Dr Conrad Murray, doktor peribadi yang berada di sisi ketika kematian Michael Jackson pada 2009 dikenakan hukuman penjara empat tahun.
Hukuman diputuskan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Michael Pastor semalam dan mengarahkan Dr Murray, 58, menjalani hukuman di Los Angeles County Jail.
Di bawah pindaan undang-undang, hukuman bagi kesalahan kes-kes kematian tidak disengajakan tidak boleh dijalani di penjara negeri.
Selain itu, undang-undang negeri yang baru juga secara automatik mengurangkan hukuman penjara daripada empat kepada dua tahun.
Awal bulan ini Dr Murray (gambar, digari polis) didapati bersalah menyebabkan kematian penghibur tersohor itu dua tahun lalu.
Dr Murray didakwa melakukan pembunuhan tidak sengaja ke atas Jackson pada 25 Jun 2009.
Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah kerana memberikan penyanyi “Thriller” satu dos maut ‘anaesthetic propofol’ yang terlalu aktif — yang biasanya digunakan dalam pembedahan - yang diputuskan sebagai punca utama kematian raja pop itu.
Pendakwa berhujah bahawa Dr Murray bertindak cuai dalam menguruskan bahan itu untuk membantu Jackson tidur. Bagaimanapun peguam pembela pula mendakwa Jackson sendiri yang mengambil dos tersebut. — Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan