Translate

Memaparkan catatan dengan label Pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pas. Papar semua catatan

21 Jun 2011

PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu



PAS Terengganu mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru Sabtu lalu yang bertujuan mengejutkan parti itu yang dianggap lesu dan terus lena sejak dua pilihan raya umum lalu.

najib on kuala terengganu by election 060109 04Sejak tumbangnya PAS di negeri paling kaya di Malaysia pada 2004, parti itu dilihat agak tempang dan tidak dapat menyaingi pengaruh Umno yang juga tidak sepi dengan pelbagai masalah dalaman.

Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya".

Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan.

pas hadi awang pc in terengganu regarding pkns 031108Berdasarkan senario itu, jelas PAS Terengganu cukup lesu dan pemimpin yang ada tidak lagi boleh disandarkan bagi merampas semula negeri berkenaan.

Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun.
Kejar bola

Kabinet yang dibentuk pada 18 Jun lalu itu menyaksikan beberapa pemimpin baru cuba diketengahkan bagi mengimbangi dominasi hampir 20 tahun pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Harun Taib dan Datuk Wan Mutalib Wan Embong.

kuala terengganu by election 060109 abdul wahid endutPesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang baru dilantik ke jawatan itu mengakui bahawa bahawa pemimpin kanan - yang rata-rata berumur lebih 60 tahun - kini tidak lagi berada di barisan hadapan bagi mendepani pilihan raya.

Ia susulan rungutan akar umbi PAS bahawa pemimpin senior berkenaan tidak mampu lagi menarik sokongan golongan muda yang merupakan penentu dalam setiap pilihan raya.

"Saya hendak yang muda-muda sedikit, seperti pasukan bola sepak ada yang nak berlari kejar bola, nak berebut bola (mesti anak muda)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik.

Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri.

pas and mafrel meeting 031207 hadi awang and mustafa aliDi samping itu, tujuh ahli jawatankuasa yang dilantik antara mereka Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex- officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Dalam rombakan itu juga daripada lima jawatan tertinggi perhubungan negeri itu, hanya Abu Bakar dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa PAS negeri, manakala Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya dilantik sebagai penasihat.

Pemimpin lama yang tidak dilantik menganggotai pasukan baru negeri itu termasuklah Mustafa, Harun dan Wan Mutalib.

Kecuali Satiful Bahri Mamat yang merupakan pengasas sekolah pensendirian agama, Mohd Abdul Wahid dan barisan pemimpin penting dalam kabinetnya berlatarbelakang profesional dengan kebanyakannya usahawan dan doktor.

Mohd Abdul Wahid sendiri terlibat dalam projek pertanian dan penternakan ayam.

Ahli jawatankuasa yang dilantik pertama kali adalah Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman dan Dr Mohd Khazani Abdullah - yang dikatakan amat rapat dengan Abdul Hadi.

Pemerhati politik berpandangan perubahan pucuk kepimpinan PAS boleh disamakan dengan pendekatan BN pasca pilihan raya 1999 yang terpaksa mengetengah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai teraju utamanya setelah bekas menteri besar Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad disingkirkan.
Lebih bertenaga

Mohd Abdul Wahid bagaimanapun menyifatkan kabinetnya sebagai gabung jalin antara golongan ulama muda, aktivis dan profesional.

Malah, jawatankuasanya turut dianggotai golongan profesional, termasuk tiga orang orang doktor perubatan.

kuala terengganu by election pas dikir barat performance 090109 crowd"Saya nampak muka-muka baru ini lebih bertenaga untuk buat kerja," katanya.

Beliau juga menafikan mengetepikan peranan pemimpin senior yang pernah berada dalam kepimpinan PAS Terengganu sejak sekian lama.

"(Pemimpin) yang senior, kita tidak tinggal. Mereka kekal tetapi tidak dalam barisan hadapan... Yang senior (kita beri tugas) dari segi taktik atau menjadi penasihat," katanya.

Tegasnya, tanggapan golongan itu diketepikan tidak benar kerana ada antara mereka mahu memberi tumpuan kepada tugas di peringkat pusat dan ada yang mahu memberikan tumpuan kepada urusan peribadi.

"Tidak (ketepi), tidak mereka semua bekerja... Mereka datang ke program. Tidak timbul kita mengetepikan mereka," katanya.

Menurut Abdul Wahid, perubahan pucuk kepimpinan negeri itu "proses yang normal" kerana di negeri lain, termasuk Kedah dan Perak turut mengambil pendekatan yang sama.

kuala terengganu by election 170109 pas centre with crowdSehubungan itu, Abdul Wahid yang juga ahli parlimen Kuala Terangganu berkata sebahagian 'muka baru' itu pernah lama dalam kepimpinan negeri dan perlu diketengahkan ke depan.

Walaupun kepimpinan Abdul Wahid ini belum teruji, namun jika strateginya mantap tidak mustahil BN ditumbangkan, lebih-lebih lagi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said belum berjaya mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu. MK

29 Oktober 2009

Krisis Satu Proses Matangkan Parti

PENDAPAT
 
Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam tadi sekali lagi menegaskan usaha ke arah penubuhan kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit lagi, selepas kebimbangan terhadap usaha itu ditimbulkan lagi oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya.

Isu yang timbul tidak lama selepas pilihan raya tahun 2008 itu membawa PAS kepada satu cabaran getir yang menyaksikan debat dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS secara terbuka.

Hari ini, selepas lebih setahun pilihan raya yang menyaksikan kemenangan besar PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat, pengalaman demokrasi yang dilalui sepatutnya telah mematangkan setiap parti terbabit.

Debat berhubung proses politik negara kita adalah satu keperluan untuk parti-parti Pakatan Rakyat menilai dan memahami realiti dan keperluan negara ini, dengan setiap parti memahami sumbangan satu sama lain.


Dalam kes PAS, apa yang telah dilalui sejak Mac 2008 lalu sepatutnya membawa iktibar kepada parti, terutama berkaitan pentingnya parti mempunyai prinsip dan haluan yang jelas dalam meneruskan penyertaan dalam proses politik negara.

Selepas dua muktamar berlalu selepas pilihan raya 2008, PAS telah menetapkan pendirian untuk bersama pakatan politik PR dan mengukuhkan pakatan ini sebagai imbangan kepada pakatan Barisan Nasional yang secara tidak adil membolot peratus kerusi yang lebih besar.

Sebagai satu wadah politik dalam satu proses politik yang lebih besar, PR tidak terus wujud dan sempurna sebagai satu pakatan, seperti juga BN yang mengalami turun naik sebagai satu perkongsian politik yang melibatkan permainan kuasa dan tawar-menawar yang berterusan.

Dalam sejarah terkini, parti-parti pembangkang di negara kita bersatu dalam dua gabungan yang kemudiannya berpecah, sebelum wujud dalam bentuk terbaharu sebagai PR.

Secara mudahnya, PR ialah satu proses dan bukan satu matlamat. Kerana itu, debat untuk mengukuhkannya lagi hendaklah diteruskan, tanpa melihat kritikan yang adil sebagai tindakan khianat.

Matlamatnya masih jauh untuk dicapai, dan pasti tidak akan dapat dicapai dengan mudah dan tanpa usaha dan perancangan yang sepatutnya.

Atas sebab inilah PAS perlu mematangkan dirinya dengan politik semasa yang semakin kompleks dan memastikan mandat yang diamanahkan kepada PAS dapat menjadi satu bahagian penting dalam agenda PR.

Kerana inilah juga, PR perlu meletakkan kepentingan rakyat - yang digunakan pada namanya - sebagai sesuatu yang diutamakan dan bukan sekadar simbol dalam pemasaran politik.

Dalam satu aliansi politik, tidak ada ketetapan yang sedia ada melainkan semuanya dirunding berdasarkan proses biasa rundingan dan tawar-menawar politik, dengan setiap pihak tidak mendapat semua yang dikehendaki kerana perlu ada yang dikorbankan demi matlamat yang ingin dicapai melalui aliansi itu.

PAS sebagai parti yang sudah lama terlibat dalam proses politik negara ini perlu bertindak matang dan tidak membenarkan apa yang berlaku baru-baru ini membawa kepada pergeseran yang merugikan parti, ketika sejumlah besar rakyat meletakkan harapan pada parti ini.

Pertemuan yang bakal diadakan awal November nanti perlulah menjadi satu lagi proses debat dalaman yang sihat bagi PAS, yang mematangkan lagi parti ini sebagai salah satu pemain politik yang penting di negara kita.

Penggunaan pertemuan itu nanti untuk manuver politik kelompok hendaklah dielakkan. Tidak perlu lagi dakwaan dan label seperti pro-Umno dan menyokong kerajaan perpaduan - yang sering dikemukakan dengan konotasi negatif semata-mata - yang telah beberapa kali dinafikan dan tidak pernah terbukti.

PAS dan ahli-ahlinya - yang termasuk wakil-wakil yang dipilih rakyat - perlu bertanggungjawab dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat, ahli-ahli parti dan menyedari juga kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.(Harakah)

24 Oktober 2009

Akulah Blogger Paling Hebat.........

Blogger One Malaysia bukan main seronok lagi dengan isu yang sedang berlegar di dalam PAS tanpa usul periksa. Mereka tidak menyedari bahawa PAS akan memulangkan senua talibarut-talibarut mereka kembali kepada Umno.

Mereka merasakan yang mereka sudah menang tetapi hakikatnya mereka sebenarnya yang kalah walau pun dapat menang di PRK Bagan Pinang dengan berwakilkan Adun Pos. Sebenarnya PAS sudah ramai menghantar kembali barua-barua mereka kembali kepangkuan Umno.

Bagi blogger PAS, saudara semua adalah lebih senior daripada saya. oleh itu tolonglah beri tunjuk ajar kepada saya bagaimana cara yang terbaik untuk menulis sebagai seorang yang menbaku sebagai pendokong Islam yang tulin.

Apabila saya melayari blog-blog  yang mengaku sebagai ahli PAS, saya melihat cara penulisan saudara tidak bercirikan Islam dan ianya lebih mirip kepada cara blogger Umno menulis.

Oleh kerana itulah saya adakala saya tidak dapat menilai mana satu blogger PAS (PR) dan mana pula blogger Umno. Banyak kritikan-kritikan yang lemparkan bukan untuk membina tetapi memusnahkan.

Dengan bermacam-macam kata nista dan maki hamun dilemparkan terhadap pucuk pimpinan. Bagi mereka jika pemimpin itu disukai maka pujian setinggi gunung diberikan, bagaikan pemimpin itu seorang yang maksum dan apa saja kesalahan yang dilakukan, mereka menyatakan bahawa itu adalah strategi politik.

Bagi pemimpin yang mereka tidak  mengikut cita rasa mereka maka pemimpin tersebut akan dimaki hamun dengan bermacam gelaran diberikan. Kerana sedikit kesalahan, maka semua kebaikan yang dilakukan akan tengelam dengan sedikit sesalahan.

Dan alasan yang paling popular ialah bagi mereka, inilah caranya untuk menegur. Bagi mereka maki hamun adalah jalan terbaik untuk menegur pemimpin, apabila cara yang lembut tidak berkesan. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah menegur secara lembut, yakni mengikut lunas-lunas Islam.

Apa yang saya tahu ada dikalangan mereka adalah SB-SB yang yang menyusup masuk sebagai blogger Pakatan Rakyat. Mereka ini mendaftar keahlian sebagai ahli PAS atau pun PKR. Mereka juga memiliki blog-blog mereka sendiri.

Satu perkara yang amat malang bagi para blogger yang mengaku sebagai ahli PAS, tetapi ciri-ciri penulisan mereka amat memalukan. Sedangkan Islam sendiri menlarang kita daripada memberi gelaran-gelaran yang mengaibkan.

Apakah kita sudah meresa gah dengan blog  kita apabila ramai yang melayari semata-mata kerana mereka suka membaca blog kita yang memaki-hamun pucuk pimpinan. Kerana bagi mereka kita telah menolong mereka menjalankan agenda mereka dengan percuma.

Kita boleh melihat apabila blog yang mengaku PAS menghentam pucuk pimpinan, 60 % yang memberi komen didalam blog tersebut adalah daripada Umno sendiri.bolehkah kita mengatakan bahawa merek atelah berjasa kepada PAS?

Tidakkah boleh kita meluangkan sedikit masa yang kita ada untuk mentelaah Al-Quran dan kitab-kitab, untuk mengetahui bagaimanakah cara untuk menghormati sesama Islam atau pun agama-agama lain. Sedangkan Islam mengajar bagai cara kita menyahut panggilan dari ibu kita secara sopan santun.

Sebenarnya apa yang belaku kepada segelintir yang terlalu ingin dikenali dan dipandang hebat, mereka sanggup menepikan prinsip mereka sebagai seorang muslin. Mereka sanggup meperlekehkan Islam kerana mengejar glamour, hakikatnya mereka telah menjual agama mereka dengan harga yang murah.

Mereka sudah tidak layak lagi untuk menjadi benteng untuk menakis serangan yang dilakuka  oleh blogger sesat daripada Umno memandangkan mereka sendiri yang memberi laluan pemaidani merah kepada blogger sesat Umno.

Jangan kerana terlalu galak menulis dan mempunyai sokongan dari tangan-tangan ghaib, kita sanggup menepikan ajaran Islam. Bagi saya, inilah antara serangga perosak yang berada di dalam kumpulan blog Pakatan Rakyat.

Buanglah sikap ego kamu itu, dan kembalilah kepada Islam yang sebenar-benarnya. Dan janganlah menjadi blogger yang sesat kerana ingin menjadi terkenal. Usahlah menunjuk pandai dengan kata-kata yang kurang ajar.

Apa sahaja yang kamu tulis itu akan pasti diadili di akhirat kerana setiap perbuatan anda, maki hamun dan penghinaan anda akan dicatatkan untuk dihitung di padang Mashyar nanti.

20 Oktober 2009

Bagan Pinang : Mohamad Sabu Ketuai Post Mortem PAS

 PAS telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut.

Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam.

Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.


Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini.

"Punca utama adalah undi pos yang tidak telus...bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus.

"Bagi saya, inilah punca utama kemenangan besar Umno," kata beliau yang berada di Bagan Pinang sejak sebelum hari penamaan calon lagi.
ImageSelain Bagan Pinang, Barisan Nasional (BN) khasnya Umno sudah dikira menang di mana-mana sahaja kawasan Dun yang mempunyai undi pos melebihi 5,000.

"Selain Bagan Pinang, Umno sentiasa menang di Dun Pangkor (kawasan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) yang mempunyai 12,000 undi pos dan Sungai Udang yang mempunyai 10,000 undi pos," beritahu Mustafa.

Oleh itu, beliau berpendapat, undi pos perlu dikaji semula bukan kerana dengki kepada Umno tetapi supaya negara ini dilihat mempunyai sistem pilihan raya yang telus.


"Saya cadangkan, undi pos dikekalkan kepada pelajar dan diplomat yang berada di luar negara serta petugas SPR sahaja...yang lain undi biasa.

"Pusat pengundian boleh dibuat di luar pagar kem pun tidak apa, asalkan parti-parti yang bertanding boleh menyaksikan dengan telus proses pilihan raya berjalan," katanya.

Selain faktor undi pos, Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung berpendapat, faktor kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat sendiri di Bagan Pinang juga menjadi faktor.

"Bayangkan PAS hanya mempunyai 100 ahli sahaja di sini dengan hanya dua cawangan sedangkan Umno ada 30 cawangan di sini," katanya.

Namun begitu, beliau menolak, masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebagai satu punca utama undi PAS merosot di kalangan orang Cina.

"Kalau isu itu memberikan kesan, sepatutnya ia memberi kesan di Permatang Pasir lagi kerana isu di Selangor meletup menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir...kenapa di sana tidak?" soal beliau.

Untuk undi kaum India pula, Mustafa berpendapat, antara puncanya adalah kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menembusinya kerana dikawal ketat termasuk oleh gengster.

Di samping itu, curahan wang dan benda untuk mereka juga memihak kepada BN di samping kelemahan perkhidmatan para wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun beliau percaya, pilihan raya kecil ini bukan satu batu asas (bechmark) kepada pergerakan politik di negara ini kerana ia bukan satu neraca yang tepat untuk melihat politik Malaysia secara keseluruhannya.( Sumber Harakah )

19 Oktober 2009

Pas Dalam Bahaya.................

Satu gerakan mungkin telah diatur oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Tuan Presiden. Diharap perkara ini tidak benar sama sekali.

Gerakan halus yang telah dimainkan boleh dilihat kepada kecaman-kecaman terhadap orang-orang Ptesiden. Apa yang sebenarnya di dalam PAS tiada sikap berpuak-puak.

Kerana itulah dalam tulisan saya yang lepas, saya menyatakan bahawa IRC mula bertapak kembali didalam PAS. ini adalah satu permainan yang bahaya buat PAS dalam usaha mereka mengembangkan pengaruh mereka.

Mereka ini seumpama 'campak batu senbunyi tangan', mereka memulakan isu tetapi bersembunyi dibelakang pemimpin yang berpengaruh.

Pemimpin yang paling banyak dikritik adalah Ustaz Nasha kerana beliau dikatakan sebagai penyokong kuat Tuan Guru Haji Hadi.

Apa yang mereka lakukan terhadap Ustaz Nasha sebenarnya sebagai simbolik kepada penentangan mereka terhadap TGHH.

Mereka tidak berani menyentuh tubuh TGHH kerana mereka tahu dan faham akan pengaruh yang masih dimiliki oleh TGHH.

Kerana itulah saya menyeru agar satu pembersihan secara besar-besaran dilakukan didalam parti PAS. Jika kita sayangkan PAS, maka sudah tiba kita untuk nyahkan perosak-perosak ini daripada PAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4U2C Posts

News Story

SELSEMA