Translate

15 Mei 2010

10 Lagi Terbunuh : Kanada Tutup Kedutaan Di Bangkok.


Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala lebih 100 orang cedera dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan penunjuk perasaan antikerajaan di tengah Bangkok semalam semasa pihak keselamatan cuba mengepung markas Baju Merah.

Sementara di Ottawa, kerajaan Kanada semalam mengumumkan penutupan sementara kedutaannya di Bangkok sebagai langkah berjaga-jaga berikutan keganasan yang telah meragut puluhan nyawa di ibu kota itu sehingga awal pagi ini.

Dalam satu lagi kenyataan, Jabatan Luar Negara Kanada mendesak agar kedua-dua pihak negara Thailand mengenepikan perbezaan politik dengan masing-masing mencari jalan ke arah perdamaian yang telus dan demokratik tanpa mengguna kekerasan.

Sejak berlaku pertempuran antara penentang kerajaan Baju Merah dengan tentera kerajaan selama dua bulan, seramai 35 orang telah terbunuh dan hampir 1,000 orang cedera termasuk seorang wartawan Kanada.

Kelmarin, Amerika Syarikat dan Britian telah pun menutup kedutaan masing-masing di Bangkok. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA