Translate

30 April 2011

Krisis Syria: Lebih 60 Lagi Mati, AS Lulus Sekatan Tambahan


Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan-sekatan baru ke atas pemimpin-pemimpin utama kerajaan Syria selepas pasukan keselamatan membunuh lebih 60 orang di seluruh negara ketika demonstrasi mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur.

 
Sumber perubatan memberitahu Reuters bahawa askar di Deraa membunuh 19 orang semalam apabila mereka melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan yang memperlihatkan sokongan ke atas demonstrasi yang bermula enam minggu lalu.

Kumpulan hak asasi manusia Syria Sawasiah berkata, seramai 62 terbunuh ketika protes di Deraa, Rustun, Latakia, Homs dan Qadam dekat Damascus.

Pertubuhan Syrian Observatory for Human Rights juga memberi angka yang sama. Pertumpahan darah semalam tercetus selepas penunjuk perasaan di seluruh negara tidak mempedulikan penempatan barisan tentera yang ketat, penahanan besar-besaran dan tindakan keras terhadap cabaran paling popular ke atas parti pemerintah Baath sejak 48 tahun lalu.
Presiden AS Barack Obama mengenakan sekatan baru ke atas pemimpin-pemimpin Syria termasuk adik Bashar yang bertanggungjawab ke atas tentera di Deraa, tindakan pertama ke atas kekerasan digunakan Syaria.
Obama juga menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan sekatan ke atas agensi risikan, sepupu Bashar Atif Najib dan adiknya Maher, yang mengetuai divisyen tentera di Deraa Isnin lalu.
Pasukan Kawalan Revolusi berkuasa Iran juga disasarkan, didakwa membantu tindakan kekerasan pihak berkuasa Syria.
“Sekatan yang diumumkan hari ini bertujuan menunjukkan kerajaan Syria bahawa sikap dan tindakannya akan dipertanggungjawabkan,” kata Setiausaha Negara AS Hillary Clinton.
Sejurus selepas tindakan Obama, diplomat-diplomat Kesatuan Eropah berkata pihaknya mencapai persetujuan untuk mengenakan embargo senjata ke atas Syria dan “dengan segera akan mempertimbangkan pendekatan sesuai dan yang disasarkan.”
Ia termasuk tindakan yang disasarkan ke atas orang perseorangan. — Reuters

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA