Ahmad Lutfi Othman | |||||||||
Konvensyen Pakatan Rakyat minggu lalu pasti meninggalkan kenangan manis - dan lebih penting pendorong semangat, sekali gus menyuntik kelegaan - buat petugas ketiga-tiga parti komponen. Selain merumuskan beberapa tindakan perlu dan pengumuman program 100 hari sebagai permulaan reformasi menyeluruh sekiranya mendapat rakyat, perhimpunan itu dilihat dapat memantapkan lagi persefahaman dan persepakatan ketika suhu politik negara makin menggelegak. Ramai pemerhati merasakan tempoh persidangan terlalu singkat dan perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya dua atau tiga hari, sepertimana muktamar tahunan PAS dan kongres KeADILan. Pakatan tidak harus terikut-ikut dengan Konvensyen BN yang juga dilangsungkan dalam masa sehari, malah lebih teruk, hanya 15 tahun sekali! Banyak persoalan yang perlu diperincikan dan dibahaskan oleh lebih ramai perwakilan. Dengan itu, ucapan ketua-ketua parti misalnya, dapat diteliti dan diambil manfaat secara lebih menyeluruh. Suara pimpinan di pelbagai peringkat perlu didengar kerana merekalah yang bakal berdepan masalah dan kesulitan jika rumusan yang diambil tidak menepati kehendak rakyat. Bukankah selepas pilihan raya umum ke-12 suara rakyat menjadi begitu dominan berbanding kenyataan pemimpin atasan. Lebih penting lagi, konvensyen tersebut bukan saja menjadi medan perbincangan untuk meluluskan ketetapan yang sudahpun diputuskan lebih awal, namun apa yang berlaku di luar jadual rasmi -- bukannya di pentas pidato -- yang membolehkan interaksi lebih intim di antara aktivis parti, dapat memantapkan lagi jentera di peringkat akar umbi. Bukanlah sesuatu yang mengaibkan untuk kita mengakui bahawa masih ada salahfaham yang mungkin menyelinap di kalangan pendukung parti yang berbeza. Tidak mudah meresapkan elemen kemesraan dan saling fahami-memahami jika mereka masih dipetak-petakkan. ("Saya tidak begitu bimbang dengan hubungan akar umbi. Mereka nampak lebih ikhlas mahu memacu perubahan bagi menyelamatkan Malaysia. Yang saya runsing, kalau masih terbuku rasa tak puas hati dan tidak percaya antara satu sama lain di peringkat pimpinan lebih tinggi," keluhan seorang perwakilan yang mahukan sebarang kecurigaan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan wajib ditangani secara ikhlas dan terbuka). Dan ia memerlukan ruang lebih selesa, mungkin secara santai dan tidak formal, untuk merongkai segala kecelaruan dan "salahsangka". Ada juga yang mengingatkan bahawa jika disebut "salahfaham", usah mengaitkannya hanya kepada hubungan PAS dan DAP - yang dahulunya dilihat umpama "dua kutub berbeda yang begitu sukar disatukan" - tetapi juga meliputi semua parti dalam Pakatan. Malah, di ambang kejayaan sebagai "kerajaan menanti" ini, jangan diremehkan sekiranya timbulnya "pertembungan" di antara KeADILan dan DAP, disebabkan kedua-duanya mungkin tertumpu kepada konstituensi yang bertindan. Bukankah politik itu, antara lain bermakna, pengagihan nilai yang terhad sedangkan permintaan dan tuntutannya begitu tinggi? Pilihan raya umum ke-13, walaupun dijangka begitu getir dan paling sengit untuk BN dan Pakatan beradu kekuatan, ia turut berupaya menyumbang kepada ketegangan dalaman parti, berpunca daya tarikan yang begitu memikat. Pemilihan calon mungkin bukan isu besar dalam PRU12 kerana tiada yang berani menduga BN akan berdepan pukulan yang begitu hebat. Masing-masing parti juga lebih bersedia bertolak-ansur menyerahkan kerusi kepada "rakan-rakan komponen" (yang belum pun terbentuk ketika itu). Suasana itu dijangka berbeda dalam pilihan raya akan datang. Saya tetap bersikap kritis dengan sebarang kemelut dalaman Pakatan, biarpun nampak kecil dan terpinggir. Pengundi kali ini bukan lagi berhasrat untuk memilih barisan pembangkang yang kuat bagi memecahkan hegemoni BN; justeru apa jua yang menganggu kosentrasi mereka semasa pengundian mesti diambil berat. Paparan media, yang dikawal mutlak BN, bagi menonjolkan jurang dan pertelingkahan di antara ketiga-tiga parti, selain hal-hal yang kelihatan remeh-temeh, jangan dipandang mudah, tetapi tidaklah sampai ke tahap merencatkan agenda utama yang telah disusun. Selain itu, pengiktirafan terbuka Karpal Singh, Pengerusi DAP, bahawa "PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti" turut mendapat perhatian ramai dalam pertemuan bersejarah di Kepala Batas itu. "Saya lihat hanya dua isu besar dalam konvensyen," ujar seorang penerbit berita TV, "iaitu sikap berubah Karpal terhadap isu Negara Islam yang diperjuangkan PAS dan tawaran Buku Jingga yang menggariskan Program 100 Hari Pakatan Rakyat jika memerintah." Beliau mencadangkan kepada saya agar Harakah memberikan tumpuan kepada dua isu berkenaan dengan memberikan perincian dan penjelasan lebih lanjut. Apa pun, saya lebih tersentuh dengan pujian Karpal, yang menyifatkan PAS parti sebagai parti yang paling berdisiplin. Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengakui kelemahan partinya sendiri. "DAP pernah ada seorang di Perak, KeADILan pun ada ramai (keluar parti)," tambahnya di hadapan ribuan peserta konvensyen. "Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti. Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," tegas Karpal sambil mengaitkannya dengan kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak. Pengerusi DAP itu juga menegur Anwar Ibrahim. Walaupun sebagai pemimpin utama dalam Pakatan, tapi kadangkala Anwar juga silap dalam membuat keputusan. Teguran dan saling mengingatkan ini wajar dijadikan tradisi dalam Pakatan. Amalan menyapu sampah ke bawah karpet hanya memarakkan lagi "api dalam sekam". Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut mendapat pujian apabila sedia melakukan koreksi: "Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu." Manakala kesediaan Anwar memohon maaf di atas "kesilapannya" tambah memaniskan lagi majlis penutup konvensyen yang penuh bermakna itu. |
Berkatalah yang benar walaupun pahit untuk ditelan. Kerana yang pahit itu ubat dan yang manis itu racun
Translate
02 Januari 2011
Apabila Karpal Puji PAS Parti Paling Berdisiplin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4U2C Posts
News Story
-
-
In a new book, top Biden aide describes ‘out of it’ president before Trump debate - Ron Klain tells author Chris Whipple then president could not focus and obsessed about foreign leaders, ahead of debate that ended his campaign In a new ...2 jam yang lalu
-
3 takeaways from Wisconsin and the Florida special elections - Axios - 1. 3 takeaways from Wisconsin and the Florida special elections Axios 2. Seven takeaways from the elections in Wisconsin and Florida CNN 3. F...3 jam yang lalu
-
Chris Mason: Jitters, uncertainty and hope as UK awaits tariff decision - Talks are continuing between London and Washington at quite an intensity, our political editor writes.11 jam yang lalu
-
Should you invest in gold miners or gold itself? Check out these ETFs. - Gold has continued to soar in 2025 — and this time, its luster is finally bringing long-awaited shine to gold miners.Seminggu yang lalu
-
-
S&P 500 closes nominally higher amid COVID-19 spikes, muted data - The S&P 500 closed nominally higher on Thursday as investors weighed a resurgence in coronavirus infections and the possibility of a new round of shutdowns...4 tahun yang lalu
-
NPR News: 03-20-2020 3PM ET -5 tahun yang lalu
-
Dozens killed in violence in Sudan's West Darfur state - At least 24 people dead after an IDP camp was attacked following a dispute between Arab and African ethnic groups.5 tahun yang lalu
-
HBO CEO Resigning Amid AT&T Restructuring - HBO Chairman and Chief Executive Richard Plepler said he is stepping down, a move that comes as new owner AT&T Inc. is looking to put its own stamp on the ...6 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
SELSEMA
-
Petros-Petronas spat is far from resolve - Upon the demise of Allahyarham Tun Pehin Seri Taib Mahmud in February 2024, open and frank conversation over Sarawak rights on its oil and gas under Chi...3 minggu yang lalu
-
Votre nom de domaine blogger.com pourrait être définitivement supprimé. #815023 - Cher(e) Client(e), Votre nom de domaine blogger.com est en ce moment enregistré sur OVH. Notre système de facturation a détecté l'expiration de ce servi...5 minggu yang lalu
-
No More “Charity” For MCA - 1. UMNO must reclaim the Malay majority seats of Air Hitam and Tanjung Piai, which we allowed MCA to contest out of our misplaced camaraderie. 2. Ours ...Sebulan yang lalu
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS. - Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk me...Setahun yang lalu
-
-
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 tahun yang lalu
-
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU - SECANGKIR KOPI 37 PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan tirainya. Se...5 tahun yang lalu
-
Padang Besar - Alor Stat - Penang - Ipoh - Tempoh 2 hari memang tidak mencukupi. Selain Hatyai ada banyak lagi tempat boleh diteroka di Selatan Thai ini...lebih kepada pelancongan alam semulajadi...5 tahun yang lalu
-
Just an amusing observation.. - Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors, architects, building the country etc. Students in B class, studied Commerce, be...5 tahun yang lalu
-
Prostitution in Pakatan Harapan - Prior to General Election, this guy, a workers' union leader call for 14 million workforce in Malaysia to vote Pakatan Harapan. It end up, he come out wit...6 tahun yang lalu
-
0812 2165 4304 | Dimana beli Karbon Aktif Calgon - call 0812 2165 4304 kalau Anda bingung dimana beli Karbon Aktif Calgon! Baik Anda ingin beli karbon Aktif Calgon ecer maupun grosir Harga karbon aktif Cal...8 tahun yang lalu
-
CAWANGAN UMNO - PAK TURUT ATAU PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA? - Berkabung untuk UMNO Cawangan UMNO akan bersidang di saat UMNO dikuasai oleh pemimpin yang terpalit dengan pelbagai noda dan dosa. Adakah mereka akan te...9 tahun yang lalu
-
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi - Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas...9 tahun yang lalu
-
-
Kecoh..? Datuk Ismail Kijo Dapat Surat Akuan Bersumpah Sebagai Hadiah Perkahwinan...? - *Terlebih dahulu nak wish la Selamat Pengantin Baru buat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.....* *Cayalah Datuk, bini baru muda giler tuu. Mem...10 tahun yang lalu
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH.. - Kata rafizi ikut teori ekonomi pala hotaknya Kalau pakatan perintah Minyak turun dan harga barang pun turun.. http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/raf...10 tahun yang lalu
-
Sejak Sinar Harian Pro Pembangkang ... IKLAN SEKS Jadi Sumber Rezeki! - Puak2 Pakatan Rakyat dan media2 mereka memang tak boleh lekang dengan SEKS! Tak tau la napa ... Bukan fitnah aaa ... tgk sendiri.11 tahun yang lalu
-
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur - Shahurkh Khan Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...11 tahun yang lalu
-
Bangsa Melayu Dan Fakta Yang Terselindung - Oleh Mazlan Nordin KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Duni...12 tahun yang lalu
-
LIM GUAN ENG ~ CELUPAR TERLAMPAU - KETUA MENTERI TERLAMPAU~ Sanggup berkata hina kepada PDRM negara ini. Sebagai Ketua Eksekutif sebuah negeri yang didominasi oleh KETURUNANNYA sepatutnya p...12 tahun yang lalu
-
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU - KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini pada p...13 tahun yang lalu
-
Pakatan Rakyat Punca Api Perkauman Isu KFC i-City - Salam,... :) Setelah mengikuti perkembangan kejadian pergaduhan antara staff KFC (berbangsa Melayu) dan pelanggan (berbangsa Cina) di restoran KFC i-City,...13 tahun yang lalu
-
Antara penyebab kekalahan teruk PAS di PRU akan datang. - Semenjak bergabung dengan gerombolan Pakatan, PAS semakin terpinggir dari sokongan rakyat khusunya bangsa melayu. Walaupun perkara ini tak diakui oleh pe...14 tahun yang lalu
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? - *Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Sa...14 tahun yang lalu
-
Coming Soon - 'Coming Soon' will be The Best Moment in my life. *My Wedding Day...* Today is Sept 25th 2010... Around 2 and half month until the best moment in my life (...14 tahun yang lalu
-
Najib-Kerajaan Tidak Tolak Untuk Lantik Anak Sabah. - *Kerajaan tidak menolak cadangan untuk menempatkan anak Sabah sebagai Ketua Jabatan Persekutuan di negeri ini.* Malah, ketika ini, 37 daripada 80 jawatan...14 tahun yang lalu
-
EKUITI BUMIPUTERA 30% - AKU BANTAH MCA , AKU BANTAH PERKASA - Pemilik blog ini dgn keras membantah usaha MCA dan seangkatan denganya yg mencadangkan ekuiti bumiputera di kurangkan secara beransur-ansur dan kami juga ...14 tahun yang lalu
-
NIK AZIZ KENA TIPU - Lanjutan dari perhimpunan mendesak Nik Aziz meletak jawatan didepan pintu masuk ke Kota Darulnaim oleh Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, jemaah-jemaah Pas...15 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan