Jawatankuasa pemantauan Audit Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kehilangan wang rakyat sebanyak
RM1.43 bilion, kata Pengerusinya, Azan Ismail.
Ini kerana
katanya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kumpulan Wang Luar
Jangka setiap tahun sepatutnya sama dengan Laporan Ketua Audit Negara
(LKAN), iaitu sebanyak RM1.5 bilion.
“Namun, berdasarkan LKAN
2010, jumlah yang dicatatkan hanyalah RM79.14 juta dan jumlah itu
berbeza dengan jumlah yang dinyatakan pada Anggaran Perbelanjaan
Persekutuan yang jumlahnya mestilah RM1.5 bilion.
“Maknanya,
berlaku ‘kehilangan’ wang rakyat kira-kira RM1.43 bilion. Dengan itu,
kita menuntut penjelasan dari Datuk Najib menjelaskan segera isu ini,”
kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dalam sidang media di Parlimen
hari ini.
Turut serta, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Langat,
Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi
Yussoff.
Menurut Azan, walaupun artikel 103 Perlembagaan
Persekutuan membenarkan menteri membelanjakan Kumpulan Wang Luar Jangka,
namun ia mestilah diganti dalam kadar yang paling segera.
“Malangnya,
sehingga 31 Disember 2010 yang sudah berakhir, jumlah itu tidak
digantikan dan kita mahu penjelasan ke mana ‘disembunyikan’ wang rakyat
ini kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan artikel
103,” katanya.
Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pakatan
Rakyat itu turut menunjukan data yang dikutip dari Buku Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan bagi 2010, 2011 dan 2012 dan LKAN 2010.
3M knew firefighting foams containing PFAS were toxic, documents show
-
Exclusive: Newly uncovered documents reveal chemicals giant was aware
‘environmentally neutral’ products did not biodegrade
The multibillion-dollar chemi...
51 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan