Apakah keluarga 'Razak' telah disumpah sebagaimana yang berlaku kepada Pulau Langkawi. Mahsuri telah menyumpah Pulau Langkawi selama tujuh keturunan tidak akan subur setelah beliau di hukum bunuh kerana fitnah. Tetapi siapa pula yang menyumpah keturunan 'Razak'?
Mungkin juga dari zaman datuk kepada ayah kepada datuk kepada moyang DS Najib, manalah tahu. Jika benar telah disumpah, siapakah yang menyumpahnya? Bila dan kenapa? Yang pasti, bukan Ghengis Khan atau Kublai Khan atau pun Merung Mahawangsa.
Mungkin keturunan beliau telah disumpah, tidak boleh memimpin tetapi sekadar dipimpin sahaja. Atau pun jika memimpin pun pasti tidak akan bertahan lama atau juga jika memimpin pun, pasti akan menjadi huru hara akan negara tersebut.
Ini berpandukan kepada fakta yang mungkin juga secara kebetulan sahaja. Dari zaman Datuk Onn yang mengasaskan Umno tetapi terpaksa meninggalkan Umno lalu menubuhkan parti Negara. Di zaman Tun Razak yang membawa kepada 'Peristiwa 13 Mei'. Semasa Najib menjadi ketua pemuda Umno, beliau telah berbalah dengan pemimpin MCA (Lee Kim Sai) berkaitan 'Ketuanan Melayu'.
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Maka beraraklah para hulubalangnya kerana mempertahankan 'Ketuanan Melayu'nya dengan penuh berkobar-kobar. Hampir-hampir negara orang Melayu menjadi huru hara. Tak pasal-pasal para pemimpin pembangkang pula direhatkan di Kem Kemunting dan beliau bersama-sama dengan Lee Kim Sai berehat kat luar negara, dalam 'Operasi Lalang'.
Sekarang ini era beliau menjadi orang nombor satu di 'Negara Islam' pulak. Daripada Tanah Melayu kepada Malaya kemudian ditukar kepada nama Malaysia yang menjadi tersohor di serata dunia, lebih-lebih lagi di Mongolia. Dari Malaya menjadi Malaysia, dari negara Sekular menjadi negara 'Islam' dan dari 'Ketuanan Melayu menjadi 'Ketuanan Islam'.
Apabila mahkamah tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' didalam akhbar Herald, maka berteriaklah sekian hulubalang dan hamba rakyat. Dari yang tiada berumah sampai kepada yang berbanglo berpuluh-puluh juta, keluar mengangkat sepanduk untuk menunjukkan akan sayangnya mereka kepada kalimah 'ALLAH'.
Sayang seribu kali sayang, mereka ini seumpama orang yang sayangkan buku tetapi tidak pernah membaca atau menghayati apa isi kadungan buku tersebut. Dan kerana semangat itu jugalah yang membawa kepada pembakaran gereja. Dalam mempertahankan kesucian kalimah 'ALLAH', secara tidak langsung memcemarkan imej Islam dimata penganut agama lain.
Oleh itu pakar-pakar sejarah patut mengkaji akan sejarah yang mungkin belum lagi terbongkar tentang salasilah Najib. Sebagaimana dengan Hikayat Hang Tuah, Hikayat Seribu Malam, Hikayat Iskandar Zulkanain, Hikayat Merong Mahawangsa atau pun lain-lain hikayat yang mahsyur. Tidakkah ianya menjadi satu kebanggaan buat hamba rakyat 'Negara Islam Malaysia' dan lebih-lebih lagi 'Parti Islam Umno'.
Berbanggalah wahai hamba rakyat 1Malaysia semua kerana mempunyai memanda menteri tua yang bijak lagi saksama dalam menciptakan isu-isu yang sensasi lagi meletup bagaikan C4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan