Translate

Memaparkan catatan dengan label Penipuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penipuan. Papar semua catatan

13 Februari 2010

Malaysia Akan Tercatat Di Dalam Guinness World Records.

Bukan suatu perkara yang mudah untuk menempa nama didalam Books Guinness World Records. Untuk meletakkan nama didalam Guinness World Records, ianya mestilah melakukan perkara yang orang lain tidak dapat melakukannya.

Adalah satu penghormatan buat Najib One Malaysia yang telah mengharumkan nama One Malaysia dimata dunia, sebagaimana harumnya bunga tahi ayam............. Terima kasih Najib One Malaysia diatas jasa-jasamu itu yang akan dikenang buat selama-lamanya.

Apakah yang telah Najib One Malaysia lakukan sehingga nama One Malaysia menjadi sebutan sebegitu rupa!!!!!! Apakah beliau telah memecahkan record larian 100, 200, 400 atau 1,000 meter?.............. tidak. Apakah beliau memacah record larian 110 meter berpagar?................ tidak. Apakah beliau memecah record lompat jauh ataupun lompat tinggi?............ tidak. Jika semuanya tidak................. apa yang telah beliau lakukan?

Ini adalah kerana One Malaysia mempunyai besi buruk yang paling mahal didunia............. iaitu kapal selam Scorpion yang bernilai RM 1 bilion dan untuk menjaga besi buruk tersebut pula ialah hampir RM 1 sehari. Bukan satu ringgit sehari tetapi 1 juta ringgit sehari. Memang Perdana Menteri One Malatsia kita cukup pandai berurus niaga.

Bukan sahaja beliau malah para hulubalang-hulubalangnya  pun tidak kurang hebatnya............ One Malaysia katakan. Jika kuah tidak tumpah ke nasi, kemana lagi kuah itu akan tumpah............... mungkin kat Restoran Nasi Kandar kut. Buat Stadium.......... Stadium runtuh.............. buat Masjid............... Masjid runtuh............ buat bilik makmal komputer............. bilik makmal komputer runtuh.

Ada jet pejuang............. jet pejuang pula tak ada enjin............... ada kapal selam............. kapal selam tak boleh menyelam................ nasiblah buat Rakyat Didahulukan di negara One Malaysia.

24 Januari 2010

Royalti Minyak : Baiknya Kerajaan.......

Awang Adek menyatakan bahawa royalti minyak ditukar menjadi wang ehsan dan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kerana takut wang itu disalahgunakan. Dengan menyalurkan kepada JPP,  setiap sen wang tersebut pasti akan sampai kepada rakyat.

Disebabkan itulah royalti minyak sebanyak 5 % yang sepatutnya dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan (PAS) ditukar menjadi wang ehsan. Agar setiap sen akan benar-benar sampai kepada rakyat, tanpa mengambil kira fahaman politik.

Baik bebenarlah kerajaan dalam usaha mereka menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kerana setiap sen akan sampai kepada rakyat sehinggakan rakyat, sepertimana rakyat negeri Terengganu menjadi kaya raya diatas kebijaksanaan kerajaan Deris Jusuh. 
 
Sekarang rakyat Kelantan pula yang akan mengambil giliran selepas rakyat Terengganu. Pasti di negeri Kelantan nanti tidak ada lagi rakyat yang miskin, kerana cara wang diuruskan oleh Umno ternyata berjaya. Rakyat Kelantan usah risau berkenaan duit RM 1 bilion itu kerana ia adalah kepakaran Umno bila berkaitan fulus.

Apa yang dikatakan oleh Awang Adek memang benar, setiap sen dapat dinikmati oleh rakyat  Kelantan macam rakyat Terengganu juga . Tapi kita mesti ingat,  sen sahaja untuk rakyat Terengganu, yang ratus juta masuk poket pemimpin tertinggi Umno.
 
Juta-juta dapat kat anak beranak mereka, ratus ribu masuk poket ketua bahagian, puluh ribu masuk poket AJK bahagian, ribu-ribu masuk poket ketua cawangan (pengerusi JKKK), ratus-ratus masuk poket AJK cawangan dan sen-sen baru masuk poket rakyat marhean.

Maka tidak dinafikan bahawa Umno semamangnya pakar dalam menguruskan wang ehsan. Kebijaksanaan pemimpin Umno memang terserlah cara mereka membahagi-bahagikan wang ehsan tersebut. Jika diukur cara Umno menguruskan wang ehsan tersebut, tiada siapa yang dapat mengatasinya.

Apakah kerajaan PAS Kelantan pandai menguruskan wang royalti tersebut? Jika tidak pandai menguruskannya, jangan pandai-pandai nak buat tuntutan. Apakah PAS bijak sebijak dan pandai sepandai Umno dalam pengurusan wang royalti minyak tersebut.
 
Itulah punca utama Umno mengantikan wang royalti menjadi wang ehsan semasa Terengganu jatuh ketangan PAS pada tahun 1999. Kerajaan juga terpaksa mewujukkan JPP disetiap negeri yang di perintah oleh pembangkang.

Kerana Umno tahu, PAS pasti tidak pandai memerintah dan berbelanja dengan wang tersebut. Pada 1999 wang rotalti minyak sahaja rm 800 juta, bukan sikit tu, boleh kelabu mata dibuatnya. Apakah PAS pandai menyalur duit tersebut seperti Umno.

Lihatlah betapa senangnya rakyat Terengganu di era Mat Said pula yang baru sahaja  mengumumkan bahawa kerajaaannya akan membantu rakyat Terengganu yang miskin dengan PRT disetiap daerah. Tapi untuk penyokong Umno sahaja, kaya miskin no.2. Janji mu mesti sokong Umno.

18 Oktober 2009

Umno Itu Rasuah............Rasuah Itu Umno.......

Semua ahli pilitik baik dari Barisan Nasinal, Pakatan Rakyat dan juga takyat marhaen sudah lama permainan rasuah dalam Umno.

Dan sesiapa pun ahli Umno, mereka dalah kebal daripada undang-undang mahkamah. Apa tah lagi ia telah ditimbulkan oleh perwakilian Umno dalam masa perbahasan.

Mereka sendiri menyatakan di PRK Bagan Pinang ianya telah dilakukan, walau pun PAS lebih mengehahuinya lebih awal lagi.

Apakah Umno berani mengakuinya, dah pasti mereka tidak akan menngaku kerana mereka adalah spesis sotong. Umno sekarang ini berpesta sakan.

Apa tidaknya kalau dapat merapat jurang pertandingan yang telah berlalu didalam PRK Bagan Pinang dengan kemenangan besar mengalahkan Pakatan Rakyat dengan keputusan tujuh berbalah dua.

Pas tidak kecewa dengan kekalahan tersebut kerana kekalahan adalah menjadi rutin bagi PAS. tetapi yang mengecewakan ialah sikap pengundi yang memilih seorang perasuah sebagai wakilnya.

Mereka tidak memikirkan apakah kesannya kepada anak cucu mereka yang pasti akan menyalahkan mereka. Politik wang sudah menjadi barah dalam Umno, satu penyakit yang sudah tiada ubatnya.

Sekiranya Umno hendak dipandang tinggi oleh masyarakat ialah dengan melakukan satu pembersihan secara besar-besaran. tetapi dapatkah ianya dilakukan sekiranya pembersihan dilakukan.

bagi Umno yang memegang tampuk pemerintahan, Lembaga Disiplin mereka lebih berkuasa daripada SPRM. Kerana itulah bekas PM menyatakan tidak perlu dirujuk kepada BPR(SPRM) kerana Isa telah dihukum oleh Lembaga Disiplin Umno.

Jika itu yang diambil kira tidak perlukan dilakukan pembaikan dalam BPR yang kemudian dipanggil SPRM. Atau buburkan terus SPRM kerana jika masaalah rasuah boleh diselesaikan oleh Lembaga Disiplin Umno.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA