Translate

Memaparkan catatan dengan label Pengkhianatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengkhianatan. Papar semua catatan

13 Februari 2010

Malaysia Akan Tercatat Di Dalam Guinness World Records.

Bukan suatu perkara yang mudah untuk menempa nama didalam Books Guinness World Records. Untuk meletakkan nama didalam Guinness World Records, ianya mestilah melakukan perkara yang orang lain tidak dapat melakukannya.

Adalah satu penghormatan buat Najib One Malaysia yang telah mengharumkan nama One Malaysia dimata dunia, sebagaimana harumnya bunga tahi ayam............. Terima kasih Najib One Malaysia diatas jasa-jasamu itu yang akan dikenang buat selama-lamanya.

Apakah yang telah Najib One Malaysia lakukan sehingga nama One Malaysia menjadi sebutan sebegitu rupa!!!!!! Apakah beliau telah memecahkan record larian 100, 200, 400 atau 1,000 meter?.............. tidak. Apakah beliau memacah record larian 110 meter berpagar?................ tidak. Apakah beliau memecah record lompat jauh ataupun lompat tinggi?............ tidak. Jika semuanya tidak................. apa yang telah beliau lakukan?

Ini adalah kerana One Malaysia mempunyai besi buruk yang paling mahal didunia............. iaitu kapal selam Scorpion yang bernilai RM 1 bilion dan untuk menjaga besi buruk tersebut pula ialah hampir RM 1 sehari. Bukan satu ringgit sehari tetapi 1 juta ringgit sehari. Memang Perdana Menteri One Malatsia kita cukup pandai berurus niaga.

Bukan sahaja beliau malah para hulubalang-hulubalangnya  pun tidak kurang hebatnya............ One Malaysia katakan. Jika kuah tidak tumpah ke nasi, kemana lagi kuah itu akan tumpah............... mungkin kat Restoran Nasi Kandar kut. Buat Stadium.......... Stadium runtuh.............. buat Masjid............... Masjid runtuh............ buat bilik makmal komputer............. bilik makmal komputer runtuh.

Ada jet pejuang............. jet pejuang pula tak ada enjin............... ada kapal selam............. kapal selam tak boleh menyelam................ nasiblah buat Rakyat Didahulukan di negara One Malaysia.

11 Februari 2010

Tahniah Zambry Kerana Menjadi Menteri Besar Mahkamah......

[ketawasangnaga.jpg]
"Matlamat Menghalalkan Cara", itulah kitab yang telah lama dipegang dan dibaca oleh pemimpin-pemimpin Umno. Untuk mencapai matlamat mereka, tiada istilah halal haram kerana ia akan membantut dan memendekkan pemerintahan Barisan Nasional.

Walau apa cara sekali pun, hatta maruah sanggup digadai semata-mata untuk mengekalkan pemerintahannya. Biar apa pun rakyat kata, itu bukan menjadi soal kerana rakyat bila-bila masa boleh digula-gulakan. Berapa, cakap sahaja, janji pemerintahan dapat dikekalkan.

Marah rakyat marhean bukannya boleh bertahan lama, ibarat marah anak hanya sekejap sahaja. Seperti anak-anak kecil yang menangis, bila diberikan gula-gula atau pun ais cream hilanglah tangisannya. Begitu juga dengan rakyat Malaysia, biar sebanyak mana marah dan maki hamun mereka selama bertahun-tahun, bila dihulurkan RM 50 kedalam poket serta merta kemarahan yang mereka simpan akan reda.

Itulah didikan yang telah Umno tanamkan sepanjang pemerintahan mereka semenjak Malaysia mendapat kemerdekaan. Tidakkah sikap orang Melayu yang mempunyai sifat pemaaf yang melampau?. Jika dahulu pemimpin adalah hamba rakyat, tetapi sekarang keadaan telah berubah atau lebih tepat lagi mengikut peredaran zaman.

Jika dahulu, bukan main susahnya untuk melantik ketua bahagian kerana takut untuk memikul amanah. Sekarang ini untuk menjadi ketua cawangan pun mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu, agar perjalanan pemilihan Umno berjalan lancar tanpa ada gangguan.

Siapa yang mempunyai banyak wang, maka cepatlah untuk mereka naik keperingkat tertinggi. Bak kata berhabis-habis dahulu, bertambah-tambah dikemudian hari. Umno yang satu ketika dahulu dipelopori oleh guru-guru kerana mereka dihormati oleh masyarakat. Sekarang ini kerana mengikut peredaran zaman jua, maka guru-guru langsung tidak diendahkan.

Kerana itulah sekalung tahniah diberikan kepada Zambry diatas kemenangannya menjadi Menteri Besar Mahkamah yang 'sah'. Lihatlah perubahan dihadapan mata anda sendiri bagaimana seorang Menteri Besar haram, dalam sekelip mata sahaja menjadi Menteri Besar yang 'sah' dari kacamata para hakim-hakim mahkamah rayuan.

Daripada berita-berita yang dibaca melalui blog mahu pun akhbar, seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila Yang Teramat Arif membacakan penghakiman mereka. Apa tidaknya jika mereka tahu apa yang mereka lakukan adalah salah. Mereka membacanya bagaikan pisau diacukan ke leher mereka, mereka mengadaikan harga diri semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin-pemimpin Umno.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA