| KUALA TERENGGANU, 2 Jan: Tindakan tiga beradik bersama seorang rakan untuk menjual barang yang dipercayai dicuri dengan harga RM300 menggunakan kereta milik bapa di hadapan sebuah kedai T-Shoppe kepada pembeli berputih mata apabila diberkas Polis Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Bahagian D4 malam tadi. Dua daripadanya adalah penuntut di Kolej Komuniti Kuala Terengganu jurusan elektrik dan seorang lagi penuntut Tesdec Bukit Kor,Marang jurusan mekanikal. Hasil penggeledahan di bahagian bonet kereta yang dipandu rakan tiga beradik itu turut menemui sebilah pedang panjang, satu pemain video dan satu set karaoke. Supritenden K.Manoharan, Ketua Siasatan Jenayah Negeri Terengganu yang dihubungi mengesahkan, kesemua barang yang dirampas adalah barang curi milik seorang kakitangan pekerja swasta dari sebuah kediaman di Kuala Ibai. Siasatan awal turut mendapati abang kepada dua baradik itu yang masih dalam perbicaraan mahkamah pernah ditahan sebanyak empat kali terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan dadah. Dua daripada adik beradik itu turut positif saringan awal ujian air kencing mengandungi methaphitamine. Semua ditahan di lokap IPD Kuala Terengganu di bawah Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan dan kereta Perodua Kancil yang digunakan turut disita untuk siasatan lanjut. (Harakahdaily) |
There’s a new stock for the nuclear-power IPO trade, and Wall Street is
piling in. Should you?
-
X-Energy’s stock soared out of the gate after the AI-power play’s upsized
IPO priced well above the expected range. But how a stock starts out
doesn’t dict...
32 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan