Sejak kebelakangan ini banyak blogger BPN yang pro Umno memuji dan menunjukkan simpati mereka terhadap sesetengah pemimpin PAS. Tidak cukup dengan itu mereka mengemukakan beberapa hadith dalam mengukuhkan hujah-hujah mereka.
Tetapi hujah yang mereka kemukakan itu lebih kepada menjerat pemimpin mereka sendiri, yakni Umno. Hadith-hadith yang dikemukakan itu lebih sesuai ditujukan kepada pemimpin Umno kerana ianya tepat untuk renungan mereka.
Sebagaimana yang dihujahkan, itulah yang sebenarnya dilakukan oleh pemimpin Umno terhadap bangsa/kaum mereka sendiri. Adalah baik buat pemimpin Umno membaca tulisan penyokong mereka sendiri sebagai bermuhasabah pada diri mereka yang sentiasa memzalimi umat Islam dan rakyat Malaysia. Bacalah apa yang mereka tuliskan dibawah ini.
PENA MINANG....
Tetapi hujah yang mereka kemukakan itu lebih kepada menjerat pemimpin mereka sendiri, yakni Umno. Hadith-hadith yang dikemukakan itu lebih sesuai ditujukan kepada pemimpin Umno kerana ianya tepat untuk renungan mereka.
Sebagaimana yang dihujahkan, itulah yang sebenarnya dilakukan oleh pemimpin Umno terhadap bangsa/kaum mereka sendiri. Adalah baik buat pemimpin Umno membaca tulisan penyokong mereka sendiri sebagai bermuhasabah pada diri mereka yang sentiasa memzalimi umat Islam dan rakyat Malaysia. Bacalah apa yang mereka tuliskan dibawah ini.
PENA MINANG....
Mungkin isu mengenai kenyataan terbuka Nik Amalina berhubung nasib suaminya adalah satu isu lapuk dan tidak 'sehangat' seperti dahulu. Namun bagi seorang yang 'melihat' isu ini dari aspek kekeluargaan, aku melihat tindakan Nik Amalina ini adalah satu tindakan yang menunjukkan betapa sayangnya beliau terhadap suaminya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.
Sebenarnya tindakkan Nik Amalina 'meluahkan perasaan' dan 'rasa kecewa' di dalam blog adalah satu perkara yang pernah dilakukan oleh isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Wan Azizah Wan Ismail, tatkala Anwar berdepan dengan kes liwat dan rasuah. Namun dalam bab ini, Nik Amalina menggunakan blog sebagai platform untuk mempertahankan suaminya berbanding Wan Azizah yang menggunakan medium politik dan campurtangan kuasa luar dalam urusan pembebasan suaminya itu.
Kembali semula mengenai kes Nik Amalina ini. Secara jujurnya aku kagum dengan anak perempuan Nik Aziz ini kerana berani menanggung risiko hasil tulisannya yang bakal dikritikan dan dikeji oleh semua pijak sama ada ianya datang dari pihak Pas mahupun UMNO.
Dalam tulisannya Nik Amalina mempertikaikan tindakan pemimpin PAS Kelantan yang hanya mendiamkan diri tatkala suami dan bapanya diserang dari segenap penjuru. Dan bagi aku inilah sikap pemimpin PAS. Hanya bersama apabila senang dan menghilang apabila susah (barangkali UMNO pun semacam ini).
Aku secara peribadi menyokong segala usaha Nik Amalina dalam usahanya menjelas dan membersihkan nama keluarganya kepada masyarakat, yang pada pada hemat aku sikap Nik Amalina ini harus dicontohi oleh semua wanita di Malaysia - Mempertahankan Maruah Suami.
Kita tahu politik itu sering bergelumang dengan pelbagai kontroversi, hasad dengki dan fitnah. Dan kali ini, suami Nik Amalina sudah terkena tempias politik berkenaan. Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dituduh / difitnah yang dari individu / perkumpulan yang datang dari pelbagai ideologi politik. Dan tindakan Nik Amalina mempertahankan maruah suaminya adalah satu tindakan yang wajar, kerana selagi seseorang itu tidak terbukti bersalah, maka beliau bebas dari pertuduhan berkenaan.
Walaupun kes salah guna kuasa menantu Nik Aziz ini sudah diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan, namun jauh disudut hatiku timbul satu perasaan sedih dengan nasib yang menimpa bangsaku ini. Bangsa ku kini sakit...sakit dengan sifat iri hati, dengki dan gemar menabur fitnah.
Aku ingin mengajak kalian memahami hadis yang dibawah ini;
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Sepotong lagi hadis berbunyi;
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ ..
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)
Jika dilihat dari kedua-dua hadis yang dikemukakan diatas, dimanakah sikap orang Melayu yang mengaku beragama ISLAM? Aku bukan mahu membela sesiapa dalam perkara ini, namun dalam masa yang sama aku mempersoalkan tindakan UMNO Kelantan yang memanggil pihak media ketika mahu menyerahkan aduan rasuah kepada SPRM. Selain itu aku turut mempertikaikan tindakan demonstrasi yang dilakukan oleh UMNO Kelantan di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan.
UMNO Kelantan harus menyedari bahawa posisi mereka di Kelantan adalah Pembangkang. Manakala PAS adalah pemerintah. Jika bersandarkan kepada hadis, maka UMNO Kelantan adalah puak Khawarij manakala tindakan UMNO Kelantan memanggil media ketika menyerahkan aduan rasuah kepada SPRM dan Demonstrasi di hadapan Pejabat MB adalah satu perkara yang ditegah keras oleh Rasulullah S.A.W.
Dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)
Jadi di dalam hal ini, aku ingin bertanya kepada UMNO Kelantan, dimanakah aqidah dan pegangan anda? Janganlah bertindak melampaui batas dan mengikut hawa nafsu dalam melakukan satu-satu tindakan. Pastikan segala tindakan yang hendak dilakukan itu adalah sejajar dengan kehendak Syarak!!!
Aku bukan hendak membela Nik Aziz, tetapi apa yang dilakukan oleh UMNO Kelantan ini ternyata bertentangan dengan kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Islam menetapkan apabila seseorang pemerintah itu melakukan kesilapan, maka adalah menjadi kewajipan kepada rakyat untuk menasihatkan pemimpinnya itu. Namun dalam masa yang sama teknik dan cara penyampaian kritikan dan nasihat haruslah bersandarkan kepada syariat Islam.
1) Islam menetapkan apabila seseorang pemerintah itu hendak dinasihati, haruslah dalam keadaan tidak ada sesiapa di sekelilingnya (Tidak ada rakyat / kumpulan masyarakat dipersekitarannnya). Ini bagi menjaga maruah pemimpin tersebut.
2) Menasihati dengan menggunakan bahasa yang lembut dan merendah diri ketika memberi teguran, namun dalam masa yang sama teguran itu haruslah disampaikan secara tegas. Dan setelah kita menasihati pemerintah, kita kembali kepada tempat asal kita dan tidak menyebarkan keaibannya kepada orang lain.
Inilah antara kriteria yang digariskan oleh ISLAM mengenai cara menasihati pemerintah. Namun adakah kita mengikut segala peraturan dan kriteria ini pada masa sekarang? Jawapannya tidak!!! Kita lebih gemar memaki hamun, mencaci, dan mengata belakang.
Aku hendak bertanya kepada kalian, berapa kalikah Lim Kit Siang mencaci presiden Gerakan Dr. Koh Tsu Kun? Berapa kalikah Lim Guan Eng memerli Ong Tee Keat, Presiden MCA, atau berapa kalikah M. Kula Segaran menghina Senator T. Muruguiah dari PPP?
Jawapannya = TERLALU SEDIKIT
Mengapa mereka (kaum kafir) ini 'kurang' mencaci maki sesama sendiri? Jawapannya mudah, mereka tak mahu berpecah belah hanya disebabkan masalah politik yang bakal merugikan nasib bangsanya.
Berlainan dengan pemimpin politik berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM yang aku rasa sudah berbakul-bakul menabur fitnah, carutan, makian, penghinaan antara satu sama lain. Malah jikalau boleh aku katakan disini disebabkan politik mereka sanggup mempertaruhkan nasib agama dan bangsa. Mereka sanggup berpecah belah, semata-mata berlainan ideologi politik....Inilah nasib bangsa MELAYU. Sanggup berpecah kerana politik.
Aku hendak menyeru kepada semua para pemimpin MELAYU ISLAM sama ada di dalam zon Pemerintah mahupun pembangkang supaya kembali kepada asas perjuangan AL-QURAN dan SUNNAH. Sudah sampai masanya kita membuang logo-logo parti demi kepentingan ISLAM.
Kesimpulannya walaupun artikel ini sudah lari dari tajuk yang hendak aku perkatakan, namun renungilah nasib yang menimpa bangsa kita. Kepada Nik Amalina, bersabarlah dengan dugaan yang melanda keluarga anda. Sebagai seorang muslim, saya akan tetap mendoakan kesejahteraan buat keluarga anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan