehingga menarik rasa sinis seumpamanya.Baginda juga dikenali sebagai penggemar motosikal; siri dokumentari patriotisme kebangsaan yang memaparkan Sultan Iskandar selaku YDPA menunggang motosikal polis dan penampilan ranggi ketika menghadiri beberapa upacara awam, menerima kecaman dari orang awam yang merasa adegan-adegan Sultan Iskandar ini tidak sesuai dengan tema dan imej negara.

[sunting]Kehidupan peribadi

Gambar foto Sultan dan Sultanah sekerabat dalam kediaman mereka.
Pada usia belia, Tunku Mahmud melayakkan diri sebagai juruterbang yang terlatih untuk mengendali pesawat dan helikopter ringan dan sederhana. Baginda juga pandai menunggang motosikal, sehingga pernah dilaporkan mahir membuka dan memasang semula komponen motosikal.
Sultan Iskandar juga dikenali kerana ghairah bersukan di ruang lapang, khususnya sukan. Pada akhir hayat, baginda banyak meluangkan masa lapang di Royal Johor Country Club. Lebih-lebih lagi, baginda juga kerap bemain tenis dan skuasy.Dalam kalangan kenalan peribadi, Sultan Iskandar diberi jolokan "Moody" berasaskan nama "Mahmud." Anakandanya, Tunku Abdul Majid, mewarisi minat baginda terhadap sukan golf amatur dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Golf Malaysia.
Selain itu, Sultan Iskandar pernah membela beraneka jenis haiwan belaan, terutamanyaburung merak, di perkarangan Istana Bukit Serene, iaitu kediaman rasmi baginda bersama Sultanah. Sewaktu muda, Tunku Iskandar bersinggah di Istana Bukit Coombe yang terbina dengan ciri-ciri seni bina Belanda, kemudian dinamakan semula sebagai Istana Bukit Iskandar. Istana Bukit Iskandar dirobohkan pada tahun 1987, enam tahun selepas Sultan Iskandar menaiki takhta.

[sunting]Akhir hayat dan kemangkatan

Setelah menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000, pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar bermain golf.Pada Januari 200, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk merawat penyakit bronkitis.
Pada 22 Januari 2010, Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri, setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering. Kemangkatan baginda pada 7.15 petang, diumumkan secara rasmi pada 11.20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Almarhum dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada jam 2 petang keesokannya, sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum Sultan Iskandar pada waktu pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memendekkan lawatan rasminya ke India untuk menghadiri upacara pemakamannya. Antara tetamu kehormat lain yang hadir termasuk Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, serta Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loongdan Menteri Kanan Goh Chok Tong.
Puteranya iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru, juga pada 23 Januari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA