Meskipun siasatan berhubung video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang difokuskan terhadap pengedaran bahan lucah, PKR percaya peguam negra akan menggunakan peluang itu untuk mengheret ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim BN akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah,” kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.
“Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan videos seks lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Acryl berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.
Saifuddin berkata pendirian terbaru polis itu menunjukkan tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar di dalam video kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu berkenaan.
“Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya,” katanya.
Bagaimanapun Saifuddin berkata PKR percaya peguam negra, Tan Sri Abdul Gani Patail akan “tetap mencari jalan untuk mendakwa Anwar.”
“Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Anwar dihadapkan ke mahkamah dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.
“PKR kesal kerana BN terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik,” katanya.
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan ‘Datuk T’ yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.
Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah bilik di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.
Anwar sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah lelaki dan video berkenaan dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. MK
Liz Kendall says young people who won’t take up work will lose benefits
-
Work and pensions secretary says she will transform opportunities as
Starmer bemoans ‘bulging benefits bill’
Young people who refuse to take up jobs or t...
16 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan